Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

KANTOI LAGI : Guan Eng Ditempelak ADUN PKR Dan DAP!!!


Wo.. wo...wo..... Mana mau letak lu punya muka wo Guan Eng? Sikalang bukan saja BN yang pertikai, tapi lu punya MP dan lu punya Pakatan sendiri yang persoalkan! Ke lu punya muka memang talak malu punya olang?
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP dan PKR juga tidak berpuas hati dengan penjelasan kerajaan DAP Pulau Pinang berhubung pelaksanaan projek terowong dasar laut yang wujud banyak percanggahan selepas pemimpin Barisan Nasional (BN) sebelum ini mendedahkan banyak kepincangan berhubung isu tersebut.

Semasa pembentangan Laporan Jawatankuasa Kira-Kira (PAC) Pulau Pinang membabitkan projek itu, Adun Kebun Bunga PKR Cheah Kah Peng mendakwa terdapat beberapa maklumat yang bercanggah pada halaman berbeza laporan tersebut.

Kah Peng mendakwa laporan itu tidak menyatakan kaedah pembayaran menjalankan Kajian Kebolehlaksanaan (EIA) projek itu dan mendesak supaya kerajaan negeri memperincikan status bayaran RM305 juta yang dibayar kepada konsesi terlibat dalam kajian itu.


“Bagaimana status bayaran kajian itu, sama ada dalam bentuk pampasan tanah, konsensus atau wang tunai berjumlah jutaan ringgit yang digunakan bagi tujuan EIA, sekiranya Kerajaan Pusat menolak projek terowong ini?

“Adakah semua bayaran ini akan dikembalikan kepada kerajaan negeri” katanya ketika membahaskan Bajet Pulau Pinang 2017 pada sidang DUN Pulau Pinang pada Selasa.

Sementara itu Adun DAP Tanjung Bungah, Tee Yee Cheu pula membangkitkan isu pampasan tanah oleh kerajaan negeri bagi membiayai EIA projek berkenaan.

Selain itu, Yee Cheu turut mempersoalkan status projek pembangunan di tanah diberi sebagai pampasan bagi EIA projek terowong itu di Tanjung Pinang.

“Bagaimana dengan pembangunan di atas tanah itu sekiranya projek terowong laut tidak diluluskan Kerajaan Pusat,” katanya.

Kerajaan bawah pentadbiran Ketua Menteri, Lim Guan Eng sebelum ini dikritik berhubung kos kajian yang terlalu mahal dibayar kepada Consortium Zenith BUCG (CZBUCG).

Consortium Zenith dianugerahkan projek itu menerusi proses tender pada tahun 2013, bersama syarikat usahasama antara Zenith Construction Sdn Bhd, CRCC, Beijing Urban Construction Group, Sri Tinggi Sdn Bhd., dan Juteras Sdn Bhd.

Malah, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof juga mendedahkan Kerajaan negeri Pulau Pinang tidak pernah memohon kepada kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan projek pembinaan terowong dasar laut di negeri itu. (SUMBER)
Share this article

1 Komen:

  1. Jelas ada sesuatu yg tak kena nampaknya. Tpi yg taksub tetap kata Dap buat yg bàik semuanya.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top