Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

DAH TERANG LAGI BERSULUH : DAP Gunakan Bersih 5 Lagakan Sesama Melayu!!!


Sudah terang lagi bersuluh, tetapi Melayu kita tidak peka atau saja-saja buat tidak endah? Orang Melayu perlu sedar perhimpunan haram Bersih 5.0 yang berlangsung kelmarin adalah strategi DAP untuk melaga-lagakan sesama bangsa itu demi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, parti itu sebagai penggerak perhimpunan berkenaan hanya mengawal di belakang tabir dan membiarkan pe­mimpin-pemimpin Melayu di bawah telunjuknya berada di hadapan.

Beliau menjelaskan, setelah undi orang Cina sudah ditawan, DAP yakin mereka akhirnya berjaya memerintah Melayu de­ngan memperalatkan bangsa itu sendiri.

“Akhirnya kekuatan politik Me­layu yang mereka cuba lawan sejak zaman komunis Bintang Tiga dan bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew akhirnya bakal tercapai, (termasuk matlamat mereka) yang tidak tercapai pa­da tahun 1969,” katanya dalam kenyata­an di sini hari ini.


Walau bagaimanapun, Annuar berkata, perhimpunan tersebut membuktikan kegagalan apabila penganjur menjangkakan kebangkitan rakyat besar-besaran tetapi tidak tercapai.

Kata beliau, penganjur juga turut mengharapkan berlaku keganasan polis dalam mengawal peserta perhimpunan, namun pasukan pihak berkuasa bijak mengawal keadaan tanpa keganasan.

“Mereka turut mengharapkan keganasan kumpulan Baju Merah juga tidak berlaku. Mereka mengharapkan jutaan rakyat keluar, tidak berlaku. Mereka rancang tawan Padang Merdeka dari empat penjuru juga tidak berlaku. Malaysia membiarkan mereka berhimpun dengan objektif himpunan tak sampai ke mana.

“Dengan berakhirnya Bersih 5.0, Barisan Nasional (BN) dapat untung terbesar. BN kini boleh menyukat kekuatan empat parti pembangkang diketuai DAP telah terkantoi,” katanya.


Dalam pada itu, Annuar berkata, perhimpunan kali ini perlu disyukuri kerana penyertaannya semakin mengecil walaupun disokong parti baharu Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), ternyata tanpa sokongan Pas, orang Melayu tidak ter­pe­­­ng­a­ruh.

“Bersih yang pada asalnya adalah pertubuhan bebas tetapi kini sudah diambil alih oleh empat parti politik pembangkang dan bertukar menjadi perhimpunan parti diketuai DAP,” kata beliau.

- Utusan
Share this article

7 Komen:

  1. Maaf, saya tak setuju pendapat anda

    1. Melayu islam takut DAP adalah bodoh. Negara China yang bagi hutang dijilat.....cuba fikir

    2. Bersih tak laga melayu dengan melayu oleh DAP. Melayu islam sendiri yang buat kemungkaran dan ajak seluruh melayu islam sokong kemungkaran...ajaran islam apa ini?

    3. Kutuk rakyat sendiri berpartikan DAP, namun jilat negara china komunis...siapa bodoh

    Ingatlah najib orang islam mencuri tapi kamu orang islam menyokong pencuri...dalam alquran mana yang membolehkan kita menghalalkan mencuri? Dsh tu rakyat dizalimi dengan gst, penarikkan subsidy secara mendadak, berhutang.. sapa nak bayar hutang....anda seorang????

    Kan bodoh namanya

    BalasPadam
  2. Ada sesiapa yang boleh pastikan kesahihan ucapan Maria chin tentang Melayu singapura seperti yang tertera di picture atas ?
    Kalau dapat di pastikan , Melayu Singapura tak akan teragak agak buat susulan.
    Jika tidak, baik admin turunkan pic ini .

    Terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya dah buat semakan sebanyak 6 kali pada DAP, melayu dalam DAP, jurugambar dan audio bebas dan 3 orangyang hadir. Saya telah meminta tolong kawan melayu saya yang fasih dalam bahasa mandarin untuk mendapat maklumat.

      SAH, IT IS A FAKE, FITNAH POLITIK, UNTUK TAKUT2KAN MELAYU BERAGAMA ISLAM. KALAU IKUT KATA JASA, UMNO SEDANG HIDUP ON BORROWED TIME

      Padam
    2. Adalah lebih baik bukan dari pendapat Melayu DAP , tetapi dari pihak neutral.

      Padam
    3. Saya melayu muslim dari sarawak. Saya seorang wartawan bebas yang ada latarbelakang undang undang. I am apolitical. Saya hanya tolong clear the air. Cerita ini saya tahu sangat kerana my legal friends from umno pun tahu it was meant as provocation.

      Padam
  3. Alahai...komen yang kat atas tu..kau suka cina Dap apa aku kisah..mmglah..mereka tak ckp..tapi tindak tanduk mereka dah terang..mereka ni..nak jadikan Malysia ni Republik.mcm Singapore.. Orang Melayu..nak dipinggirkan....raja raja Melayu nak dijadikan..sejarah jer...contoh nyata..kat Penang...urusan Agama Islam pun nak campur..pesta arak..dan..pesta..bogel nak di komersial kan..tu apa namanya bukan hina Islam...sudah sudahlah nak..dokong sangat Cina Dap..suka kau...tapi..orang Melayu yang ada iman dan takwa tetap tsk boleh terima cina dap...tamat

    BalasPadam
  4. Strategi Dap dibuat secara halus. Melayu yg tak ada sensitiviti akan terpedaya.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top