Nuffnang

YDP AGONG : Kenapa Sultan Johor Tolak Tawaran?


Semua telah mengetahui bahawa Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V Kelantan dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-15 bagi menggantikan YDP Agong ketika ini, Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang bakal tamat pada 12 Disember ini. 
Namun, segelintir sahaja yang mengetahui bahawa, Sultan Johor telah menolak tawaran untuk menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-15 pada mesyuarat khas Majlis Raja-Raja yang berlangsung di ibu negara, pagi tadi.

Menurut kenyataan di Facebook Johor Southern Tiger, tindakan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar itu dibuat bagi memberi laluan kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.


“Ini adalah kerana DYMM Sultan Johor ingin memberi tumpuan penuh kepada kedaulatan negeri Johor dan kesejahteraan rakyat Johor,” menurut kenyataan itu.

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V Kelantan dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-15 oleh Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-243 (Khas) di Istana Negara hari ini.

Menurut kenyataan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad, pelantikan itu berkuat kuasa 13 Disember ini untuk tempoh lima tahun.


Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, pula dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh sama.

Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja itu dihadiri semua Raja dan dipengerusikan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Lantikan YDP Agong

Ciri yang unik di seluruh dunia dalam sistem pemerintahan beraja Malaysia, jawatan ini digilirkan setiap lima tahun antara sembilan Pemerintah Negeri Melayu. Apabila menjawat jawatan Yang di-Pertuan Agong, seorang kerabat diraja akan dilantik sebagai Pemangku dalam negeri tersebut.

Giliran Negeri.

Sistem penggiliran jawatan Yang di-Pertuan Agong setiap lima tahun dianggap unik. Ini kerana ia menggabungkan tradisi feudal berasaskan keturunan darah dengan konsep moden berasaskan perlembagaan.

Malaysia satu-satunya negara di dunia yang mengamalkan sistem penggiliran ketua negara.

Sistem penggiliran hanya diberikan kepada Raja-Raja Melayu dari negeri yang dahulunya dikenali sebagai Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.

Negeri-negeri Melayu Bersekutu terdiri daripada Perak, Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang. Manakala Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor. Sementara itu Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak tidak berpeluang walaupun mereka menganggotai menjawat jawatan tersebut Majlis Raja-Raja.

Selepas kitaran pertama sembilan Yang di-Pertuan Agong (1957-1994), aturan menurut Pemerintah negeri boleh (tetapi tidak semestinya) menurut kitaran yang telah digunakan sebelum itu, iaitu:
  1. Negeri Sembilan
  2. Selangor
  3. Perlis
  4. Terengganu
  5. Kedah
  6. Kelantan
  7. Pahang
  8. Johor
  9. Perak

Yang di-Pertuan Agong akan melantik sebagai istiadat iaitu Yang di-Pertua Negeri, atau Gabenor, kepada 4 buah negeri iaitu Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.

Yang di-Pertuan Agong yang ke-14 (sekarang) adalah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dari Kedah

Faktor Pemilihan

Pemilihan Yang di-Pertuan Agong berdasarkan kepada sistem kekananan dan giliran yang telah ditetapkan. Terdapat beberapa faktor yang akan dipertimbangkan oleh Majlis Raja-Raja melalui undi rahsia bagi menentukan pengganti bagi jawatan Yang di-Pertuan Agong seterusnya.

Syarat yang akan diambil kira ialah:
  1. Kekananan di kalangan Sultan dan Raja;
  2. Baginda berkenan untuk menjadi Agong;
  3. Tidak mengalami kelemahan atau ketidak upayaan mental;
  4. Merupakan Raja yang berada di kedudukan teratas;
  5. Mendapat sokongan sekurang-kurangnya lima Raja lain;
  6. Dan bukan seseorang yang telah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong selama dua penggal berturut-turut.

Faktor lain ialah usia dan tempoh masa pemerintahan dan kalau kita lihat daripada aspek status atau peranan yang dimainkan oleh Yang Dipertua usia dan tempoh masa pemerintahan seseorang Raja di sesebuah negeri amat penting kerana apabila baginda telah menjalankan pemerintahan dalam tempoh yang lama ini dapat menggambarkan kematangannya terhadap cara pemerintahan.

Proses Pemilihan

Mengikut kebiasaan sebelum proses pemilihan berlangsung, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja terlebih dahulu akan menanyakan raja yang seterusnya dalam senarai giliran mengenai kesediaannya untuk dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Proses pemilihan ini hanya melibatkan raja-raja iaitu hanya raja-raja yang boleh bertanding dan mengundi. Ketika persidangan untuk pemilihan Yang di-Pertuan Agong, Yang di-Pertua Negeri tidak akan ikut hadir. Hanya raja-raja dan Penyimpan Mohor Besar selaku setiausaha mesyuarat yang akan terlibat.

Sembilan raja berkenaan kemudian akan membuat undi rahsia pada sekeping kertas yang tidak bernombor dan sekiranya raja dalam senarai itu mendapat lima undian, baginda dengan rasminya dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong seterusnya. Lazimnya, raja yang paling muda akan diberi tanggungjawab untuk mengira undian bersama-sama Penyimpan Mohor Besar.

Proses yang sama diulangi untuk memilih Timbalan Yang di-Pertuan Agong, yang akan memangku jawatan Yang di-Pertuan Agong semasa ketiadaannya dalam negara atau kerana keuzuran.
Share this article

11 Komen:

  1. Kalau tiada penawaran maka tiada lah penolakan. Tunggu 10 tahun lagi barulah boleh tolak tawaran tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. cerita tanpa hujung dan pangkal.... saya setuju dengan tuan. Adakah jika saya kata saya juga menolak, ini menjadi punca sultan kelantan dipilih menjadi agong? tetapi hairan, kenapa ada tajuk begini.

      Padam
  2. Sultan Johor dicalonkan jadi agung ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan giliran nya pun...sape yg nak undi dia? Terlalu byk controversi dia..Beri laluan konon..uek.

      Padam
    2. Kau dah kenapa....waktu pemilihan ada undian....lol...so nama.Baginda naik...tapi Baginda tolak dengan baik...yang kau samapi mak muntah apasal...nampak sangat kau ni.. Punya hati yang hitam..

      Padam
  3. Sultan Johor dicalonkan jadi agung ke?

    BalasPadam
  4. Walaupun aku bukan dari Johor tapi aku lagi suka sultan Johor jadi agong. Sekurang2 nya dia Sultan yang berani bersuara dan bertindak sekiranya ada sesuatu isu. Di Johor pun dia arahkan PBT mansuhkan GST. Sultan lain ada buat macam tu??

    BalasPadam
  5. kalau ikut giliran memang sultan dari kelantan..betul ke cerita sultan johor dicalon..tidak ikut giliran lagi ke..kena undi ke..

    BalasPadam
  6. Betul...walau ada sistem giliran tetap ada sistem undi..katanya paling kurang 5 undi naik cth sultan A dpt 5 undi dah layak terpilih...

    Itu menunjukkan sultan johor menghormati sistem giliran.. sultan kelantan tak sakit.. sihat..memang giliran negerinya....

    Maknanya bila tiba giliran org..jgn tamak..jgn guna berbagai cara yg boleh memecahbelahkan SESUATU..

    Sama juga kita semua... bila tiba giliran jd suami/isteri jgnnnnnnnn buat hal...jgn main belakang hihihihi

    BalasPadam
  7. Ada pemimpin tamak depan pun dia sapu belakang pun dia rembat.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top