Nuffnang

SUARA PEKERJA : MTUC Masih Gagal Temui PM!!!


Kurang 2 minggu perbentangan Bajet 2017 pada 21 Oktober, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) masih lagi gagal mendapatkan respon menteri kewangan berhubung memorandum mengenai harapan pekerja.
Pemangku Presiden MTUC, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata pihaknya menghantar memorandum beberapa kali dan menetapkan tarikh perjumpaan dengan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak, bagi mencari penyelesaian mengenai masalah dihadapi pekerja.

“Tetapi pertemuan itu tidak berlaku lagi. Saya rasa tiga empat surat kita dah hantar,” katanya kepada FMT.

Najib sebelum ini mengajak rakyat memberikan cadangan mereka dalam penyediaan Bajet 2017, dan membuka laman khas bagi tujuan itu mulai 5 September hingga 19 September lalu.

Abdullah berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk membuat bantahan sekiranya Bajet 2017 tidak menyebelahi nasib pekerja.

“Kita akan buat bantahan kerana kita bercakap bagi pihak pekerja. Dan benda ini sudah dibicarakan sebelum ini dalam forum di peringkat kementerian,” katanya.

Menurut Abdullah, apa yang dimahukan MTUC dalam Bajet 2017 adalah tumpuan kepada masalah pemberhentian kerja yang semakin kerap.

Menurutnya, lebih 70,000 orang dibuang kerja sehingga kini.

Selain daripada itu, kos sara hidup, bebanan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), harga rumah yang mahal dan gaji minimum juga perlu diambil kira oleh kerajaan.

“Saya percaya dan yakin pekerja sekarang ini sedang dalam keadaan cukup tidak tentu disebabkan ekonomi yang tidak stabil,” katanya.

Sementara itu, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Ceupacs) pula menyarankan kerajaan memberikan 2 bulan bonus dalam Bajet 2017.

Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda berkata tuntutan itu dibuat kerana pihaknya melihat keadaan ekonomi negara ini masih lagi baik walaupun keadaan harga minyak tidak baik.

Tambahnya, permintaan dua bulan gaji itu dibuat juga adalah untuk perbelanjaan ibu bapa menghadapi sesi persekolahan anak mereka tahun depan.

“Sedangkan GLC, swasta dalam keadaan macam mana pun dia bagi lebih 3 bulan bonus,” katanya tanpa memberi butiran lanjut.

“Jadi angka 2 bulan ini adalah angka yang munasabah,” katanya.

Azih menambah, antara tuntutan lain Ceupacs ialahg kerajaan menyelaraskan semula elaun sara hidup kepada penjawat awam dan mengambil kira kos di bandar besar dan kecil. (SUMBER)
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top