Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

MALAYSIA AKAN MUFLIS? Tokoh Wartawan VS Menteri Kewangan Kedua


Kenyataan yang jadi viral itu adalah petikan jawapan saya kepada persoalan seorang kenalan yang juga pelabur dari Singapura,” jelas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani berhubung teguran Tokoh Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin mengenai kenyataannya sebelum ini.
Sebelum ini Kadir dalam kolum mingguan di Sinar Harian memberi peringatan kepada Johari supaya lebih telus dan berterus terang dalam hal-hal ekonomi negara berikutan kenyataannya bahawa Kadar Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia adalah antara yang terbaik di Asean sedangkan ekonomi global dalam keadaan lembab.

Berikut kenyataan penuh beliau :

1. Saya mengucapkan terima kasih kepada Datuk Kadir Jasin, seorang Tokoh Wartawan Negara yang telah mendedikasikan ruang kolum mingguan beliau dalam akhbar Sinar Harian untuk mengingatkan saya agar terus telus dan berterus terang terutamanya mengenai hal hal ekonomi negara sekarang ini. Saya menerima kritikan Datuk Kadir itu dengan hati yang terbuka. Saya tahu beliau adalah seorang wartawan terkenal yang mempunyai semangat nasionalisme yg tinggi. Saya juga sentiasa mengikuti tulisan beliau sewaktu beliau menjadi group editor di NST.

2. Saya difahamkam komen beliau ini bermula apabila beliau membaca fakta – fakta ekonomi yang saya nyatakan mengenai kedudukan kewangan negara setakat 31 Julai 2016 yang telah menjadi viral dilaman media sosial. Fakta fakta yang diviral itu menyentuh mengenai perkara yang melibatkan 
  1. Rizab Bank Negara Malaysia, 
  2. Pertumbuhan Ekonomi Negara semasa, 
  3. Kedudukan hutang Negara, 
  4. Penarafan ekonomi Negara (Ratings), 
  5. Kedudukan Pasaran Modal negara, dan 
  6. Diversifikasi ekonomi negara.
3.Saya ingin memaklumkan kepada beliau bahawa jawapan saya yang diviralkan tersebut di atas sebenarnya adalah merupakan petikan dari jawapan saya kepada seorang kenalan saya dan juga pelabur dari negara jiran Singapura yang telah menghantar kepada saya artikel melalui whatsapp mengenai keadaan ekonomi Malaysia yang beliau terima yang menyatakan ekonomi negara Malaysia akan muflis dalam jangka masa 6 bulan, nilai ringgit kita akan jatuh ke tahap RM5 berbanding satu dollar Amerika, rizab bank negara tidak sampai RM100 billion, kedudukan ekonomi negara mengalami pertumbuhan yang negatif, hutang negara yang tinggi mendadak, sistem perbankan yang sangat rapuh dan ekonomi negara yang hanya bergantung pada hasil minyak dan dengan kejatuhan harga minyak negara akan muflis. Pendek kata negara malaysia sedang berada di ambang kebankrapan.

4.Sebagai seorang Ahli Parlimen dan Menteri yang sangat junior di dalam kabinet kerajaan (kurang dari 65 hari), saya amat terpanggil untuk menjawab kemusykilan dan meredakan kebimbangan pelabur Singapura tersebut.

Sekiranya saya tidak menjawab, maka pelabur dari Singapura itu nanti akan berfikir bahawa artikel yang memburukkan Malaysia yang di”share”kan oleh beliau kepada saya itu kesemua faktanya adalah benar. Kemungkinan pelabur tersebut akan hilang keyakinan, negara akan terlepas peluang pelaburan asing dan peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan dari pelaburan tersebut juga akan tergugat.

5. Jawapan saya kepada pelabur Singapura tersebut (yang telah menjadi viral dan seterusnya dipetik oleh Bernama) sememangnya sengaja saya buat perbandingan dengan negara Singapura kerana untuk memudahkan pemahaman beliau sebagai rakyat Singapura.

6. Kesemua fakta yang saya tulis itu adalah fakta yang diterbitkan oleh laporan rasmi ekonomi negara dan juga Bank Negara Malaysia. Fakta-fakta ini juga yang digunapakai oleh pelabur-pelabur luar negara serta agensi penarafan antarabangsa. Inilah juga fakta-fakta yang diguna pakai oleh masyarakat dunia untuk menilai pencapaian pertumbuhan ekonomi negara Malaysia.

Jadi adakah salah saya mengguna fakta-fakta ini untuk menjawap persoalan pelabur tersebut? Terus terang bagaimana lagi yang perlu saya jawab kepada pelabur tersebut?

7. Kadir juga menyatakan bahawa kenyataan saya bahawa pertumbuhan ekonomi Malaysia sebanyak 4.1% bagi separuh tahun pertama 2016 adalah antara yang terbaik di Asean adalah – “tidak tepat dan boleh dipertikaikan”.

Untuk pengetahuan beliau perbandingan yang saya buat diantara Malaysia dengan Singapura dan tidak dengan Filipina, Vietnam atau Indonesia seperti yg disarankan beliau adalah kerana KDNK per kapita negara kita adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan KDNK ketiga-tiga negara tersebut.

Malaysia mempunyai KDNK sebanyak US$9,700 per kapita berbanding dengan jumlah KDNK Filipina sebanyak US$2,900 per kapita, Indonesia pula mempunyai KDNK US$3,300 per kapita dan Vietnam pula mempunyai KDNK US$2,100 per kapita.

Sebab itu saya tidak mahu membandingkan negara kita dengan ketiga-tiga negara tersebut. Ianya juga bersesuaian dgn hujah Datuk Kadir bahawa – “lagi maju sesebuah ekonomi, lagi sukar menjana kadar pertumbuhan yang tinggi” – maka dalam konteks ini tidak salah kalau saya menggunakan Singapura sebagai perbandingan.

8. Untuk rujukan Kadir, pada tahun 1998 KDNK negara kita hanya berada pada tahap RM288 billion. Pada 2008 ianya telah meningkat kepada RM924 billion dan pada 2015 KDNK kita telah meningkat kepada RM1.15 trillion. Ini menunjukkan bahawa perancangan ketumbuhan ekonomi negara ini selari dengan hasrat yang diimpikan oleh kepimpinan kita terdahulu untuk menjadikan negara malaysia sebuah negara maju menjelang 2020.

9. Saya juga ingin berkongsi mengenai beberapa fakta krisis ekonomi yang berlaku sejak 20 tahun yg lalu. Pada 1998 sewaktu berlaku Asian Financial Crisis , KDNK kita telah menguncup sebanyak negatif 7%, manakala pada tahun 2008 sewaktu Global Financial Crisis KDNK kita telah menguncup sebanyak negatif 1.5%. Pada 2015/2016 walaupun kita berdepan dengan krisis kejatuhan harga komoditi minyak yang begitu mendadak dan menyebabkan kerajaan kehilangan lebih dari RM30 billion pendapatan tetapi negara masih merekodkan pertumbuhan ekonomi yang positif iaitu 6% – 2014, 5% – 2015 dan 4.1% – 2016 (6 bulan).

10. Kadir juga berkata bahawa negara maju memang lebih banyak hutang sebab pemberi pinjaman – “percaya kepada mereka dan mereka mampu bayar balik”. Ini juga suatu kenyataan tidak tepat kerana ada juga negara maju yang kadar keberhutangannya tinggi yang akhirnya tidak dapat mengekalkan pembiayaan hutang negara mereka dan penyebabkan perkembangan negara mereka terbantut dan menjadi negatif.

Sebagai contoh, negara-negera Eropah seperti Italy, Spain, Portugal dan Ireland merupakan negara maju yang mempunyai penarafan ekonomi yang tinggi (kategori A ke atas) tetapi mengalami pertumbuhan ekonomi yang terbantut sejak 2009 disebabkan kadar keberhutangan yang tinggi (90% hingga 130% daripada KDNK). Permasalahan ini juga antara sebab mengapa negara-negara tersebut tidak benar-benar pulih daripada European Debt Crisis sejak 2009.

Maka itulah sebabnya Malaysia sentiasa mengambil langkah untuk cuba mengekalkan kadar hutang negara pada kadar tidak lebih 55% kerana kita tidak mahu berada dalam keadaan tidak boleh membayar hutang. Dengan komitmen kerajaan membina pasarana pengangkutan awam yang efisyen untuk generasi akan datang seperti LRT, MRT, Keretapi Laju KL – Singapura dan East Coast Rail Link sudah tentu bebanan hutang ini akan lebih kritikal untuk di uruskan dengan lebih berhati hati.

11. Sememangnya saya amat komited untuk berkhidmat kepada Negara dan Kerajaan Barisan Nasional. Saya rasa tidak salah kalau kita cuba perbetulkan kesilapan yang ada, memperbaiki perkara yang boleh diperbaiki dan mengambil pengajaran terhadap sesuatu kegagalan. Ibu saya sentiasa berpesan kepada saya jika marah bagaimanapun kita kepada seseorang itu jangan lah sampai ketahap yg digambarkan oleh peribahasa melayu “marahkan nyamuk kelambu dibakar” dan janganlah kita bertelagah sesama kita sehingga “yang menang menjadi arang dan yang kalah menjadi abu”.

*Johari Abdul Ghani*
*Ahli Parlimen Titiwangsa*
Share this article

4 Komen:

  1. Tak payah nak DEFENSIVE sangat.
    Tunggu jelah.
    Masa akan menentukan segala-galanya.
    By end of the year, tak muflis, ALHAMDULLILAH.
    Bolehlah tempelak A.Kadir Jasin di atas ramalannya.
    Tapi kalau muflis, bukan kamu yang tanggong.
    Kami, rakyat jelata.
    Mungkin ends up macam Greece.
    Nak keluarkan duit kami dalam simpanan di bank, ASB, TH dan di
    mana-mana sahaja tempat kami menyimnpan, sudah kering kontang.
    Kalau Najib CAP DUIT BARU, duit kami sudah tak bernilai.
    Ibrat duit batang pisang zaman jepun dulu.
    Jadi, jangan cepat melompat, kata semuanya FINE.
    Orang yang menegor, MENABOR FITNAH.
    Berusahalah mengatasi masalah ekonomi secara jujur.
    Jaangan sapu bawah karpet.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

      Padam
  2. Biar lah muflis..kami nak juga rasa muflis tu bagaimana..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihi cari nahas ...dah lah muflis di dunia lagi takut muflis di akhirat nauzubillah
      muflis tu dekat2 nak mampus rasanya...huhu

      Padam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top