Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

CUEPACS : Pemandu Kenderaan Kerajaan Perlu Dikecualikan Saman KEJARA Dan AES


PUTRAJAYA: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan diwujudkan satu klausa pengecualian kepada pemandu kenderaan kerajaan daripada dikenakan tindakan pemotongan mata demerit apabila Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara) dan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dijalankan serentak nanti.
Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda berkata pelaksanaan serentak 2 sistem itu akan memberi kesan kepada lebih 50,000 pemandu kenderaan kerajaan, yang ada ketikanya terpaksa memandu melebihi had kelajuan ditetapkan atas faktor kepentingan urusan kerajaan.

Pemandu kenderaan polis, ambulans, bomba serta menteri antara yang tidak terkecuali dalam pelaksanaan sistem Kejara dan AES apabila ia dilaksanakan kelak.

Azih berkata pemandu kenderaan kerajaan adalah tertakluk kepada tugasan seperti terlibat dalam operasi, mengejar penjenayah, menghantar pesakit atau terpaksa bergegas dari beberapa lokasi dalam masa yang singkat.

“Apabila kamera AES mengesan kenderaan dipandu melebihi had, pemandu terbabit secara automatik akan disaman, dikenakan pemotongan mata demerit Kejara yang mungkin pada akhirnya lesen memandu mereka digantung jika jumlah kesalahan mencapai 20 mata seperti ditetapkan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sini hari ini.

Azih berkata keadaan sedemikian bukan saja merugikan pemandu malah memberi kesan kepada penugasan kementerian, jabatan atau agensi kerajaan kerana mereka yang terbabit mungkin tidak boleh melakukan tugasan lain kerana jawatan hakiki mereka adalah sebagai pemandu.

Kebimbangan serta cadangan mewujudkan klausa pengecualian kepada pemandu kenderaan kerajaan antara yang dibangkitkan delegasi Cuepacs dalam pertemuan tertutup mereka dengan Ketua Pengarah JPJ Datuk Nadzri Siron selama sejam di ibu pejabat JPJ di sini.

Ditanya reaksi ketua pengarah JPJ terhadap cadangan berkenaan, Azih berkata Nadzri mengambil maklum mengenainya serta menjelaskan perincian lanjut perlu dilakukan kerana pelaksanaan kedua-dua skim tersebut masih baharu di negara ini.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai pada Januari lepas dilaporkan berkata dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan jalan raya, AES dan Kejara akan dilaksanakan serentak selewat-lewatnya pada Mac.

Tiong Lai berkata pelaksanaan tersebut bukan bertujuan mendenda pemandu, sebaliknya penguatkuasaan AES dan Kejara merupakan satu cara berkesan dalam mengurangkan nahas jalan raya. (SUMBER)

Hmm.... Apa Pandangan?
Share this article

1 Komen:

  1. Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top