Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

CARI PENYAKIT : 3 Aktivis Pelajar Ditahan Polis Promosi #TangkapMO1


Tiada penyakit dicari pula. Disuruh belajar tapi cuba menghasut dan menjadi hero. Kan tak pasal-pasal tidur kat dalam lokap.
Tiga aktivis pelajar yang cuba mempromosi perhimpunan #TangkapMO1 di kampus UiTM cawangan Seri Iskandar di Ipoh, Perak telah ditahan oleh polis.

Mereka ialah Muhammad Luqman Nul Hakim Zul Razali, Luqman Hakim dan Ashraff Nazrin.

Ketika dihubungi, aktivis pelajar Anis Syafiqah yang menghadirkan diri di lokasi tahanan memberitahu ketiga-tiganya ditahan selepas cuba memasuki kawasan kampus.

"Kami tiba di UiTM pada kira-kira jam 5 petang dan polis sudah bersiap sedia.

"Kami bertanya kepada mereka dengan baik untuk memasuki kampus bagi bertemu rakan-rakan kerana ingin menjelaskan tentang Malaysian Official 1 , tetapi mereka enggan membenarkan sehingga kami terpaksa bercakap di luar.

"Selepas kami selesai berucap lebih sejam kemudian, kami meminta untuk masuk lagi tetapi mereka masih menolak.

"Tiga daripada kawan-kawan saya kemudian cuba untuk memanjat pagar, polis tangkap dan gari mereka, " katanya.

Ujar Anis lagi, terdapat lebih daripada 10 pegawai polis dan polis bantuan selain kehadiran pentadbir universiti tersebut.

Baru-baru ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan pihak yang ingkar dengan larangan mengadakan perhimpunan #TangkapMO1 pada 27 Ogos di Dataran Merdeka.

Khalid mengingatkan bahawa tiada kebenaran diberikan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk penggunaan tempat itu.

“Tapi kalau dah tuan punya tempat tak bagi janganlah buat.

“(Perkara) ini macam rumah orang (kita) nak masuklah. Kalau orang tak bagi, tapi kita nak masuk juga, jadi akan ambil tindakan,” tegas Khalid kepada pemberita.

Khalid berkata penganjur perlu mencari tempat lain dan polis akan mempertimbangkan kelulusan walaupun tempoh notis mungkin tidak cukup.

“Walaupun tempoh masa itu dah suntuk, dia kena mohon 10 hari sebelum perhimpunan tetapi tempat yang diminta bersesuaian kita boleh pertimbangkan," tambah Khalid.


Share this article

1 Komen:

  1. Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top