Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

VIDEO : Pemimpin PKR Menyesal Keluar UMNO, Presiden Palu Gendang PeranG!!!


Mutakhir ini pelbagai kemelut yang dicipta dari dalam UMNO sendiri seolah-olah mahukan Najib undur dari jawatannya sebagai Perdana Menteri. Serangan demi serangan oleh mantan PM Tun Dr Mahathir disambut pula dengan tukang bakar dari UMNO sendiri mereka bergandingan mahu memberikan tekanan kepada Najib untuk "surrender".

YAB Datuk Seri Najib dah mulakan paluan gendang untuk mempertahankan haknya sebagai ketua kerajaan yang sah !

Semalam dihadapan puluhan ribuan rakyat di bumi dibawah bayu, sokongan hampir 40,000 hadirin membakar semangat Najib untuk terus lawan apa sahaja rintangan demi amanah dan mandat yang telah diberikan kepadanya sebagai Orang Nombor Satu Negara.

Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan beliau tidak akan tunduk kepada mana-mana tekanan yang mahukan beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Beliau berkata, selagi rakyat menyokong beliau untuk menerajui kepimpinan negara sebagai Perdana menteri dan ahli UMNO terus teguh menyokongnya sebagai Presiden parti maka beliau tidak akan berganjak daripada jawatan yang di­sandangnya sekarang.

“Saya cuma tunduk kepada (desakan) ahli parti dan rakyat sahaja. Selagi ahli parti sokong saya, selagi rakyat memberi kepercayaan, saya akan tetap meneruskan perjuangan saya,” katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 40,000 orang yang hadir pada program Solidariti Rakyat Sabah bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Padang Perbandaran Tawau di sini hari ini.

Penegasan Najib itu yang dinyatakan dengan suara lantang mendapat tepukan dan sorakan daripada hadirin yang membanjiri Padang Perbandaran Tawau sehingga melimpah ke kawasan jalan raya, disertai paluan gendang.

Beliau menegaskan, jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO diperolehinya secara proses demokrasi dan ditentukan oleh rakyat dan ahli UMNO dari seluruh negara iaitu dari Padang Besar di Perlis hingga ke Pulau Sebatik, di Tawau Sabah.

Ini merupakan kali pertama Najib menjawab secara terbuka dan lantang desakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Najib yang ingin mendengar sen­diri suara sokongan hadirin dengan melaungkan “rakyat Sabah sokong” sebanyak tiga kali telah disambut dengan sorakan gemuruh hadirin, “Najib, Najib, Najib”. 

Menegaskan pendirian kukuh­nya, Perdana Menteri sempat membacakan falsafah Bugis yang berbunyi ‘Kendati tergantung awan di langit. Telah terlanjur ku bentang layar. Walau badai datang menggunung. Walau berdentum guruh di langit, walau bumi berkeping dua, tak kan mungkin ku berbalik haluan’.

Najib berkata, beliau mendapat mendengar sokongan padu dan gemuruh daripada hadirin pada majlis di sini dan juga di Kota Belud ketika menghadiri program perasmian Projek Perumahan Rakyat di daerah ber­kenaan awal hari ini serta suara rakyat yang telah memberi mandat kepada­nya untuk memerintah negara.

“Takkan satu suara (Dr. Mahathir) lebih besar daripada suara yang dide­ngari daripada para hadirin di sini dan di Kota Belud dan mandat diterima daripada seluruh negara,” katanya.
Katanya, setiap pemimpin terma­suk beliau pernah menempuh ujian dan tidak terkecuali Dr. Mahathir yang menghadapi lebih banyak ujian ketika menerajui pucuk pimpinan negara selama 22 tahun.

“Mana tak ada ujian. Ujian Team A, Team B (dalam pemilihan UMNO, Dr. Mahathir) hampir kalah. Hampir 50 peratus ahli UMNO suruh dia letak jawatan. Tapi apa dia jawab, ‘walaupun saya menang satu undi, saya akan tetap terus menjadi Perdana Menteri’. Oh hebat dia jawab.

“1987, saya antara yang menyo­kong dia. Dia (Dr Mahathir) kekal menjadi Perdana Menteri sebab apa? Sebab kita bersama dalam susah. Bila dalam susah kita beri sokongan dia kekal. Kalau kita sokong pemimpin menghadapi ujian, Dr. Mahathir ti­dak boleh kekal 22 tahun menjadi Perdana Menteri”, yang sekali lagi mendapat sorakan hadirin.

“Jadi, janganlah lupa, waktu dia (Dr Mahathir) jadi Perdana Menteri, kita sokong dia penuh. Sekarang dia tidak jadi Perdana Menteri, sokonglah pula. Kalau tak boleh sokong, janganlah bunyi sangat. Tapi tak apa, jangan rosakan parti. Kita boleh terangkan (isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB)),” katanya.

Najib berkata, kenyataan Dr. Mahathir berhubung 1MDB kebelaka­ngan ini berbelit-belit, sekejap kata 1MDB hilang RM42 bilion selepas itu kata pula tak hilang tetapi 1MDB berhutang RM42 bilion.

Beliau menegaskan, kerajaan ada cara tersendiri untuk menyelesaikan isu 1MDB jika diberi tempoh.

Perdana Menteri menjelaskan, ketika Tabung Haji membeli sekeping tanah milik 1MDB ia adalah pelaburan dan bukannya ‘bailout’ 1MDB kerana Tabung Haji boleh memperoleh keuntungan sehingga lebih RM170 juta melalui pembelian itu namun dise­babkan perkara itu dijadikan isu, beliau menasihatkan Tabung Haji menjual tanah berkenaan.

Najib berkata melalui penjualan semula aset berkenaan, Tabung Haji boleh untung sehingga RM5 hingga RM6 juta namun pada masa sama merugikan pendeposit Tabung Haji sendiri kerana jika aset itu tetap milik Tabung Haji, pendeposit boleh untung sehingga RM170 juta.

“Tetapi kerana isu sudah dipu­sing sebagai isu yang panas, orang kata ‘you are shooting yourself at your foot’, tembak kaki sendiri. Inilah yang saya kata tidak rasional. Kita buat sesuatu untuk apa? Untuk kebaikan rakyat. Bagilah peluang. Setiap perkara boleh kita selesaikan. Tetapi beri peluang kepada pemimpin untuk menyelesaikan perkara itu,” katanya.

Perdana Menteri berkata, selepas menyaksikan sokongan padu diberikan rakyat kepadanya seperti yang dapat dilihat pada perhimpunan hari ini, beliau berazam untuk meneruskan perjuangan malah semangatnya kian berkobar.


Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top