Nuffnang

KONSPIRASI MILAN : Jawapan Najib, Nazri Dan Khairy!!!



Macam-macam cerita direka untuk kasi sensasi lagi konon UMNO tengah bergegar sakan gara-gara isu 1MDB dan kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad. Antaranya adanya komplot 'Italian Job' untuk singkir Datuk Seri Najib Tun Razak.

Untuk bagi lagi syok, nama Tan Sri Muhyiddn Yassin telah dikaitkan dalam komplot itu.

Timbalan Perdana Menteri berada di Milan, Itali selama tiga hari mulai 7 Mei untuk menghadiri pembukaan Milano Expo 2915.


Antara turut dikaitkan mengadakan pertemuan sulit di Milan itu ialah bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, Menteri Perdagangan Antarabangsa Datuk Mustapha Mohamed dan Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz.

Cerita ini timbul bila bekas Menteri Datuk Zaid Ibrahim mendakwa beliau diberitahu oleh satu sumber konon ada pertemuan sulit itu.

Namun beliau akui tidak dapat mengesahkan maklumat dari sumber berkenaan.

Nazri telah menafikan adanya rancangan untuk singkir Najib.

Katanya beliau berada di Milan atas kapisiti sebagai Menteri.Katanya beliau juga ke Dubai. Selain lawatan itu diluluskan oleh kabinet Najib juga tahu beliau berada di situ.

Menurut Nazri beliau bersua dengan Muhyiddin di Milan semasa satu kumpulan penari dari Istana Budaya membuat persembahan di situ.

Hairan juga sebagai peguam dan bekas Menteri yang juga undang-undang dulu bagaimana Zaid boleh bawa cerita yang beliau sendiri tidak dapat disahkan kebenarannya.

Namun cerita yang dipetik dari angin lalu ini tak tentu pasal jadi bahan bualan.

Betulkah ada pertemuan seumpama itu?

Kalau nak tahu Timbalan Perdana Menteri sendiri telah menjelaskan kepada mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di ibupejabat UMNO, PWTC petang Isnin bahawa dakwaan Zaid adanya pertemuan sulit itu adalah tidak berasas langsung.

Ini diberitahu oleh Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin ketika menjawab soalan wartawan selepas mesyuarat berkenaan.

Malah, katanya dakwaan bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin dalam blognya kononnya terdapat gerakan kalangan ahli Majlis Tertinggi mahu desak dalam supaya letak jawatan semasa mesyuarat berkenaan juga satu dakwaan yang sama sekali tidak berasas.

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi ketika ditemui wartawan pula kata walaupun pelbagai isu dibangkitkan,setelah penjelasan terperinci diberikan oleh Perdana Menteri semuanya berpuas hati.

"Semuanya sepakat sokong beri penjelasan isu berbangkit," katanya.

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan mesyuarat hari ini adalah lebih kepada muhasabah parti.

"Ini menunjukkan khabar angin berhubung perpecahan dalam kalangan anggota UMNO adalah tidak benar," katanya.

Sementara itu, Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil berkata ikatan silaturrahim antara anggota MT adalah semakin kuat dan perlu dikekalkan walaupun dihimpit pelbagai isu ketika ini.

"Kita perlu berada dalam satu barisan yang kuat memberi sokongan padu kepada Presiden dan Timbalan Presiden parti, dan bukannya meninggalkan barisan ketika masalah melanda," katanya.

Datuk Seri Hasan Malek yang juga Menteri Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan berkata majoriti anggota MT meminta siasatan terhadap 1MDB dipercepatkan supaya kegusaran rakyat dapat dikurangkan melalui penjelasan berterusan daripada fakta dan bukannya dakyah pembangkang.

Seorang lagi anggota MT Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang juga Pengerusi Tabung Haji berkata penjelasan mengenai isu lembaga itu diterima baik oleh majoriti anggota MT.

Malah, katanya beliau turut menerima nasihat membina daripada anggota-anggota lain MT.

"Saya merayu kepada rakyat di luar sana agar jangan terpedaya dengan dakyah, permainan politik. Saya tidak pernah main politik dalam Tabung Haji.

"Ini kerana, saya jadi pengerusi (Tabung Haji) untuk semua, untuk ummah. Kerja saya buat selama ini untuk semua ummah tanpa ada batasan politik," jelasnya.- 11/5/2015- OLEH NOOR HASILAH ISMAIL DAN LUKMAN ABDULLAH
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top