Nuffnang

RAKAM ANAK MANDI - Apa Punya Bapa Daaa...



TAPAH – Sudahlah mencabul, seorang bapa bertindak mengugut untuk membunuh anak gadisnya jika perbuatan tidak bermoral itu dihebahkan kepada orang lain.

Lelaki berusia 45 tahun itu dikatakan bertindak sedemikian ke atas anaknya yang berusia 14 tahun sejak tahun lalu menyebabkan mangsa takut untuk melaporkannya kepada pihak berkuasa.

Bagaimanapun, perbuatan itu terbongkar apabila isterinya menemui beberapa gambar anaknya dalam keadaan separuh bogel yang disimpan dalam telefon bimbit milik suspek pada minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Tapah Superitendan Som Sak Din Keliaw berkata, pada mulanya anak kedua daripada tiga beradik itu enggan menceritakan perkara sebenar kepada ibunya kerana bimbang akan diapa-apakan oleh suspek.

Menurutnya, setelah didesak beberapa kali, mangsa menceritakan perkara sebenar sebelum membuat laporan polis bersama ibunya di Balai Polis Tapah, kelmarin.

“Mangsa yang merupakan pelajar tingkatan dua memberitahu dia dicabul bapanya di sebuah kampung di kawasan Temoh,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian selepas Majlis Perkhidmatan Cemerlang dan Pemakaian Pangkat peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah, disini, semalam.

Som Sak berkata, bapa mangsa turut mengulangi perbuatan terkutuk itu di beberapa kali di lokasi berlainan termasuk rumah mereka ketika ketiadaan ibunya.

Jelasnya, suspek juga mengambil gambar separuh bogel ketika mangsa mandi tanpa disedarinya menggunakan telefon bimbit.

"Perbuatan jijik suspek dikesan apabila ibu mangsa memeriksa telefon bimbit milik suaminya yang mengandungi gambar separuh bogel anaknya pada 12 November lalu sebelum membuat satu laporan polis kelmarin.

“Suspek telah ditahan semalam (kelmarin) bagi bantu siasatan manakala mangsa dihantar ke Hospital Tapah sebelum dipindahkan ke Hospital Teluk Intan untuk pemeriksaan.

“Kes masih dalam siasatan dan disiasat di bawah Seksyen 354 serta 506 Kanun Keseksaan,” katanya.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top