Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

BONGKAR!!! PENYELEWENGAN DANA SKIM WARGA EMAS OLEH WAKIL RAKYAT PR!!!



1) Tujuan saya membuat laporan ini adalah supaya pihak polis menyiasat beberapa persoalan yang timbul berkaitan dana tersebut yang disalurkan kepada ahli-ahli parlimen tertentu di daerah-daerah Hulu Langat, Gombak dan Petaling

i) Bolehkan dana negeri Selangor di salurkan kepada ahli-ahli parlimen di Wilayah Persekutuan? Disertakan bersama Surat dari Perbendaharaan Negeri Selangor bertarikh 13 Disember 2013 kepada pengurus cawangan Ambank En Teoh Chook Keat yang memohon membuka akaun bagi skim Mesra Usia Emas (SMUE) di atas nama ahli-ahli parlimen Wilayah Persekutuan iaitu MP Cheras Tan Kok Wai, MP kepong Tan Seng Giaw, MP Batu Tian Chua, MP Wangsa Maju Dr Tan Kee Kwong, MP Bandar Tun Razak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, MP Seputeh Teresa Kok, dan MP Segambut Lim Lip Eng.

Kemusykilan timbul apabila dana yang dituju kepada MP Pandan Rafizi Ramli di minta disalurkan kepada akaun yang dibuka di atas nama Muhammad Firdaus Bin Hashim.

Atas kapasiti apa dana di salur kepada seseorang yang bukan seorang wakil rakyat? Dan mengapakah akaun proxy dibuka bagi pihak YB Rafizi?

ii) Di minta pihak berkuasa siasat aliran wang dari akaun-akaun Ambank berikut yang dibuka khas untuk menyalurkan dana Skim Mesra Usia Emas :

a) Nombor akaun 8881000095855 (MP Seputeh Teresa Kok)
b) Nombor akaun 8881000012992 (MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar)
c) Nombor akaun 8881000252390 (MP Kepong Tan Seng Giaw @ Tan Chun Tin)
d) Nombor Akaun 8881000253337 (MP Wangsa Maju Dr Tan Kee Kwong

iii)Tujuan saya memohon aliran dana ini disiasat adalah kerana difahamkan akaun dana Skim Mesra Warga Emas yang dipegang Dr Tan Kee Kwong kemungkinan besar telah disalahgunakan.Persoalan ini timbul berikutan surat Firma Guaman Bon Advocates yang dihantar kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) bertarikh 14 Ogos 2014 yang mempertikaikan tindakan Dr Tan Kee Kwong, yang juga merupakan pengerusi lembaga disiplin PKR, memecat Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai ahli PKR dan sebagai ahli Majlis Pimpinan Pusat secara tidak sah.

Menurut Firma Guaman Bon Advocates Dr Tan Kee Kwong yang menerajui Lembaga Disiplin PKR telah melanggar perlembagaan PKR kerana Tan Sri Khalid dibuang dari PKR tanpa mengikut peraturan parti.

Ini menimbulkan persoalan kenapakah Dr Tan Kee Wong tergesa-gesa memecat Tan Sri Khalid Ibrahim daripada parti PKR. Adakah kerana ingin menutup sebarang salahlaku melibatkan dana Skim Mesra Usia Emas seperti yang dicadangkan oleh Firma Guaman Bon Advocates?

iv) Difahamkan juga terdapat keraguan di dalam jumlah keluaran wang dari Akaun Ambank bernombor 8881000253337 yang dibuka khas untuk dana Skim Mesra Usia Emas (yang di pegang oleh MP Wangsa Maju Dr Tan Kee Kwong) kerana jumlah yang dikeluarkan tidak bersamaan dengan peruntukan RM2,500 yang ditetapkan di bawah skim tersebut untuk diberikan sbg khairat kematian warga emas.

(Disertakan bersama Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor Bil 4 tahun 2013 yang jelas menyatakan apabila ahli meninggal dunia, penama yang berdaftar boleh menuntut sumbangan khairat kematian atau manfaat sebanyak RM2,500).

Difahamkan jumlah yang tidak bersamaan dengan RM2500 di keluarkan daripada akaun tersebut pada masa-masa tertentu dari mesin-mesin ATM dari pelbagai lokasi termasuk Klang, Penang, Sentul, Setapak, Wangsa Maju, Kajang, dan Kota Kinabalu.

Demi kepentingan rakyat, tolong siasat sama ada penerima-penerima bantuan ini berada di lokasi-lokasi berlainan selaras dengan lokasi mesin-mesin ATM dimana wang dikeluarkan, atau adakah wang tersebut digunakan untuk kegunaan yang berlainan daripada tujuan asal.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top