Nuffnang

DERHAKA + BIADAP!! ADUN DAP Persoal Kuasa Diberi Kepada Sultan!!!





Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor dari DAP, Lau Weng San hari ini mempersoalkan tindakan kerajaan Johor yang bakal memberi kuasa multak kepada Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam membentuk Lembaga Perumahan dan Hartanah.





Beliau menyifatkan tindakan kerajaan Johor itu amat mengelirukan memandangkan Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem raja berpelembagaan dan bukannya raja mutlak.

Lau berkata, sekiranya benar kerajaan Johor ingin mewujudkan semula sistem raja mutlak, ia juga disifatkan sebagai sistem yang tidak lagi relevan dan seiring dengan zaman.

"Saya terkejut dan prihatin dengan berita bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor akan membawa satu rang undang-undang yang akan memberi kuasa eksekutif kepada DYMM Sultan Johor untuk bacaan pertama di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada hari Isnin depan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Adun Kampung Tunku itu berkata, dengan memberikan kuasa multak kepada raja maka secara tidak langsung akan menjejaskan kerangka struktur asas Perlembagaan termasuklah turut mengubah ciri-ciri Raja Berpelembagaan yang diamalkan sejak kemerdekaan lagi.

"Bagi saya, kesesuaian sistem raja mutlak ialah sistem yang tidak seiringan dengan peredaran zaman kini.

"Cadangan memberi kuasa kepada raja untuk terlibat dalam urusan pentadbiran kerajaan pastinya akan menjejaskan kerangka struktur asas Perlembagaan kita," katanya.

Katanya berdasarkan system raja berpelembagaan, raja-raja meskipun mempunyai sumber kuasa eksekutif, kehakiman dan perundangan namun secara dasarkan tidak berperanan secara terus menjalankan fungsi kuasa tersebut.

"Contohnya, raja memilih calon yang pada pendapatnya meraih sokongan majoriti Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri masing-masing untuk dilantik sebagai perdana menteri di peringkat persekutuan atau menteri besar juga ketua menteri di peringkat negeri.

"Raja turut melantik hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi atas nasihat perdana menteri dan ketua hakim negara namun rakyat memilih wakil rakyat ke dalam Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri yang seterusnya melantik seorang speaker untuk menjalankan kuasa perundangan bagi pihak raja," katanya.

Katanya, berdasarkan penjelasan itu boleh disimpulkan meskipun raja mempunyai kuasa tersebut namun ia hanya boleh dilaksanakan oleh orang berkelayakan yang dilantik baginda.

Tambahnya lagi, ia berbeza sama sekali dengan raja mutlak apabila kuasa melaksanakan semuanya tertakluk pada raja.

Jesteru itu beliau menggesa kerajaan Johor akan mempertimbangkan pembentangan RUU Enakmen tersebut dengan sewajarnya.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan kerajaan Johor akan memberi kuasa mutlak kepada Sultan Ibrahim untuk terlibat secara langsung dalam pentadbiran kerajaan negeri apabila satu rang undang-undang baru akan dibentangkan dalam sidang DUN pada Isnin depan.

Laporan itu mendakwa jika rang undang-undang bagi menubuhkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor itu diluluskan, ia akan memberi kuasa kepada Sultan Ibrahim untuk menyelia akaun Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) dan terlibat dalam pembangunan hartanah di negeri itu.

“Ia juga memperuntukkan enakmen yang akan membolehkan baginda mempunyai kuasa membubar dan melantik ahli lembaga pengarah baru, menentukan jumlah elaun dan saraan mereka serta berhak melantik seorang pengarah yang boleh dipilih sebagai ketua eksekutif LPHJ.

"Ahli lembaga pengarah yang dilantik juga akan mengambil alih pengurusan pembangunan perumahan dan hartanah negeri itu.

“Rang undang-undang tersebut, jika diluluskan akan menjadikan Johor negeri pertama yang memberi kuasa kepada sultan untuk terlibat dalam pentadbiran kerajaan,” lapor Utusan Malaysia hari ini.

Dan di bawah adalah respon daripada Menteri Besar Johor berhubung isu ini :

Share this article

0 Komen:

Catat Komen

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top