Malaysia Airlines mengalami satu kemalangan lagi hari ini apabila salah sebuah pesawat B737-800 syarikat penerbangan itu dilanggar oleh kenderaan bagasi ketika ia diletakkan di kawasan parkir hari ini.
Gambar Hiasan
Foto berkaitan kejadian di Lapangan Terbang Kuala Lumpur itu menunjukkan bahagian bawah badan pesawat robek.
Mengesahkan kejadian itu, MAS berkata kenderaan bagasi lapangan terbang itu melanggar fiuslaj pesawat itu mengakibatkan kerosakan.
Dalam satu kenyataan hari ini, MAS berkata punca kejadian itu sedang disiasat dan pemandunya digantung tugas untuk sementara.
Menurutnya lagi, penumpangnya telah dipindahkan ke pesawat lain.
Sebuah lagi pesawat B737-800 telah digunakan untuk penerbangan berikutnya yang berlepas mengikut jadual, katanya.
Bulan lepas, sebuah pesawat MAS dilanggar oleh kereta lapangan terbang, Perodua Viva semasa ia berada di parkir KLIA.
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....