Nuffnang

#PrayForMH370 : Tun M, Mukhriz Sejam Bersama Keluarga Mangsa





Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali hari ini bertemu dengan keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang kini ditempatkan di The Everly Hotel di sini.

Pertemuan kira-kira sejam itu turut disertai Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir dan isteri Datin Seri Norzieta Zakaria.

Ketika ditemui pemberita, Dr Mahathir berkata beliau berharap tiada yang menunding jari kepada pihak yang sedang menjalankan operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370.

“Perkara itu tidak akan menyelesaikan masalah,” kata beliau dan enggan mengulas lanjut.

Sementara itu Mukhriz berkata beliau bertemu dengan empat keluarga mangsa yang berasal dari Kedah dan menyampaikan rasa simpati serta sokongan moral kepada mereka.

“Saya dapat bayangkan betapa sukarnya… mereka meluahkan perasaan bahawa amat sukar menunggu begitu lama tetapi maklumat yang diperoleh cuma sedikit.

“Mereka juga menyatakan tidak mahu menerima maklumat palsu yang membuahkan harapan namun akhirnya kecewa setelah harapan itu tidak menjadi kenyataan.

“Harap-harap mereka yang menggunakan media sosial lebih sensitif dalam perkara ini,” katanya.

Pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada radar, kira-kira sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada pukul 12.41 tengah malam Jumaat dan sepatutnya dijadual tiba di Beijing pukul 6.30 pagi Sabtu. 

– BERNAMA
Share this article

1 Komen:

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top