Nuffnang

APE CER? Timbalan Menteri Letak Jawatan!!





Pengerusi Persatuan Hindraf Malaysia (PHM) P Waythamoorthy meletakkan jawatan sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini. Setiausaha PHM P Ramesh berkata, surat peletakan jawatan itu diserahkan sendiri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada jam 5.05 petang.

“Dalam surat peletakan jawatan itu, dijelaskan sebab-sebab kenapa beliau mahu melepaskan jawatannya dalam pentadbiran sekarang,” kata Ramesh.

Kenyataan ringkas dua perenggan sebentar tadi itu bagaimanapun tidak menyebut sama ada jawatan senator yang disandang Waythamoorthy turut dilepaskan.

Sebelum ini, Sin Chew Daily yang turut memetik Ramsesh melaporkan, Waythamoorthy juga menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai senator kepada Dewan Negara hari ini.

Dua hari lepas, PHM mengeluarkan kenyataan yang mengumumkan Waythamoorthy akan meletakkan jawatan kerajaan berkuat kuasa hari ini.

Secara peribadi, penulis beranggapan tidak banyak pun perubahan atau pembaharuan yang dibawa oleh Waythamoorthy untuk kaum India. Pendek kata, lebih layak dianggap "makan gaji buta".

Beliau seharusnya mengetengahkan pendekatan-pendekatan baru dalam menaiktaraf sosio ekonomi kaum tersebut, sebaliknya dilihat lebih banyak berpolitik dan bertelagah dengan Jemaah Menteri. Pendek kata, lebih elok la beliau meletak jawatan daripada dipecat Daripada barisan kabinet.

Apa pandangan anda?
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top