Nuffnang

APA DAH JADI? Bukan Islam Boleh Derhaka Dan Engkar Titah YDP Agong!!!




Portal pro- Pakatan Rakyat, Malaysian Insider hari ini menyarankan orang bukan Islam boleh menderhaka dan ingkar titah perintah Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong.

Memetik kenyataan Peguam pro-Pakatan Rakyat, Edmund Bon, portal itu mendakwa Malaysia merupakan sebuah negara sekular dan bukan Islam. Oleh itu, negara ini tidak perlu mematuhi mana-mana titah dikeluarkan pemerintah negeri atau fatwa dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan, kata pakar Perlembagaan.

Bagaimanapun tajuk Malaysia Insider “Bukan Islam tidak perlu patuh kepada titah Diraja atau fatwa, kata peguam” merupakan satu tindakan menghasut rakyat agar menderhaka kepada YDP Agong. Adalah beza besar antara “tidak tertakluk kepada undang-undang Islam” dengan “tidak perlu patuh kepada Titah YDP Agong.”

Ini merupakan tindakan menghasut rakyat menderhaka kepada Yang Dipertuan Agong. Kita tunggu apakah tindakan Peguam Negara terhadap portal ini.

Malaysia Insider melaporkan:


Sultan Kedah yang kini merupakan Yang Di-Pertuan Agong semalam memetik keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1986 – mengatakan sesetengah perkataan termasuk kalimah Allah hanya eksklusif kepada umat Islam, menimbulkan kebimbangan kepada bukan Islam berhubung hak beragama seperti dijamin Perjanjian Malaysia 1963. 
“Titah dan fatwa tidak boleh digunakan kepada bukan Islam kerana ia melanggar hak perundangan dan beragama mereka,” kata peguam Edmund Bon (gambar) kepada The Malaysian Insider, memetik kes pada 2009.
“Bukan Islam tidak boleh didakwa di Mahkamah Syariah. Jadi mana-mana fatwa daripada Majlis Fatwa Kebangsaan tidak terpakai kepada bukan Islam,” katanya dan menambah fatwa hanya terpakai kepada umat Islam seperti diputuskan dalam kes Mahkamah Persekutuan pada 2009 yang diputuskan oleh tiga hakim dalam kes Sulaiman Takrib lawan Kerajaan Negeri Terengganu; Kerajaan Malaysia (pencelah) &  Kes Lain. 
Panel hakim pada ketika itu terdiri daripada Hakim Besar Malaya pada ketika ini Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi dan Tun Abdul Hamid Mohamad yang membuat penghakiman terakhirnya. Antaranya, fatwa hanya terpakai kepada penganut agama Islam. 
Pengasas Lawyers for Liberty Eric Paulsen juga mengatakan tidak ada apa yang boleh dilakukan oleh penguatkuasa agama terhadap bukan Islam. 
“Apa-apa titah dikeluarkan, sama ada daripada Sultan atau Yang di-Pertuan Agong, tidak terpakai kepada bukan Islam,” kata Paulsen.
Walaupun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengeluarkan perintah, ia tidak memberi kesan kepada bukan Islam.”
Beliau mengatakan terdapat beberapa kes mahkamah dengan jelas menunjukkan Malaysia merupakan sebuah negara sekular.
“Islam bukanlah faktor utama yang boleh menafikan hak asasi rakyat Malaysia seperti dijamin Perlembagaan Persekutuan,” kata Paulsen.
“Rakyat Malaysia dijamin kebebasan bersuara, berekspresi dan beragama. Semua ini jelas ditulis dalam Perlembagaan Persekutuan.”
Beliau memberikan komen selepas Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah mengatakan sensitiviti agama dan status Islam sebagai agama rasmi negara harus dihormati.
“Titah Agong merupakan nasihat. Bagaimanapun, ia tidak membantu kerana apa yang diperlukan untuk menyelesaikan isu ‘Allah’ adalah perundingan di antara pihak berkepentingan,” kata Paulsen.
Beliau juga mengatakan, Raja-raja Melayu, Barisan Nasional, Pakatan Rakyat dan pemimpin Kristian harus duduk bersama bagi menyelesaikan isu ini secara aman.
Semua pihak berkepentingan harus membuang prejudis dan berbincang untuk menyelesaikan isu ini, kata peguam tersebut. 
Pakar Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari juga berkata Majlis Fatwa Kebangsaan tidak mempunyai kuasa undang-undang dalam perkara berkaitan Islam kerana perkara itu merupakan urusan kerajaan negeri.
“Perkara berkaitan agama Islam urusan negeri-negeri, dan Majlis Fatwa Kebangsaan tidak mempunyai status di sisi Perlembagaan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
“Pembahagian kuasa persekutuan-negeri yang meletakkan Islam di tangan negeri-negeri dikekalkan oleh Perlembagaan Persekutuan.”
Sehubungan itu, beliau menegaskan, apa sahaja pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan tentang serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terhadap Pertubuhan Bible Malaysia pada 2 Januari tidak memberi kesan, sama ada kepada umat Islam atau bukan Islam.
Kenyataan Sultan semalam dibacakan ketika berlaku ketegangan di antara umat Islam dan penganut Kristian berhubung penggunaan kalimah Alla oleh penganut Kristian yang menggunakan bahasa Melayu di Malaysia.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bukan-islam-tidak-perlu-patuh-kepada-titah-diraja-atau-fatwa-kata-peguam

Share this article

2 Komen:

  1. Selagi kerajaan takut bertindak maka bertambah menjadi jadilah puak ini mencabar........kalau macam ni lah kan aku ingat lepas PRU 14 UJUDLAH istana presiden

    BalasPadam
  2. Jangan salahkan Kerajaan aje. Pada pendapat saya PR lah yang lebih bersalah besar kerana menyebabkan umat Islam berpecah belah dan ideoloji PKR dan DAP yang cenderong kearah sosialis barat.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top