Nuffnang

MUSYKIL!!! Malaysia Benarkan Demo? NGO Haram Pula Tu!!!!



Majistret menolak permohonan polis untuk menahan reman selama tujuh hari terhadap Pengerusi Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) Azan Safar di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pagi tadi. 

Peguam Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi ketika dihubungi Harakahdaily menjelaskan pihaknya telah berhujah bagi membantah permohonan pihak polis itu kerana alasan yang tidak munasabah. 

"Sebentar tadi kita telah berhujah di hadapan majistret apabila pihak polis memohon untuk menahan reman Azan selama tujuh hari.

"Hujah yang kita berikan adalah penahanan tersebut tidak munasabah dan kita meminta agar pihak polis membebaskan tahanan tersebut. 

"Majistret telah menerima alasan yang kita berikan dan membenarkan pihak polis melengkapkan proses mengambil keterangan sebelum Azan dibebaskan," katanya. 

Sebelum itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia melalui Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) telah bertindak bagi membantu Azan. 

Azan telah ditahan oleh pihak polis kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin ketika sedang makan bersama kawan-kawannya di sebuah restoran di Kampung Baru. 

Beliau ditahan di bawah seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan seksyen 124C Kanun Keseksaan. ~hrkh

BB : Hmmm...... komen karang kata hina mahkamah pula, diam je la. Tapi tetap musykil beb!!!!
Share this article

4 Komen:

  1. Mintalah reman 3 hari dulu lepas tu baru minta lagi 4 hari.
    Tak kan standard procedure macam ni pun kena beritahu kut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. biasalah mat bila mintak 3 hari bg 1 hari sbb tu minta lama sikit tp undang2 kata begitu kita trpaksa akur rakyat didahulukan hehehehe

      Padam
  2. zaman sekarang nih sumer boleh. zaman tonggek terbalik. zaman lintang pukang. zaman 69. kalau tonggeng terbalikkan nombor tuh, pasti akan dapat pemandangan sama. asalkan jangan dibaringkan. dah lain pulak pemandanganya.

    BalasPadam
  3. Aku bukan nak sokong siapa2.. ko nak demostrasi haram... memanglah kena tangkap.. paham2 jer lah.. Azan Safar ketua lak tu... memang akan kena la kan.. Kita lak bodoh kena tipu lak.. Malaysia x aman... Mamat ni nak publisiti jer.. kaku dapat rasa lah, Azan Safar yg aku rasa tak lama lagi akan dikudakan oleh orang ahli politik yg dah lama... 'Bersih' all over again..

    Ko tgk nanti ... masuk penjara.. keluar penjara... tak lama lagi masuk politik lak... hal biasa... tu pun kalau reputasi tak tergugat.. Ambiga mcm diamjer.. hehe (Clue)

    Harga Malaysia kenapa naik agaknya? Negara Asia Tenggara yg lain macam mana pulak, naik tak? sebab tu buat research dulu.. jangan main bangkang jer.. orang kata bodoh nanti marah... Orang kata pentingkan diri sendiri nanti marah... lain lah kalau kerajaan skg (BN dan pakatan. Bukan BN jer) tak buat apa2 untuk rakyat.. TU AKU MARAH..

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top