Browse » Home »
belia
,
Sukan
» TRAGEDI : ATLET BERBASIKAL TERENGGANU MAUT KEMALANGAN!!! AL-FATIHAH @KhairyKJ
TRAGEDI : ATLET BERBASIKAL TERENGGANU MAUT KEMALANGAN!!! AL-FATIHAH @KhairyKJ
Berita Sedih Buat Dunia Sukan Tanah Air!!
DUNGUN – Seorang pelumba basikal Terengganu maut dalam nahas jalan raya di Km 71, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan pagi ini.
Yang Dipertua Persatuan Lumba Basikal Negeri Terengganu (PLBNT) Datuk Saidi Ismail berkata mangsa dikenali sebagai Mohamad Asmu’i Ali @ Awang, 20, berasal dari Kampung Dusun Kuala Ibai, Kuala Terengganu.
“Mayat mangsa kini berada di Hospital Dungun dan akan dibawa balik ke Kuala Ibai setelah semua urusan selesai nanti,” katanya.
Beliau berkata, kejadian berlaku semasa Mohamad Asmu’i hendak mengambil air dari van pengiring dan beliau dikatakan terjatuh dan terlanggar dengan van berkenaan.
Mangsa bersama pelumba yang lain sedang dalam misi kayuhan untuk menyertai kejohanan kreterium di Sepang Ahad ini.
Sehubungan kemalangan itu, Saidi berkata misi kayuhan ke Sepang itu telah dibatalkan.
– Bernama
BB : Rasanya ini kemalangan kedua mengakibatkan kematian bagi pelumba berbasikal Terengganu. Sesuatu perlu dilakukan bagi mengelakkan perkara seperti ini berlaku lagi dan LAGI!!
Untuk rekod pelumba basikal muda Terengganu telah maut dalam satu nahas (bertembung lori) ketika menjalani latihan pada 5 Jun yang lalu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Nuffnang 3
MENARIK



customer centric business strategies

mozek yunani purba ditemui di zeugma turki mempame...

panduan ringkas tips tuntut pampasan pemberhentian...

insentif rebat rahmah 2025 internet percuma hari r...

kerja kosong unisza 2025 32 jawatan pelbagai gred ...

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....