Nuffnang

KEBEBASAN BERSUARA? Mahasiswa Dihasut BERDEMO!!!



Lihatlah satu lagi agenda licik Anwar Ibrahim dan PR dalam meracuni pemikiran anak muda kita di luar negara dari golongan mahasiswa. 

Satu himpunan yang kononnya bagi mempertahankan hak bersuara dan kebebasan maklumat kepada mahasiswa Malaysia di luar negara akan diadakan di Elder Hall, Adelaide University, Australia esok.



Menurut laman Facebook Adun Semambu, Pahang, Lee Chean Chung, himpunan akan diadakan pada hari Sabtu , 19 Oktober ini bernula jam 10 pagi, waktu Australia.



Peserta himpunan turut digalakkan memakai pakaian hitam sebagai simbol bantahan.


"Sejurus selepas insiden pemegang biasiswa JPA diberi amaran supaya tidak hadir program Anwar Ibrahim di Australia, sekumpulan mahasiswa kita akan membuat bantahan di Universiti Adelaide.



University of Adelaide



"Saya memberikan sokongan penuh kepada mereka yang berani dan matang," tulis Lee di laman Facebook beliau.

Himpunan dibuat kononnya sebagai bantahan terhadap amaran Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) dipercayai kepada semua penerima biasiswa JPA daripada menghadiri sesi bersama Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Laman Keadilandaily sebelum ini mendedahkan e-mel dihantar pegawai penasihat pelajar JPA, Sharezan Md Sheriff yang akan mengambil tindakan keras ke atas penerima biasiswa JPA yang terlibat.

Apa ke bangangnya PR ni. Kalau Anwar tu pemimpin Kerajaan sudah pasti tiada halangan bagi kerajaan Malaysia membenarkan beliau berucap di hadapan pelajar-pelajar Malaysia di sana. Ini awak tu ketua parti pembangkang!!! Kalau ia pun, cuba kerajaan Selangor dan Penang benarkan mana-mana pemimpin BN berucap dulu di mana-mana institusi pendidikan di bawah pentadbiran kerajaan negeri. Ada berani? 

Teringat satu kisah, Belum pun sempat Ustaz Kazim bagi ceramah di Penang suatu ketika dulu, tiba-tiba sahaja dibatalkan oleh kerajaan negeri. Itu baru pendakwah, belum pemimpin BN. Hak sama rata konon, piirah!!

Satu lagi, mana datangnya duit-duit mahasiswa kita di Adelaide University ni untuk bayar sewa dewan tu? Ok la bagi yang pergi atas kos sendiri, tapi yang pergi atas tajaan JPA tu faham-faham je la. Berapa kos nak sewa dewan tersebut? Mesti ada "funder" kan? 

Kepada pemimpin-pemimpin BN khususnya yang mempunyai tanggungjawab secara langsung kepada mahasiswa dan anak muda, tunaikanlah tanggungjawab anda sebaik mungkin. Kalau PR boleh mengadakan pelbagai bentuk program bersama mereka, mengapa anda tidak? Jangan tunggu dah dekat PRU baru kelam kabut nak atur program itu ini. 

Mereka-mereka inilah golongan "CERDIK PANDAI" yang suatu masa nanti akan kembali ke Malaysia dan sebilangannya akan merencanakan masa depan negara.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top