PUTRAJAYA: Mayat seorang lelaki ditemui terapung di tepi Tasik Putrajaya berhampiran Jambatan Seri Saujana, di sini Sabtu.
Menurut seorang saksi, Muhammad Fadzlee Md Yatim, 21, beliau sedang bersiar-siar di sekitar tasik itu dan terlihat satu objek terapung pada kira-kira pukul 4.30 petang.
Katanya, beliau terkejut apabila menyedari objek itu sebenarnya merupakan mayat seorang lelaki yang berseluar biru gelap tanpa baju, sebelum meminta rakannya menghubungi polis.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan mengenai penemuan mayat berkenaan.
Mayat dihantar ke Hospital Putrajaya untuk dibedah siasat, katanya. - Gambar-BERNAMA
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....