Nuffnang

PERMATANG PAUH SAMBUT "HANGAT" MENTERI BELIA

BUKIT MERTAJAM, 24 Mac, UMNO ONLINE – Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Chik terkejut kerana tidak menyangka akan dihalang kira-kira 100 penyokong parti pembangkang daripada menghadiri majlis pelancaran Gelombang Biru di kawasan Parlimen Permatang Pauh hari ini.

Ahmad Shabery, yang juga bapa angkat kepada Umno bahagian Permatang Pauh, berkata insiden itu menggambarkan bahawa ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mula rasa terancam. “Ramai yang ditahan dan dihalang daripada hadir ke majlis ini. Kenderaan yang saya naiki juga ditahan dan dihalang untuk ke sini, tetapi mujur dengan bantuan pihak polis keadaan dapat dikawal,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Gelombang Biru itu di sini.

Turut hadir pada majlis pelancaran itu, Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Zainol Abidin Osman dan Pengerusi Gelombang Biru Parlimen Permatang Pauh Datuk Abd Jalil Abd Majid.

"Hari ini kita dapat lihat warna sebenar mereka yang selalu membuat tuduhan terhadap BN dan parti komponennya, perkara ini perlu didedahkan untuk pengetahuan umum,” katanya. Dalam perkembangan lain, Ahmad Shabery menyifatkan kenyataan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar yang mendakwa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Cawangan Strategi Urat Saraf menaja 2,000 siri ceramah Datuk Dr Hasan Ali sebagai pembohongan besar.

“Saya katakan bahawa Mahfuz bohong… bohong… bohong… tipu… tipu… tipu… (kementerian) tidak pernah menaja dan mengeluarkan peruntukan sehingga RM30 juta untuk siri ceramah Hasan Ali,” katanya.

Mahfuz dalam kenyataannya mendakwa Hasan, yang dipecat daripada PAS pada Januari lepas, ditugaskan untuk mendekati golongan belia dalam siri ceramahnya sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 kelak. Pada majlis hari ini, Umno Permatang Pauh turut memberikan sumbangan 10 buah  kerusi roda kepada Hospital Seberang Jaya serta menyampaikan sumbangan sebanyak RM200 setiap seorang kepada 20 pelajar cemerlang yang kini sedang menuntut di Institut Pengajian Tinggi (IPT).
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top