Presidennya, Mohd Wari Mat Zaki berkata, usaha berkenaan sebagai satu jalan terbaik membantu lebih ramai rakyat Malaysia memiliki kediaman sendiri pada harga lebih munasabah.
“Apa yang dapat dilihat dalam sektor hartanah ketika ini, kebanyakan pemain utama menumpukan projek berskala besar dan mewah bernilai jutaan ringgit, sekali gus menghimpit pengguna untuk memiliki kediaman pada harga berpatutan,” katanya.
Berikutan itu, pihaknya dijangka bekerjasama dengan PR1MA untuk membangunkan lebih banyak kediaman khususnya di kawasan Lembah Klang, Shah Alam, Hulu Langat, Gombak dan Klang.
“Kami yakin dengan usaha dilakukan ini dapat membantu lebih ramai pengguna mendapatkan kediaman terutama di kawasan bandar dan bersetuju untuk mengekalkan harga kediaman dibawah harga RM200,000,” katanya.
Menurutnya, pihaknya berpendapat, tidak mustahil untuk mana-mana pemaju menjual rumah pada harga kurang RM200,00 untuk kediaman jenis apartmen kerana kos yang diperlukan adalah sekitar RM100,000.
Dalam pada itu, pihak persatuan turut meminta kerajaan supaya menyediakan insentif cukai kepada pemaju yang membangunkan projek perumahan mampu milik kerana ketika ini pemaju perlu membayar 28 peratus cukai atas keuntungan diperoleh.
Sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/BantuprojekPR1MA/Article
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....