Nuffnang

OLIMPIK 2016 : Malaysia Belasah Ukraine



KUALA LUMPUR 18 Jan - Malaysia memulakan misi memburu slot ke Sukan Olimpik Brazil 2016 dengan langkah kanan apabila menewaskan Ukraine 5-1 pada perlawanan pusingan kedua Liga Hoki Dunia di Singapura, semalam.


Pada perlawanan kumpulan A di Stadium Hoki Sengkang di sini, Malaysia seperti diduga menguasai perlawanan dengan membuka tirai jaringan pada minit ke-13 menerusi jaringan padang oleh Muhammad Faizal Saari.

Skuad bimbingan Tai Beng Hai itu kemudian menambah gol kedua menerusi pukulan penalti oleh kapten, Muhammad Razie Rahim pada minit ke-19.

Tercabar dengan kedudukan itu, Ukraine merapatkan jurang menerusi jaringan padang Vitalii Kalinchuk pada minit ke-24.

Bagaimanapun, Malaysia mengukuhkan kedudukan apabila pakar pukulan sudut, Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin menyempurnakan dua percubaan pada minit ke ke-36 dan 53 sebelum Muhammad Haziq Shamsul menutup tirai jaringan pada minit ke-57.

Walaupun meraih kemenangan mudah namun Beng Hai anggap anak didiknya mampu memberikan keputusan yang lebih baik.

"Memang pada awal perlawanan, mereka nampak sedikit tidak teratur terutama di kawasan 25m dan D kerana selalu terlepas bola," katanya.

Bagaimanapun, beliau berpuas hati kerana dapat mengutip tiga mata penuh pada perlawanan pembukaan dan yakin dapat menampilkan prestasi yang baik jika dapat mengekalkan momentum pada perlawanan seterusnya.

Malaysia akan menentang Oman, Isnin ini sebelum melengkapkan jadual kumpulan dengan menentang Singapura pada hari berikutnya.

Kumpulan B terdiri daripada Jepun, Bangladesh, Poland dan Mexico.

Kejohanan Liga Hoki Dunia ini adalah antara kejohanan pusingan kelayakan ke Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro.

Tiga pasukan teratas di sini akan mara ke peringkat separuh akhir di Belgium dan Argentina, Jun ini.

Mengikut format kelayakan ke Sukan Olimpik 2016, pasukan tuan rumah akan layak secara automatik diikuti lima juara benua dan enam pasukan teratas Liga Hoki Dunia.


KEPUTUSAN : -

Kumpulan A:
MALAYSIA mn Ukraine 5-1
Oman mn Singapura 3-2

Kumpulan B:
Poland mn Mexico 6-0
Jepun mn Bangladesh 5-1.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top