Nuffnang

Anwar Semakin Nazak? Dah Buang Tabiat?



Politik.. oh.. politik.. semalam musuh, esok dan lusa belum tentu bermusuh... Apa motif Bang Non dengan tindakan terbaru ini?

Datuk Seri Anwar Ibrahim sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa anti rasuah Malaysia jika siasatan dilakukan terhadap bank bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin.


Ketua pembangkang itu bagaimanapun mengharapkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersikap profesional ketika menjalankan tugasan itu.


"Jika mereka tanyakan saya, saya akan bekerjasama, tiada masalah. Itu tanggungjawab saya membantu siasatan. Tapi mereka perlu bersikap profesional," katanya selepas dialog bersama belia Selangor, di Petaling Jaya hari ini.


Beliau berkata mempunyai "bukti" penyalahgunaan kuasa Daim namun berkata ianya disembunyikan. Anwar tidak mengulas lanjut, sebaliknya berkata SPRM tidak seharusnya hanya menyasarkan kepada siasatan perniagaan perbankan Daim semata-mata.


Pemimpin pembangkang sebelum ini menggesa SPRM menyiasat Daim, seperti dilakukan bekas ketua pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin.


Anwar membuat 15 laporan tahun lalu, menuduh Daim mengaut berbilion ringgit melalui Bank Africa dan Eropah Timur menggunakan proksi.


Tiga hari lalu, Daim menyuarakan kesediaannya bekerjasama dengan SPRM, namun menolak campur tangan kumpulan pengkritik.


Dalam kenyataannya, Daim berkata, beliau yakin SPRM mampu menggalas tanggungjawab itu.


Daim sebelum ini dilaporkan mempunyai sebuah bank di Tanzania namun menafikan salah guna kuasa.


Beliau turut dilaporkan pernah disiasat dua kali berhubung perkara itu pada 1999, dan tiada kesalahan yang ditemui lapor The Malaysian Insider.

Hmm....nampaknya permusuhan antara Anwar dengan mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir akan terus dibawa sampai ke mati. Serangan ke atas Tun Daim ini yang merupakan antara pemimpin paling dipercayai Tun M sudah pasti akan memberi tempias kepada beliau. Persoalannya, mengapa Anwar sanggup "menyebelahi" kerajaan pada ketika Tun M dan Tun Daim menyerang bertubi-tubi kepimpinan DS Najib pada ketika ini?
Share this article

7 Komen:

  1. Saya sendiri tanya Ezam,mana bukti '6 kotak' yg sdr katakan tu?.Ezam kata dia pun tak pernah tengok,sebabnya yg minta dia hebohkan pasal '6 kotak' ut ialah Anwar Ibrahim,dia hanya ikut arahan Anwar. Saya percaya jawapan Ezam ,keran kerja buat 'gempa' ni memang perangai Anwar,kerana 'gepa' lah Anwar di hukum penjara 5 tahun.

    BalasPadam
  2. Tak ketahuan dah org ni

    BalasPadam
  3. Mungkin AI ada beratus atau beribu-ribu kotak bukti terhadap Daim dalam simpanan dajjal al-Masih, tunggu dia dapatkan nanti bila dibenarkan berkerjasama dgn SPRM.

    BalasPadam
  4. Jangan buang masa nak layan cakap si-peliwat tua ni. Semua dia ada......MP yang akan lompat masuk PK untuk ambilalih Putrajaya, bukti itu, bukti ini, DNA Saiful pun dia ada sembunyikan, DNA dia pun dia ada simpan di tempat rahsia, bukti Altantuya pun dia ada, jam omega pun ada tersimpan oleh Jijah.......semua dia ada. Yang tidak ada bukti dia liwat Saiful di HK, SIN, dll.

    BalasPadam
  5. Jangan layan cakap Si Peliwat Tua ini. Dia kan terkenal sebagai kaki penipu. Semoga cepat-cepatlah dia dipenjarakan. Dah bosan dengan antic dia.

    BalasPadam
  6. JAM OMEGA MANE ? TUNJUK DULU. TIPU PUNYA OLANG. HARI HARI TIPU. SUDAH TUA MAU MAMPOS PUN TIPU. TUHAN PUN MAU TIPU.

    BalasPadam
  7. Motif Bang Non. Akan terdedah perbuatan Daim. Dan juga............................................ lain2 kroni be end. Dan............................. semua geng bee nd akan terlibat juga... Ha2.. dengar kes geng bee nd, semua main juta punya.

    Jatuhlah be end.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top