Nuffnang

ANWAR : PRK Kajang Memang Dirancang!!! Macam Harr.....




Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata parti sekutu dalam pakatan pembangkang memang membuat perancangan untuk mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang bagi memberi laluan kepadanya bertanding di kawasan itu.

Beliau berkata, peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh pada 27 Januari lalu juga dilakukan menerusi rundingan terlebih dahulu, dan bukan secara mengejut.




Mengosongkan kerusi DUN Kajang memang rancangan pakatan pembangkang, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

"Dia (Lee) meletak jawatan itu bukan tanpa rundingan. Dia letak (jawatan sebagai Adun) itu memang hendak beri ruang kepada saya untuk bertanding. Kerajaan negeri Selangor juga mengetahui tentang perkara itu.

"Dalam politik kena ada kejutan, dan ini (peletakan jawatan Lee) dianggap sebagai satu strategi kita (PKR)," katanya kepada kira-kira 200 ahli jawatankuasa cabang Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan cabang wanita di Yayasan An Nahdoh, Kubang Semang di Bukit Mertajam, malam ini. 

Anwar juga mengakui bahawa kerajaan negeri Selangor memang berdepan dengan masalah dalaman tetapi ia dalam keadaan terkawal.

"Walaupun kerajaan negeri Selangor ditadbir dengan baik daripada aspek urusan ekonomi, tetapi masalah gereja dan Bible merupakan masalah yang paling berat di Selangor, jadi saya perlu bantu untuk selesaikan masalah itu," katanya.




Anwar berkata, beliau akan membuat penjelasan secara terperinci mengenai hasratnya bertanding di DUN Kajang Isnin ini, di Kajang bersama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali. 

Lee memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum pada Mei lalu dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan Barisan Nasional (BN), Berjasa dan tiga calon bebas. - Bernama, 1 Februari, 2014.



read more...

VIDEO : Samun Bersenjata Di Restoran, Subang Jaya



PETALING JAYA - Seramai 10 pelanggan yang sedang menikmati makan malam di sebuah restoran nasi beriani terkenal di Subang Jaya dekat sini tersentak apabila disamun sekumpulan penyamun bersenjata sebilah parang dalam kejadian samun Rabu lalu.

Difahamkan, dalam kejadian pukul 9.15 malam itu empat lelaki dipercayai warga tempatan berusia dalam lingkungan 30-an bertopi keledar tiba-tiba masuk ke dalam restoran itu lalu menghampiri pelanggan sebelum bertindak menyamun dengan parang.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dikirim satu sumber, tiga daripada empat suspek terbabit mengugut mangsa menyerahkan wang tunai dan telefon bimbit milik mereka.

"Salah seorang suspek pula datang ke kaunter dan mengambil wang daripada mesin juruwang sebelum kesemua mereka bertindak melarikan diri.

"Nilai kerugian melibatkan wang tunai dan telefon bimbit pelbagai model yang disamun dianggarkan berjumlah RM8,000," katanya lagi.


Untuk Lihat VIDEO, KLIK SINI
read more...

AMARAN KJ : Jangan Sentuh Chong Wei Untuk PRK Kajang!!! @KhairyKJ




Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar tidak membenarkan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dijadikan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Khairy Jamaluddin berkata, Lee adalah harta negara dan tidak boleh disentuh untuk tujuan PRK DUN Kajang.

Beliau berkata demikian melalui akaun Twitternya ketika mengulas cadangan parti komponen Barisan Nasional yang ingin meletakkan Lee sebagai calon di Kajang.


"Tolong jangan sentuh Lee Chong Wei.

"Dia adalah harta negara. Sebagai menteri sukan saya tidak benarkan," tulisnya sebagai membalas pertanyaan seorang pengikutnya di laman itu hari ini.

Sebelum ini, akhbar melaporkan Ketua Umno Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul berpendapat MCA perlu meletakkan calon popular untuk mengatasi Anwar dan mencadangkan Lee sebagai calonnya.

Semalam media melaporkan, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyenarai pendek calon yang akan bertanding di DUN Kajang, Selangor.

Ketika ditanya media mengenai pemilihan Lee, Tiong Lai bagaimanapun enggan mengulas mengenai perkara itu. – 1 Februari, 2014.
read more...

ULTRAS SELANGOR? KJ PERLI BANG NON!!!


KETUA Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin hari ini mengutuk Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai terdesak mahu menjadi orang Selangor. 

Melalui akaun twitter miliknya, Khairy menulis :

"Desperate gila nak jadi orang Selangor *facepalm*" 

Sambil merujuk sekeping gambar, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Khalid Ibrahim mengenakan jersi Selangor, ketika meraikan Kelab Penyokong Pasukan Selangor petang tadi.






read more...

TRAGEDI : Maut Akibat Mercun Meletup Di Muka!!!





JOHOR BAHRU – Seorang pekerja am sebuah kilang maut akibat bermain mercun untuk meraikan Tahun Baharu Cina di rumahnya di Permas Jaya di sini.


Mercun yang dibakar Sze Joon Choon, 36, ketika tengah malam tadi dilaporkan terkena mukanya sehingga cedera teruk.

Dia dikejarkan anggota keluarganya ke Hospital Sultanah Aminah dan meninggal dunia kira-kira 7.30 semalam tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh mengesahkan kejadian itu. – BERNAMA

read more...

Rumah ADUN Pula Dipecah Masuk!!!




Rumah Anggota Dewan Undangan Negeri Batu Caves di Taman Templer Suasana, Rawang dipecah masuk awal pagi semalam dan beberapa barangan berharga dilarikan.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah (gambar) berkata kejadian hanya disedari Amirudin Shari, 33, apabila beliau bangun kira-kira 8 pagi dan mendapati pintu belakang rumahnya terbuka.




"Hasil pemeriksaan mendapati barangan yang hilang ialah seutas jam tangan, wang tunai RM500, dua buah telefon bimbit, dompet beliau dan isterinya, kad ATM serta beberapa dokumen pengenalan diri.

"Jumlah kerugian dianggar bernilai kira-kira RM1,500," katanya hari ini.

Dilaporkan tiada pengawal keselamatan yang bertugas ketika kejadian.

"Bagaimanapun, kami berjaya mengesan tiga cap jari di tempat kejadian yang dipercayai milik perompak," kata Abdul Rahim.

Di laman Facebook, Amirudin berkata kehilangan telefon bimbit dalam kejadian itu menyebabkan beliau tidak dapat dihubungi rakan-rakannya.

"Saya mohon maaf kerana tidak dapat dihubungi sehingga selepas Tahun Baru Cina, kerana telefon saya hilang bersama beberapa barang lain selepas kejadian kecurian di rumah saya pada awal pagi 30 haribulan.

"Insya-Allah, selepas cuti Tahun Baru Cina semuanya akan kembali sedia asal," katanya. – Bernama
read more...

KRISIS LAHAD DATU : Tiada Tanda Penceroboh Mahu Serah Diri!!!


KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi di sini Khamis diberitahu bahawa penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu tidak menunjukkan sebarang tanda mahu menyerah diri kepada pihak berkuasa Malaysia.

DSP Abdul Rani Alias, ketua pasukan komando VAT69 di Sektor D, berkata ketika pasukannya melakukan tinjauan rapat di Kampung Tanduo dari 28 Februari hingga 1 Mac 2013, tidak ada tanda yang menunjukkan para penceroboh itu mahu menyerah diri.





Semasa pemeriksaan balas oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang mengetuai kumpulan pendakwa raya, Abdul Rani berkata pada masa itu, pasukannyamenganggap para penceroboh yang membawa senjata api dan menduduki kawasan itu sebagai askar tempur musuh.

Saksi kelima itu bersetuju dengan cadangan Abdul Gani bahawa misi VAT69 bukan untuk bertempur dengan musuh kecuali jika mereka diserang.

Abdul Rani juga berkata, beliau tidak nampak sebarang petunjuk bahawa penceroboh bersenjata itu mahu menyerah diri sepanjang tempoh sehingga 1 Mac 2013.

Abdul Gani : Misi anda hanyalah untuk membuat tinjauan rapat?

Abadul Rani : Ya.

Abdul Gani : Apakah arahan yang diberikan kepada anda pada 28 Februari 2013?

Abdul Rani : Untuk melakukan tinjauan rapat dan kami hanya boleh bertindak balas jika ditembak.

Abdul Gani : Anda juga memberitahu mahkamah bahawa setiap anggota anda mempunyai 400 butir peluru yang menunjukkan mereka bersedia untuk bertempur.

Adakah ia benar?

Abdul Rani: Ya.

Adul Rani berkata ia adalah amalan biasa bagi VAT69 untuk membawa 400 butir peluru bagi mempertahankan diri mereka jika ditembak oleh musuh.

Semasa memberi keterangan di hadapan Hakim Stephen Chung, saksi itu berkata, pada 6 Mac tahun lepas, pasukannya bersama-sama pihak tentera telah menjalankan operasi mengerah keluar penceroboh di Tanjung Batu.

Ketika ditanya Abdul Gani mengapa para penceroboh itu dikerah keluar dari kawasan itu yang berdekatan ‘sentri’ di Tanjung Batu, pegawai kanan VAT69 itu menjawab bahawa ia bertujuan mengelakkan sebarang musibah kepada orang awam dan pihak keselamatan.

Beliau turut bersetuju dengan cadangan Abdul Gani bahawa sebelum 28 Februari 2013,para penceroboh bersenjata itu tidak menduduki kawasan lain kecuali kawasan diKampung Tanduo.

Abdul Rani juga berkata, beliau tidak bimbang ditembak penceroboh semasa melakukan tinjauan udara dengan sebuah helikopter pada 23 Feb dan 26 Februari tahunlepas di Kampung Tanduo.

Terdahulu, ketika pemeriksaan balas oleh peguam Ram Singh mengenai jengkaut yang ditemui di kawasan rumah dua tingkat di Kampung Tanduo, Abdul Rani berkata, beliau berpendapat jentera itu mungkin digunakan untuk mengorek atau membina kubu tanah sebagai pertahanan.

Sebanyak 27 tertuduh warganegara Filipina dan tiga lagi rakyat Malaysia dituduh melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong yang jika sabit kesalahan membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup, dan menjadi anggota kumpulan pengganas yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan denda.

Seorang daripada mereka turut berdepan dua pertuduhan tambahan iaitu merekrut anggota kumpulan pengganas dan melindungi individu yang diketahui anggota kumpulan pengganas.

Lima individu daripada lapan tertuduh lagi berdepan pertuduhan menjadi anggota kumpulan pengganas manakala seorang lagi, iaitu satu-satunya wanita dan merupakan warganegara Malaysia, didakwa melindungi individu yang diketahuinya anggota kumpulan pengganas.

Dua lagi berdepan pertuduhan cuba melindungi individu yang diketahui anggota kumpulan pengganas.

Mereka dituduh melakukan kesalahan masing-masing antara 12 Februari dan 10 Apriltahun lepas.

Perbicaraan itu, yang dikendalikan di Jabatan Penjara Sabah, akan disambung pada 10 Februari ini. 

- BERNAMA


    read more...

    Nuffnang 3

    MENARIK

    BB Followers

     
    Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
    Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
    back to top