


Hmmm..... Tak tahu nak komen ape. Mohon PENCERAHAN bagi yang arif.
Ini pula video penjelasan dari UAI :
Al Bukhari berkata :"Ibn Abbas pernah solat di dalam bi'ah yang ada patung. Umar pernah menerima surat dari Najran yang melaporkan bahawa penduduk di sini tiada tempat yang paling bersih dan baik berbanding bi'ah (gereja).
Lalu Umar membalas surat itu :"Basuhlah dengan air campuran daun bidara dan solatlah di situ."
Manakala dinukilkan pendapat daripada Ulama Hanafi dan Syafie bahawa makruh solat di dalamnya secara mutlak.
Atas asas ini, masuk bukan dengan tujuan solat tidak haram seperti untuk menyaksikan majlis perkahwinan dan takziah kematian. Dan syarat yang asasi adalah tidak melakukan sebarang upacara keagamaan yang bertentangan syariat.
Walau bagaimana yang lebih patut ialah tidak memasukinya melainkan ada keperluan seperti demi menjaga hubungan baik dengan rakan atau jiran, ataupun sebagai mencegah berlaku sesuatu yang tidak diingini .















