Nuffnang

TU DIA!!! Khairy Bikin Panas Lagi!!!






Ketika ini pelbagai kontroversi dan isu panas telah menyelubungi Khairy tatkala tampuk pentadbirannya sebagai menteri baru berusia 6 bulan. Ada yang menyenangi tindakan beliau, tidak kurang juga yang mencemuh malah menghentam habis-habisan.


Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan menyuarakan kebimbangan golongan belia berhubung isu kenaikan kos sara hidup semasa mesyuarat Kabinet, pada Rabu.

"Saya mengambil maklum apa yang dibangkitkan oleh Majlis Belia Malaysia (MBM) yang mewakili semua belia di luar sana berhubung kos sara hidup. Saya akan suarakan kerisauan golongan belia ini pada mesyuarat Jemaah Menteri Rabu ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Sidang II Penggal ke-29 2013-2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.

Khairy berkata tiga perkara pokok bagi golongan belia di negara ini ialah kos sara hidup, rasuah dan kejadian jenayah.

"Perkara ini perlu dibangkitkan di peringkat Jemaah Menteri supaya tidak ada tekanan dalam kalangan rakyat," katanya.

Beliau mengulas ucapan Presiden MBM, Mohamed Maliki Mohd Rapiee yang membangkitkan kebimbangan dan kerisauan golongan belia berhubung peningkatan kos sara hidup.

Mohamed Maliki turut menyatakan kebimbangan golongan belia berhubung Komuniti Ekonomi Asean (AEC) yang dijangka dilaksanakan pada 2015.

"Golongan belia ingin tahu mengenai kadar fiskal, kadar cukai dan landskap serantau kesan daripada komuniti ekonomi itu," katanya.

Terdahulu, Khairy dalam ucapannya berkata Kementerian Belia dan Sukan sedang dalam proses semakan semula Dasar Pembangunan Belia Negara (1997) bagi menghasilkan Dasar Belia Malaysia (DBM) yang lebih mantap dan komprehensif.

"Semakan semula dasar ini sedang diperkemas dan diperinci dengan mengambil kira penambahbaikan dan penyesuaian dengan peredaran masa kini serta dasar-dasar utama negara.

"Cadangan DBM juga dirangka agar menepati keperluan dan suara hati belia Malaysia," jelasnya.

Mengenai Parlimen Belia Malaysia (PBM), Khairy berkata sehingga kini, seramai 147,514 orang belia sudah mendaftar sebagai pemilih, iaitu 73.48 peratus daripada 200,000 sasaran minimum yang ditetapkan.

"Pemilihan untuk ahli Parlimen Belia dijangka pada Februari 2014 dan persidangan akan diadakan pada April 2014. Saya menyeru kepada semua agar bersama-sama membantu promosi Parlimen Belia yang akan berakhir pada 31 Disember ini," katanya. - Bernama
read more...

PROTES!!! 500 Penuhi Bangunan DBKL Isu Kenaikan Cukai!!!





Protes yang dijadualkan hari ini telah diganti dengan sesi 'bertemu pemimpin', kira-kira 500 penduduk dan penyokong turut memenuhi perkarangan bangunan DBKL. 

Mereka tidak melepaskan peluang menjerit slogan mahukan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Tengku Adnan Tengku Mansor membatalkan rancangan kenaikan cukai sehingga 300 peratus tersebut.

Hampir semua ahli Parlimen Pakatan Rakyat Kuala Lumpur turun mengetuai orang ramai berhadapan dengan kawalan ketat di ibu pejabat DBKL di Jalan Raja Laut hari ini.

Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mengesahkan surat tersebut diterima di kaunter dan dicop oleh pegawai berkenaan.
read more...

PRIHATIN : Bengkel Tawar Diskaun Membaiki Kenderaan Terlibat Banjir Di Kuantan!!!



Berita baik buat pemilik kenderaan yang rosak akibat banjir di kuantan.

Bah yang melanda daerah ini awal bulan ini, bagai 'malang tak boleh ditolak, mujur tak boleh diraih', dengan ada yang mengalami kerugian dan ada pula yang meraih rezeki tanpa perlu dicari.

Peribahasa itu menggambarkan keadaan di bengkel-bengkel membaiki kenderaan di daerah ini yang dipenuhi kenderaan bersalut lumpur, menunggu untuk dibaik pulih selepas ditenggelami banjir.

Tinjauan mendapati ada bengkel yang beroperasi sehingga lewat malam bagi memastikan kenderaan pelanggan dapat dibaik pulih pada kadar segera.

Pemilik bengkel, Hashim Abdul Rahman berkata dalam situasi biasa bengkelnya menyelenggara sekitar lapan kenderaan sehari, namun kini mencecah 20 buah.

"Ada kenderaan yang ditenggelami air sepenuhnya dan ada yang hanya separuh. Dari segi kos baik pulih pula bergantung kepada tahap kerosakan, namun lazimnya paling teruk ialah sekitar RM2,000," katanya.

Menurut Hashim, bagi memastikan pelanggannya memahami kos yang perlu ditanggung, beliau akan memberi penjelasan mengenai alat ganti yang mungkin perlu ditukar serta kosnya.

"Saya akan lihat komponen yang terlibat, jika masih elok ia tidak perlu ditukar. Kadang-kadang saya perlu mencari alat ganti kenderaan sama ada di Kuantan atau Kuala Lumpur," katanya.

Sementara itu, pengurus pusat servis Agenda Cendana Sdn Bhd, Mohd Fadil Ahmad berkata pihaknya menawarkan diskaun kepada pemilik kenderaan Perodua yang terjejas atas dasar keprihatinan. 

"Kami menawarkan potongan sehingga 50 peratus untuk upah yang dikenakan dan 20 peratus potongan bagi alat ganti yang digunakan dan harga istimewa ini hanyalah untuk pemilik kenderaan yang ditimpa musibah banjir," katanya.

Katanya dengan diskaun itu pelanggan hanya perlu membayar sekitar RM1,200 berbanding RM2,500 bagi kenderaan yang rosak teruk dan kurang daripada RM500 bagi kenderaan yang mengalami kerosakan kecil.

"Sehingga kini, kami menerima 90 kenderaan untuk dibaik pulih dan saya jangka bilangannya akan terus meningkat," katanya.

- Bernama
read more...

SUBHANALLAH!!! Van Hangus Terbakar, Surah Yasin Masih Selamat!!




Seorang warga emas dan anak perempuannya nyaris maut apabila van mereka tiba-tiba terbakar di atas Jambatan Sultan Mahmud, petang semalam (Sabtu).

Kejadian berlaku kira-kira pukul 2.30 petang ketika Yahya Awang, 62, dari Pulau Duyong sedang dalam perjalanan ke rumah abangnya di Losong.

Beliau tidak menyedari perkara itu sehingga diberitahu pengguna jalan raya yang lain yang terlihat api di bawah vannya.

“Terkejut dimaklumkan perkara itu, saya lantas memberhentikan van saya di tepi jalan dan turun sebelum melihat api yang marak di bahagian letak kaki van saya.

“Saya segera menyuruh anak perempuan saya keluar dari van untuk menyelamatkan diri, bimbang akan berlaku letupan,” katanya di tempat kejadian.

Van itu dilapor hangus terbakar.

Yahya berkata beliau sempat menyelamatkan buah kurma yang dibawa balik dari Makkah sebulan lalu untuk diberikan kepada abangnya.

Menurutnya van itu yang dimilikinya sejak 30 tahun lepas turut digunakan untuk ke Kota Baharu, Kelantan dua hari lalu.

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Balai Kuala Terengganu, Ahmad Fathi Abd Rahman berkata pihaknya menghantar sebuah jentera beserta tujuh anggota untuk membantu memadam kebakaran, sebaik diberitahu mengenai kejadian itu.

Turut berlaku kesesakan di atas jambatan ekoran kebakaran tersebut, katanya. – Bernama




read more...

Kenyataan P1 Wimax Isu Pelanggan Serbu Kaunter!!! Mesti Baca!!!

Salam sejahtera, tanpa prejudis, kami mendapati artikel saudara ada mempunyai unsur fitnah dan kesalahan fakta mengenai insiden yang melibatkan syarikat kami. 

Dukacita dinyatakan, sama ada niat anda memuatnaik artikel ini adalah dengan sengaja atau tidak, artikel ini telah memberikan tanggapan negatif terhadap syarikat kami. Untuk fakta sebenar mengenai artikel ini (insiden Selayang & Rempuhan Kereta), sila muat turun maklumat berikut di pautan ini http://bit.ly/penafianp1_2 . 

Sekiranya saudara adalah salah seorang yang terkesan dengan CTOS, saudara boleh merujuk kembali kepada kami melalui http://bit.ly/p1ctosinv untuk siasatan semula. 

Kami memohon jasa baik anda agar saudara dapat memadamkan atau membetulkan fakta ini dalam tempoh 48 jam, sekiranya saudara gagal berbuat demikian, pihak kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang ke atas saudara. 

Sekali lagi, kami memohon jasa baik saudara agar lebih prihatin, bertanggungjawab dan beretika dalam melaporkan sesuatu berita. 

Sekian terima kasih ....

Email dari Packet Buddy




 KISAH-KISAH PENGGUNA YANG Mengaku TERPEDAYA DI SINI
read more...

MELAMPAU!!! Polis Diserang Warga Asing Di Sarawak!!





Tindakan sekumpulan pekerja warga asing menyerang sepasukan polis menggunakan parang dalam kejadian di sebuah ladang kelapa sawit berhampiran Betong, Sarawak, kira-kira jam 4 petang semalam menimbulkan tanda tanya sama ada terdapat usaha pihak tertentu mewujudkan senario seperti di Singapura minggu lalu.

Menurut sumber, polis datang ke ladang itu untuk memberi bantuan selepas mendapat maklumat ada pekerja asing mengamuk, tetapi sebaik tiba mereka menyerang polis.

Bagaimanapun, dipercayai dalam kejadian itu, seorang polis dari balai berkenaan dipercayai tertembak mati seorang pekerja warga asing untuk mempertahankan diri.

Difahamkan, ketika ini pekerja asing terbabit dan beberapa rakannya merancang untuk menyerang Balai Polis Pusa bagi meminta penjelasan mengenai kejadian itu.

Difahamkan, sepasukan polis dari Pasukan Gerakan Am (PGA) digerakkan ke lokasi kejadian bagi mengawal keadaan.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Law Hong Soon ketika dihubungi berkata, maklumat lengkap masih belum diperoleh dan masih menunggu gambaran sebenar kejadian sebelum membuat sebarang kenyataan.
read more...

GEMPAR!!! Gambar-Gambar Guan Eng Masuk Islam! MESTI TENGOK!!!




Hish!!!! Macam tak percaya je.....
Mungkin inilah "KEJAYAAN" PAS dalam mentarbiah kepimpinan DAP khususnya di Pulau Pinang.

SYABAS!! SYABAS!!! SYABAS PAS!!!!










Bila? PAS P. Pinang sendiri pun tak mampu menjaga kepentingan ISLAM di Pulau Pinang, apatah lagi nak mengislamkan Ketua Menteri Tokong tu. Cukup-cukuplah melacurkan agama demi kepentingan politik.

read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top