Nuffnang

4,000 Polis Setiap Tahun #ManifestoBN






Pengerusi BN, Dato’ Sri Mohd Najib mengumumkan 17 perkara dan 150 komitmen dalam Manifesto BN untuk Pilihan Raya Umum 13. Dalam topik untuk Keselamatan dan Kesejahteraan Hidup yang lebih baik, Mnaifesto BN berjanji untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan keselamatan dalam negeri.

Antara lain manifesto ini menjanjikan pertambahan 4000 anggota Polis setiap tahun bagi meningkatkan kualiti keselamatan dalam negeri.
read more...

Lagi Pelakon Cuba Nasib Dalam Politik - Abu Bakar Omar

Seorang lagi pelakon terkenal, Abu Bakar Omar menyatakan sikapnya untuk menyokong Pakatan Rakyat khasnya PAS dalam pilihan raya umum akan datang ini.

Pelakun lelaki yang terkenal semasa era filem Opah di dalam TV1 dan TV3 dahulu telah berikrar untuk menolong calon Pakatan Rakyat pada PRU 13 ini.



Abu Bakar dipakaikan baju T oleh Mohamad Nor dengan diperhatikan oleh Zamri, calon PAS Tititwangsa



Abu Bakar telah dipakaikan baju T Zamri Asa'ad, calon PAS Titiwangsa oleh Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Haji Mohamad Nor dalam satu majlis ceramah malam tadi.

Turut serta di majlis itu adalah Zamri sendiri yang diumumkan sebagai calon PAS di Titiwangsa oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebelum ini.

Abu Bakar berasal dari Titi Gajah, Alor Setar, Kedah.
read more...

AMEK KAU!!! TERKINI : Tian Chua Diusir Balik KL - Bumi Sabah Tak Terima!!



Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang (Tian Chua) dihalang penguat kuasa imigresen di lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dan terus diminta menaiki pesawat seterusnya ke Kuala Lumpur, pagi ini.

Ahli Parlimen Batu yang baru-baru ini didakwa menghasut kerana mengaitkan isu pencerobohan Lahad Datu sebagai sandiwara UMNO, memberitahu sebuah portal berita pada 11.40 pagi tadi bahawa beliau dalam pesawat untuk pulang ke Kuala Lumpur dari KKIA.




Isu Penghinaan Tian Chua Ke Atas Pencerobohan Di Lahad Datu - KLIK SINI
read more...

TRAGEDI : Letupan Kuat DiKampung Bukit Kukusan, Tanjung Batu, TAWAU


“Saya tak tahu apa sebenarnya berlaku, keadaan tiba-tiba menjadi huru-hara seperti tsunami selepas satu letupan disusuli gegaran kuat.

“Beberapa saat selepas itu, rumah saya bergoncang kuat lalu ranap,”






“Sekalipun terperangkap, saya sempat melepaskan diri dan menyelamatkan empat anak jiran dan kami keluar dari runtuhan secara meniarap.

“Nasib baik saya terdengar kanak-kanak itu menangis kerana ketakutan lalu mencari mereka dalam keadaan merangkak di bawah timbunan kayu.

“Mujur ada satu tiang menghalang batu itu daripada terus menghempap mereka,” kata Edy Lasuasa, 57, yang cedera di kepala selepas rumahnya musnah dihempap tiga bongkah batu gergasi yang bergolek dari atas bukit di Kampung Bukit Kukusan, Tanjung Batu, di sini, semalam.

Kanak-kanak yang terselamat dikenali sebagai Mohd Hafiz Azizul, 9; Mohd Ajili Arwansyah, 6; Mohd Said Abdul Said, 5; dan adiknya, Norafdilah Abdul Said, 3.

Menceritakan kejadian jam 11.30 pagi yang menghempap 11 rumah itu, Edy berkata, dia terdengar satu dentuman disusuli gegaran kuat sebelum bunyi kayu pecah.


Menurutnya, ketika itu dia berehat di anjung rumah bersama empat kanak-kanak yang juga jirannya sebelum terdengar satu letupan dari kuari berhampiran.




EDY bersama Mohd Hafiz yang terperangkap di bawah runtuhan rumah mereka.


Dia yang bekerja sebagai nelayan berkata, letupan dilakukan di kuari berhampiran adalah perkara biasa tetapi tidak menyangka rumahnya dihempap bongkah batu akibat letupan itu.

“Rumah saya musnah dan ketika kejadian berlaku (rumah ranap) saya terus pengsan.

“Sebaik tersedar, saya terperangkap di bawah runtuhan, saya turut mendapat luka di belakang kepala akibat dihempap tiang rumah yang patah,” katanya.

Seorang lagi mangsa, Hula Igu, 58, berkata, dia bernasib baik kerana tiada di rumah ketika kejadian.

“Pada masa itu, saya di pasar kerana menjual ikan. Saya menerima panggilan telefon daripada jiran mengatakan rumah saya runtuh dihempap bongkah batu besar yang jatuh dari atas bukit,” katanya.

Katanya, terkejut dengan perkara itu, dia bergegas pulang ke rumah.

“Saya bimbang mengenai keselamatan tiga cucu, termasuk dua daripadanya kembar yang baru berusia sebulan, selain anak serta menantu di rumah.

“Saya bersyukur kerana walaupun rumah musnah, semua ahli keluarga terselamat,” katanya.

Menurutnya, menantunya, Nisa Yusuf, 30, bersama bayi kembarnya, Noraisah dan Noranisah Fazlan berusia satu bulan dihantar orang ramai ke Hospital Besar Tawau untuk rawatan lanjut manakala seorang lagi cucunya, Mohd Khairul, 2, terselamat.

Tinjauan di lokasi kejadian mendapati, satu bongkah batu sebesar rumah banglo manakala dua lagi sebesar kenderaan pacuan empat roda.

Ketiga-tiga bongkah dipercayai bergolek dari atas bukit selepas letupan dilakukan pekerja kuari di kawasan berhampiran.

- SUMBER
read more...

17 Aku Janji BN Untuk Belia - Alhamdulillah #ManifestoBN #PRU13 #GE13



Barisan Nasional (BN) dalam aku janjinya turut memberi tumpuan kepada golongan belia agar mereka tidak diketepikan dan dipinggirkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, platform yang sesuai akan disediakan untuk golongan belia bagi menunjukkan bakat serta pemikiran mereka bagi menyuarakan kemahuan dan hasrat.

"Golongan belia mewakili dua pertiga daripada jumlah penduduk negara dan suara mereka tidak boleh diketepikan dan dipinggirkan. 

"Kita akan terus menyediakan platform untuk belia menunjukkan bakat dan pemikiran mereka, menyuarakan kemahuan dan cita-cita mereka, memenuhi hasrat dan aspirasi mereka dan mencipta Jaguh Wilayah dan Global," katanya dalam Majlis Pelancaran Manifesto PRU13 BN di Stadium Putra Bukit Jalil di sini hari ini.

Najib dalam Aku Janji atau manifesto BN yang membawa tema ' Menepati Janji Membawa Harapan' itu telah menyenaraikan sebanyak 17 aku janji.


Berikut merupakan 'Aku Janji' atau Manifesto Kesebelas BN (Memenuhi Aspirasi Belia)

• Menyediakan tabung, latihan dan insentif kepada belia yang mahu melakukan usaha niaga komersial

• Menyediakan ruang komersial di dalam kompleks beli-belah selama sehari pada setiap bulan untuk golongan belia mempamerkan dan memasarkan produk kreatif dan perkhidmatan mereka

• Mewujudkan inkubator bagi memupuk kualiti kepimpinan dan kreativiti

• Melahirkan belia yang lebih berdaya tahan menerusi aktiviti kesukarelawan dalam 1M4U

• Mewujudkan lebih banyak lokasi WiFi percuma dengan penekanan kepada kawasan luar bandar dan separa bandar

• Melahirkan lebih ramai atlet berprestasi tinggi di peringkat serantau dan antarabangsa, dan mempromosikan gaya hidup yang lebih sihat

• Mengkaji semula undang-undang berkaitan hiburan untuk promosi seni persembahan dan kebudayaan


MAKLUMAT LANJUT, LAYARI LAMAN WEB BERIKUT :


read more...

TANPA MENGIRA PARTI.. KETAHUILAH HAK ANDA SEBAGAI PENGUNDI #PRU13

Anda Pertama Kali Hendak Mengundi?? Ketahuilah Perkara-Perkara Penting INI.


















read more...

Ops Daulat Video : Sabah Nak Hilang?? Bukan Sekali, Tapi Berkali-Kali.



Orang Lain Tak Boleh Ulang, Tapi Dia Boleh Plak Ulang.... Berkali-kali dan di merata tempat!!! Lihat video ini...



Apa Citer Ni??? Bukan Sekali, Tapi Berkali-kali...





BB : Cuba Senaraikan Pemimpin PR Yang Telah Sampai Ke Lahad Datu Atau Semporna Selepas Krisis Pencerobohan Di Lahad Datu??? Kenapa Tak Sampai-Sampai Ek?? Setakat Buat Kecoh Semasa BERSIH Boleh Pula Korang Semua Turun. Ke Takut Talibarut-talibarut tu Semua Kenal Dengan Korang???? Jawab Sikit!!!
read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top