Nuffnang

OPS DAULAT : 3 Pusat ESSCOM Beroperasi Selasa Ini


LAHAD DATU 31 Mac - Tiga pusat pemeriksaan Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) akan beroperasi di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mulai Selasa ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tiga pejabat sementara yang diwujudkan itu akan beroperasi di Lahad Datu, Kudat dan Pos Kawalan Imigresen Bersepadu Kerakit, Pulau Banggi.

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein












"Dua belas kabin akan diguna sebagai pejabat sementara yang merangkumi enam kabin di ICQS Lahad Datu, empat kabin di Kudat dan dua di Pulau Banggi. Semua kabin telah tiba di lokasi Khamis lepas," katanya kepada pemberita ketika melawat tapak ICQS Lahad Datu di sini hari ini.

Hishammuddin berkata, 14 pegawai akan ditempatkan sementara di setiap ICQS dan pos kawalan yang turut dianggotai unit Risikan dan penguatkuasaan Jabatan Imigresen. - BERNAMA
read more...

30 Tahun Guna Batu Meteorit Untuk Salai Daging

"Kami mula mengesyaki batu ini adalah serpihan tahi bintang selepas menonton laporan sebuah stesen televisyen yang mendedahkan kewujudan batu itu di Sepanyol. Kemudian, saya menghubungi ahli geologi, Juan Carlos Gutierrez Marco," kata Lopez dipetik dari MailOnline.

Selepas melakukan beberapa ujian, Marco mengesahkan bahawa batu yang digunakan keluarga pengeluar daging salai itu adalah meteorit logam pra sejarah.

SEBUAH batu yang digunakan keluarga peladang Sepanyol bagi memproses daging salai sejak 30 tahun lalu, rupa-rupanya adalah serpihan batu meteorit dianggarkan bernilai tidak kurang 3.5 juta pound (RM16.5 juta).

Faustino Asensio Lopez memberitahu, batu seberat 100 kilogram ditemui bapanya di kawasan ladang ternakan milik keluarga mereka berhampiran Ciudad Real pada 1980.
Menurut Lopez, bapanya percaya batu itu adalah tinggalan perang saudara di negara itu.

Menarik sekali, ia adalah meteorit keempat ditemui di Sepanyol selepas penemuan terakhir pada 1950.


Lopez (kanan) menunjukkan meteorit seberat 100kg yang digunakan sebagai alat pemproses daging sejak tiga dekad lalu. Foto: EPA
read more...

OPS DAULAT : SERAM!!! "Roh" Pengganas Berkeliaran Di Zon Merah!!

"Perkara ini tidak logik tetapi inilah yang didakwa dialami anggota keselamatan.

"Mereka lihat tiga lelaki berkeliaran dengan seorang daripadanya memakai serban putih," dakwa sumber itu di sini semalam.

Selepas beberapa saat, kelibat tiga lelaki itu akan hilang.




Ketahanan mental anggota keselamatan yang bertugas di Kampung Tanduo di sini terus diuji apabila mereka dipercayai sering terlihat kelibat tiga lelaki sedang berkeliaran di kawasan tersebut.


Sumber memaklumkan, kelibat tiga lelaki itu dipercayai roh pengganas Sulu yang ditembak mati dalam pertempuran 1 Mac lalu.


Katanya, kelibat lelaki itu hanya dapat dilihat pada waktu Maghrib.


"Di kampung tersebut ada tiga lubang kubur yang menempatkan ramai mayat pengganas.


"Kebanyakannya mempunyai tangkal di pinggang yang kononnya bertujuan menjadikan mereka kebal," tambahnya.

- KOSMO
read more...

OPS DAULAT : Kegembiraan Pulang Ke Kampung Dikejutkan Dengan Bunyi Tembakan


LAHAD DATU - Bunyi tembakan dari arah penempatan tepi laut dipercayai 500 meter dari masjid itu kedengaran sekitar jam 12 tengah hari, kira-kira 30 minit selepas pasukan keselamatan membenarkan mereka memasuki penempatan itu.

Susulan itu, anggota pasukan keselamatan yang bertugas mengawal kedua-dua kampung bersebelahan dikerah menyiasat kejadian itu.
Bagaimanapun, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib yang berada di tempat kejadian menjelaskan, tembakan itu dilepaskan oleh pasukan keselamatan sebagai amaran.





ABD Jabbar Bavotty dan isterinya, Norhaya Rusman hilang kata-kata melihat rumah mereka yang musnah di Tanjung Labian.

Kegembiraan hampir 100 penduduk Kampung Tanjung Batu dan Tanjung Labian, di sini yang dibawa memasuki perkampungan mereka semalam, tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi tiga das tembakan.

Ini menyebabkan sebahagian penduduk yang memasuki rumah masing-masing bertempiaran lari untuk berkumpul di kawasan lapang berhampiran dengan masjid yang ada di Kampung Tanjung Batu.


PENDUDUK Kampung Tanjung Labian membaca doa sebelum membuat penilaian kerosakan ke atas rumah mereka.
read more...

OPS DAULAT : Mau Syahid Macam Ayah!!!!




Beberapa hari sebelum kejadian, ayahnya pernah berpesan supaya memandikan jenazahnya apabila meninggal dunia.

“Saya terkejut apabila ayah secara tiba-tiba memberi pesanan itu dan tak sangka kata-kata itu tanda pemergiannya buat selama-selama.

“Saya tak faham kenapa ayah berkata sedemikian ketika kami berada di tempat kerjanya. Ketika itu, saya hanya menjawab ‘ya’ dan hairan, tapi tak sangka perkara ini akhirnya berlaku,” katanya.

“Abang mahu jadi perwira yang mempertahankan negara dan rela mati syahid seperti ayah,” kata anak arwah Koperal Salam Togiran, Mohd Shazreen, 16, yang bersemangat berjuang sama seperti dilakukan ayahnya sebelum terkorban dalam serangan hendap pengganas di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna pada 2 Mac lalu.

Menurut anak sulung empat beradik ini, kejadian yang meragut kegembiraan mereka sekeluarga benar-benar memberi impak dalam dirinya.

“Pemergian ayah tak pernah membuatkan saya lemah, sebaliknya lebih gigih untuk berusaha mencapai cita-cita bergelar juruterbang jet pejuang supaya dapat menjaga keselamatan negara,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Katanya, sebelum ini dia sering menemani ayahnya yang bertugas di Lapangan Terbang Tawau sehingga timbul minat menjadi juruterbang.

“Selepas kejadian serangan sehingga ayah terkorban, semangat untuk bergelar juruterbang jet pejuang makin berkobar-kobar.

“Ketika hayatnya, ayah sentiasa menyokong cita-cita saya, termasuk memberi semangat,” katanya.

Menurut Shazreen, dia menjadikan keberanian ayahnya sebagai idola dan pendorong untuk berjuang demi negara.

read more...

#Harimau Malaya : Bila Menteri Bersuara!!!



MENTERI Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, sesuatu yang drastik perlu dilakukan terhadap skuad bola sepak negara bagi memulihkan sokongan peminat tempatan.

Menurut beliau, jika itu tidak dilakukan pada kadar segera, peminat bola sepak negara akan hilang," katanya Shabery berkata peminat sudah tidak mahu mendengar pelbagai alasan, sebaliknya ingin melihat pasukan negara menang atau mempamerkan kualiti permainan yang menarik.

"Alasan bila sekali dua kalah tidak mengapa, tetapi kalau sudah berkali-kali kalah, peminat sudah tidak boleh terima lagi alasan," katanya.

Terdahulu, beliau mewakili pasukan bola sepak kementeriannya menentang pasukan bola sepak Parlimen Paya Besar di sini, yang berkesudahan pasukannya
menang 7-1.

Sementara itu bercakap kepada pemberita di KEMAMAN, Terengganu, Ahmad Shabery berkata beliau menyerahkan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menentukan nasib Datuk K. Rajagobal sebagai pengendali skuad kebangsaan.

Katanya, FAM perlu membuat keputusan bijak demi masa depan skuad Harimau Malaya yang semakin lesu.

Mengenai isu Rajagobal melanggar Artikel 88 Statut FAM, Ahmad Shabery berkata beliau percaya perkara berkenaan akan dapat diselesaikan secara baik
oleh FAM.

Media sebelum ini melaporkan Rajagobal berdepan dengan tindakan FAM susulan kenyataannya mengkritik dasar badan induk bola sepak itu membenarkan pemain import dalam Liga Malaysia yang dikatakan punca bola sepak negara kini ketandusan pemain penyerang berbisa. - Bernama
read more...

OPS DAULAT : SAYA REDHA DENGAN KETENTUAN TUHAN INI





“Saya memang terkejut. Saya tidak sangka jadi begini sehingga rumah hangus. Saya reda kepada Tuhan atas kejadian ini,” kata Mahmud Mallang, 72, ketua Kampung Tanjung Batu apabila melihat kemusnahan yang dialaminya.


Keadaan sayu menyambut kepulangan ketua-ketua keluarga penduduk Kampung Tanjung Batu yang pertama kali menjejakkan kaki ke perkampungan mereka setelah hampir sebulan ditempatkan di pusat pemindahan berikutan kejadian pencerobohan militan Sulu.

Peluru bertaburan di jalan raya, rumah yang dibina dan dihuni sejak 40 tahun lepas penuh berlubang dengan kesan tembakan dan ada di antaranya musnah sama sekali akibat dibakar kumpulan militan dari selatan Filipina yang bertempur dengan pasukan keselamatan.






Kampung Tanjung Batu adalah lokasi yang menjadi pilihan penceroboh militan Sulu untuk menyusup masuk ke negara ini melalui jalan pantai dan hutan selepas mendarat di Kampung Tanduo 12 Feb lepas.

Kumpulan militan itu dipercayai menggunakan perkampungan berkenaan untuk berteduh dan mengumpulkan anggota mereka sebelum mula menyerang dan menawan kampung itu

Kejadian itu bukan sahaja memusnahkan rumahnya malah empat rumah anaknya juga hangus terbakar, selain turut kehilangan kereta dan motosikal.

Beliau berkata walaupun mengalami kemusnahan yang teruk, rata-rata penduduk kampung sepakat untuk terus menetap di perkampungan itu memandangkan itulah kampung halaman mereka dan tempat mereka mencari rezeki.





Kesayuan jelas tergambar di wajah ketua-ketua keluarga yang dibawa masuk ke kampung itu untuk menilai kerosakan yang mereka alami dan bagi John Dulahap, 62, walaupun sedih melihat kemusnahan itu, beliau yakin kerajaan pasti akan membela nasib mereka dengan menyediakan bantuan khas bagi meringankan beban yang ditanggung penduduk.

“Rumah anak-anak saya juga hangus dan ada juga yang dipenuhi bekas tembakan. Peralatan rumah turut rosak,” katanya.

“Rumah adik dan kakak saya hancur,” luah pula Ajimain Mahmud, 35, yang masih trauma selepas ditampar dua kali oleh anggota militan semasa menceroboh kampung itu.

Mereka adalah antara 20 ketua keluarga yang dibawa masuk ke Kampung Tanjung Batu bersama kumpulan penilaian terdiri daripada pegawai daerah dan Majlis Keselamatan Negara bagi membuat taksiran kerosakan harta benda sebelum penduduk yang mempunyai dokumen dibenar pulang Sabtu ini.

Petugas media yang turut dibawa bersama dapat melihat sendiri dengan jelas kemusnahan di kampung itu yang boleh diibarat umpama ‘padang jarak padang terkukur’.

Sebaik melepasi papan tanda ‘Selamat Datang ke Kampung Tanjung Batu’ jelas kelihatan ribuan peluru dan kelongsong peluru bertaburan di atas jalan raya dan kawasan sekitar termasuk di perkarangan rumah dan kawasan semak samun.

Hampir setiap rumah berlubang, rosak, tidak lengkap dengan ada atap dan pagar rumah hancur. Penulis turut menemui kesan darah, pisau dan parang kecil di beberapa rumah serta kasut but hitam milik pengganas di satu daripada anak sungai.

Berhampiran lokasi itu, penulis menemui dua kenderaan jenis Perodua Kancil dan Ford Ranger tersadai dan dipenuhi kesan tembakan. Kenderaan itu dipercayai dicuri penceroboh militan dan diguna ketika menyerang pasukan keselamatan.

Selain itu bau bangkai juga dapat dihidu, dipercayai daripada haiwan ternakan yang mati akibat kejadian itu. – Bernama
read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top