Nuffnang

BANTUAN YANG BELIA MAHUKAN

Satu dapatan kajian yang dilakukan oleh Institut Penyelidikan dan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) ke atas 3573 orang belia telah menggariskan bahawa bentuk bantuan yang amat-amat diperlukan oleh para belia ialah bantuan berbentuk kewangan (25%). Bantuan ini berupa modal perniagaan, bantuan peribadi serta peningkatan dalam gaji pekerja.



Seterusnya, 23 peratus pula golongan belia yang ditemui mahukan kerajaan membuka atau menyediakan peluang pekerjaan yang lebih banyak dan diikuti dengan penurunan harga barang serta pemberian bantuan pendidikan yang masing-masing 16 %.

Maklumat lanjut di http://www.ippbm.gov.my/v2/infograf/02.grafbentuk.html

read more...

PARLIMEN BELIA RANGSANG KEUPAYAAN KEPIMPINAN DAN KEUSAHAWANAN

KUALA LUMPUR: Parlimen Belia yang bakal diwujudkan ini (2012)  mampu merangsang pembangunan belia terutama daripada segi kepimpinan dan keusahawanan, kata Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Mohamed Maliki Mohamed Rapiee.


Beliau berkata ini kerana Parlimen Belia memberi ruang kepada belia mengutarakan pendapat dan isu berkenaan golongan itu di negara ini.

"Bila belia diberikan peluang mengutarakan semua ini, sifat kepimpinan dalam diri mereka dapat dipupuk dalam jati diri mereka. Ini juga mendidik mereka menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Penubuhan Parlimen Belia merupakan satu daripada enam perkara utama dalam pelan pembangunan belia yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sempena Hari Belia, Mei 2011.

Mohamed Maliki berkata MBM akan bekerjasama erat dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam merealisasikan matlamat penubuhan Parlimen Belia itu

"MBM dan KBS dijangka mengadakan prapersidangan Parlimen Belia pada Mac dan April tahun ini bagi memastikan kelancaran semasa hari persidangan yang dijangka tempoh bersidang selama tiga hari," katanya.

Beliau juga berkata MBM akan terus komited dalam melaksanakan tanggungjawabnya dalam memperjuangakan hak dan pembangunan golongan belia.

Katanya MBM akan sentiasa berusaha ke arah pembangunan belia pada tahun hadapan dengan mengekalkan apa yang telah MBM capai pada tahun ini. -- BERNAMA
read more...

PR1MA : RUMAH UNTUK GOLONGAN MUDA

DALAM usaha memberi peluang lebih ramai masyarakat pengguna khususnya golongan muda memiliki kediaman sendiri pada harga mampu milik, Persatuan Pemaju Hartanah Melayu Malaysia (PPHMM) akan menjalin kerjasama dengan Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) bagi membangunkan lebih banyak kediaman terutama di kawasan bandar.
Presidennya, Mohd Wari Mat Zaki berkata, usaha berkenaan sebagai satu jalan terbaik membantu lebih ramai rakyat Malaysia memiliki kediaman sendiri pada harga lebih munasabah.



“Apa yang dapat dilihat dalam sektor hartanah ketika ini, kebanyakan pemain utama menumpukan projek berskala besar dan mewah bernilai jutaan ringgit, sekali gus menghimpit pengguna untuk memiliki kediaman pada harga berpatutan,” katanya.

Berikutan itu, pihaknya dijangka bekerjasama dengan PR1MA untuk membangunkan lebih banyak kediaman khususnya di kawasan Lembah Klang, Shah Alam, Hulu Langat, Gombak dan Klang.

“Kami yakin dengan usaha dilakukan ini dapat membantu lebih ramai pengguna mendapatkan kediaman terutama di kawasan bandar dan bersetuju untuk mengekalkan harga kediaman dibawah harga RM200,000,” katanya.

Menurutnya, pihaknya berpendapat, tidak mustahil untuk mana-mana pemaju menjual rumah pada harga kurang RM200,00 untuk kediaman jenis apartmen kerana kos yang diperlukan adalah sekitar RM100,000.

“Dengan harga rumah RM100,000, pemaju sebenarnya boleh menyiapkan apartmen tiga bilik dan dua bilik air serta boleh menjualnya pada harga kurang RM200,000 selepas ditambah kos pembelian tanah dan keuntungan,” katanya.

Dalam pada itu, pihak persatuan turut meminta kerajaan supaya menyediakan insentif cukai kepada pemaju yang membangunkan projek perumahan mampu milik kerana ketika ini pemaju perlu membayar 28 peratus cukai atas keuntungan diperoleh.

Sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/BantuprojekPR1MA/Article
read more...

Khairul Fahmi dan Fadhli Shas Dalam Skuad Impian Bawah 23 Asia

KUALA LUMPUR – Khairul Fahmi Che Mat dan tonggak pertahanan Harimau Malaya, Mohd. Fadhli Shas mendapat penghormatan terbesar apabila tersenarai antara dua pemain dalam skuad impian Bawah 23 Tahun Asia bagi tahun 2011 oleh laman web sukan terkenal, Goal.com.

Bertambah membanggakan, nama mereka sebaris dengan beberapa bakat baru meningkat naik di benua Asia seperti penyerang Korea Selatan, Ji Dong-Won yang menjadi pemusnah Manchester City melalui jaringan tunggal 1-0 ke atas pendahulu Liga Perdana England itu dan bintang tengah Glasgow Celtic, Ki Sung-yeung.

Khairul Fahmi atau Apek diangkat antara penjaga gol terbaik Asia Bawah 23 ekoran prestasi cemerlangnya membantu Malaysia mempertahankan pingat emas Sukan SEA XXVI Indonesia, November lalu.

Selain ketangkasannya diakui juga sepanjang pentas kelayakan Sukan Olimpik, dia juga menjadi kunci kepada kejayaan Kelantan menjuarai Liga Super pada musim lalu.
Sementara itu, Mohd. Fadhli Shas menjadi pilihan utama di barisan pertahanan tengah dan digandingkan dengan pemain Australia, Rhys Williams yang kini bermain di England bersama Middlesbrough dalam Liga Kejuaraan.

Fadhli juga mempamerkan prestasi konsisten dalam saingan kelayakan Olimpik 2012 dan menjadi antara watak penting kepada kestabilan bahagian pertahanan semasa bergandingan bersama Mohd. Muslim Ahmad, Mohd. Zubir Azmi dan Mahalli Jasuli.



Hanya Andik Vermansyah dari Indonesia yang bermain di sayap kiri, pemain dari benua Asia Tenggara berada dalam senarai skuad impian berkenaan.
Melengkapkan senarai skuad impian itu ialah Hiroki Sakai dari Jepun di bek kanan dan pemain Iran, Ehsan Hajsafi mengisi posisi bek kiri.

Seorang lagi pemain Jepun, Hiroshi Kiyotake dipilih antara pemain sayap kanan terbaik manakala tonggak utama Anzhi Makhachkala, Odil Ahmedov dari Uzbekistan bergandingan dengan Sung-yeung mengemudi bahagian tengah.

Penyerang, Jeje Lalpekhlua dari India melengkapkan senarai 11 pemain dan bergandingan dengan Dong-won di bahagian serangan,

Sebelum ini, pada dua hari lalu, penyerang Harimau Malaya, Safee Sali tersenarai dalam senarai pemain simpanan skuad terbaik Asia oleh Goal.com.

Sumber:  http://www.suaragenerasibaru.com/?p=5319
read more...

GAMBAR NUR AMALINA PELAJAR CEMERLANG 17A1 BERSAMA BF DI UK

BB malas nak memberi komen terhadap isu gambar ini. Itu hak individu. Amalina juga punya hak dan perasaan. Cuma, bila kita menjadi idola atau perhatian umum tak kiralah atas sebab apa, kena ada batasannya. Tak tahulah kalau itu memang cara dan kehidupannya.

Bagi BB, Nur Amalina sudah menjadi IKON untuk rakyat Malaysia khususnya golongan pelajar yang berlumba-lumba untuk memperoleh pencapaian yang cemerlang dalam pelajaran mereka. Tidak hairanlah segala perbuatan dan perkembangannya menjadi perhatian rakyat Malaysia.

Dengan tersiar gambarnya bersama seorang lelaki Mat Saleh dalam FB sedikit sebanyak telah memburukkan imej Amalina di kalangan sesetengah pihak yang sebelum ini menjadikannya sebagai Idola.

"Adik tak nak belajar rajin-rajin dan dapat pencapaian cemerlang. Nanti adik takut dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara. Adik takut iman adik tak kuat macam Nur Amalina. Terus tak pakai tudung dan berpelukan pulak dengan mat saleh kat sana nanti. Hmm...sape yang susah? Sape yang malu?".

Hmm......tepuk dada, tanya selera.


read more...

YCARE - TALIAN BEBAS TOL UNTUK BELIA

Gambar Hiasan


KUALA LUMPUR: Talian bebas tol YCare 1-800-88-3077, yang diperkenalkan oleh Majlis Belia Malaysia (MBM) pada Oktober lalu, bertujuan memberi kemudahan kepada golongan belia menghubungi MBM. 

Pengerusi Jawatankuasa Khidmat Masyarakat dan Rakan Muda, Abdul Rizal Mohammad Akhir berkata YCare berperanan membantu golongan belia dalam sebarang masalah atau isu seperti peluang pekerjaan, diskriminasi, masalah sosial, pendidikan atau perkhidmatan.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, beliau berkata MBM berharap talian YCare akan menjadi medium perhubungan tambahan dan memudahkan golongan media berhubung dengan pihaknya.
Waktu perkhidmatan talian bebas tol YCare bermula dari jam 9 pagi hingga 6 petang setiap Isnin hingga Jumaat dan dari 9 pagi hingga 1 tengah hari bagi Sabtu pertama dan ketiga. 

Talian YCare akan ditutup pada Sabtu kedua, keempat dan Ahad. - BERNAMA
LAST UPDATED ( SUNDAY, 01 JANUARY 2012 21:26 )
 
read more...

SAFEE SALI TERSENARAI TERBAIK ASIA 2011


Berikut adalah senarai kesebelasan terbaik pasukan bolasepak Asia bagi tahun 2011 seperti yang dikeluarkan oleh website bolasepak antarabangsa Goal.com. Tahniah kepada Safee Sali wakil tunggal Malaysia dan Asia Tenggara yang termasuk dalam senarai walaupun sebagai simpanan. Sekurang-kurangnya kelibat pemain Malaysia telah diperhati dan diiktiraf oleh pihak luar yang secara tidak langsung menunjukkan peningkatan dalam mutu bolasepak negara.

The Goal.com team pick their choice of 11 players from across the continent who have been the most impressive exponents of the game over the past 12 month.


Asian Best XI for 2011

Formation: 4-4-2


Goalkeeper - Ali Al-Habsi

Wigan Athletic and Oman

Wigan miraculously escaped relegation last season and if there was someone to thank for that, it has to be Ali Al-Habsi. The Omani goalkeeper was in fantastic form while on loan from Bolton, leading to him being voted as the Latics' Player of the Year for 2011.

The Omani international officially joined Wigan last summer and has continued to dominate between the sticks. His influential outings for Roberto Martinez' men has indeed propelled him to greater heights in terms of stature and recognition.


Right-back - Makoto Hasebe

VfL Wolfsburg and Japan

Captain of the victorious Japanese side at the AFC Asian Cup 2011, Hasebe helped his nation to a record fourth title in Doha, Qatar.

The versatile full-back also marked a personal milestone in his club career, when he recorded his 100th Bundesliga appearance with Wolfsburg against Mainz in early December.


Centre-back - Lee Jung-Soo

Al Sadd and South Korea

As far as 2011 was concerned, Lee Jung-Soo was an inevitable picture of resilience and perseverance at the heart of Al Sadd's defence. He was hugely influential in their AFC Champions League triumph, while also being equally impressive for the South Korean national team.

Lee also played his part in Al Sadd's dream run in the Fifa Club World Championships, where his team finished third.


Centre-back - Li Weifeng

Tianjin Teda and China

After leaving K-League side Suwon Samsung to join Tianjin Teda last January, Li Weifeng has been a revelation for the Chinese side. The veteran defender transformed into one of the most important players in the Tianjin dressing room, helping them lift the Chinese FA Cup in the process.

Weifeng also reclaimed his spot in the national team after the arrival of Jose Antonio Camacho and has been a regular fixture since.


Left-back - Yuto Nagatomo

Inter and Japan
Already rated as one of the most versatile defenders in Asia, Nagatomo was absolutely brilliant for Italian side Inter this year. Defensively solid and equally impressive on the attack as well, Yuto also played an integral role in Japan's Asian Cup triumph in January, an event that convinced Inter Milan to snap him up on loan.




Right midfield - Park Ji-Sung

Manchester United and South Korea

Park Ji-Sung was a key figure in Manchester United's record-breaking 19th English league title last season, while also featuring for the Red Devils in their Champions League final defeat to Barcelona.

Park was in commanding mood during South Korea's run to third placing in the Asian Cup, before announcing his retirement from international football.


Centre midfield - Mojtaba Jabbari

Esteghlal and Iran

2011 was by far the best year in Mojtaba Jabbari's career so far, as he was crucial in Esteghlal's second-place finish in the Iranian Premier Football League.

Often hailed as the Iranian Zidane, Jabbarani will also be remembered and hailed for his goal in the Tehran derby match against Persepolis last September, in which he was voted the man of the match.


Centre midfield - Server Djeparov

FC Seoul/Al Shabab and Uzbekistan

The goalscoring midfielder has been in glittering form for both club and country this year, carrying a vital role in Uzbekistan’s impressive Asian cup campaign that saw them march all the way into the semi finals.

He also helped FC Seoul win the double in the K-League before joining Al Shabab last July. To cap a brilliant year, Djeparov was also voted as the Asian Player of the Year for 2011.


Left midfield - Matt McKay

Brisbane Roar/Rangers and Australia

The hard-working midfielder had an exceptional 2011 where he emerged as a Socceroos regular, whilst captaining Brisbane to the A-League double before earning a dream move to Scottish champions Rangers.

Australia boss Holger Osieck plucked McKay out of the A-League and threw his faith in him and was aptly rewarded during the Asian Cup, in which the flexible midfielder showed his quality.


Striker - Lee Dong-Gook

Jeonbuk Motors and South Korea

Lee Dong-Gook responded to his critics with an explosive 2011 as he impressed on all fronts for Jeonbuk Motors. Absolutely dominant in Jeonbuk's K-League title win, Lee also broke records in the process with 16 goals and 15 assists.

The ex-Middlesbrough striker also played a key role in Jeonbuk's run to the ACL final but his impact was hampered by an untimely injury as his side lost on penalties. Lee's performances also won him a recall to the South Korean national team.



Striker - Joshua Kennedy

Nagoya Grampus and Australia

Joshua Kennedy continued to prove his credibility with Nagoya Grampus in the J-League this season, scoring 19 goals to finish the season as top scorer for the second consecutive time.

The former Wolfsburg man was also equally irrepressible for the Socceroos, scoring a total of eight goals this year to cap an impressive 2011.

SUBS

Goalkeeper:

* Mark Schwarzer (AUS)

Defender:

* Hadi Aghily (IRN)

* Ahmad Bustomi (IDN)

Midfielder:

* Shinji Kagawa (JPN)

Striker

* Safee Sali (MAS)

* Park Chu-Young (KOR)

* Mike Havenaar (JPN)
read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top