Nuffnang

­­­US 24M CINCIN DIPULANGKAN SELEPAS 'BEBERAPA HARI'.

  
KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) - Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz memberitahu Parlimen hari ini tiada pembayaran telah dibuat pada cincin AS 24 juta (RM77 juta) yang dikaitkan dengan isteri Perdana Menteri.


Dalam jawapan bertulis kepada Lim Lip Eng (DAP-Segambut), Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata Kastam Diraja Malaysia mengesahkan bahawa cincin itu adalah "dipulangkan" selepas "beberapa hari" kepada syarikat yang memilikinya.

Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan pada 21 Ogos bahawa isterinya Datin Seri Rosmah Mansor membeli cincin berlian atau menantunya dari Kazakhstan yang dikaitkan dengan "mafia Rusia" seperti yang dilaporkan oleh akhbar paling laris di Indonesia, Kompas.

Kompas telah memohon maaf kepada Perdana Menteri untuk laporan pada 4 Ogos tetapi tanda tanya dtetap kekal mengapa cincin dari New York Jauhari Jacob & Co. Itu ialamatkan kepada Datin Seri Rosmah Mansor, sepertimana gambar yang diedarkan secara meluas di Internet.
Persoalan timbul sama ada nama Rosmah telah digunakan tanpa pengetahuan beliau oleh unsur-unsur jenayah sebagai sebahagian daripada aktiviti mereka yang menyalahi undang-undang.

Tukang emas Bukharian-Amerika, yang diumpamakan oleh New York Times sebagai "Harry Winston dunia hip-hop", telah dua kali mendatangkan masalah dengan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang persekutuan AS.


Dalam kolum pada 4 Ogos, Kompas menyifatkan hubungan Rosmah dengan bakal besannya, Maira Nazarbayev sebagai rapat walaupun ia tiada bukti untuk menyokong tuntutan itu dan menambah, "Maira Nazarbayev, yang hidup dengan gaya hidup seperti Imelda Marcos, kononnya mempunyai kaitan kepada mafia Rusia. Maira adalah bekas isteri kepada abang Presiden Kazakhstan, Nursultan Abishuly Nazarbayev Bolat Nazarbayev. Nooryana Najwa, anak perempuan Rosmah dan Najib,yang berusia 22 tahun baru-baru ini telah ditunangkan dengan anak lelaki, Maira, Daniyar, yang adalah kekasihnya di kolej.

read more...

Australia VS Malaysia Update

Penyerang Everton, Tim Cahill akan terlepas perlawanan akan datang di Australia menentang Malaysia dan Oman. Cahill mengalami kecederaan dalam kekalahan EPL Everton kepada Manchester City sembilan hari lalu selepas bertempur dengan Vincent Kompany. Walau bagaimanapun, dia dijangka bermain dalam perlawanan persahabatan menentang Malaysia di Canberra pada hari Jumaat dan perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Oman pada 11 Oktober selepas bermain untuk kelabnya dalam kekalahan Sabtu lalu 2-0 kepada Liverpool. Tetapi ketua perubatan Everton, Danny Donachie tidak yakin pemain tengah tersebut bersedia untuk bermain bagi Socceroos di peringkat ini disebabkan pemulihan berterusan. "Tim bermain dalam kesakitan pada hari Sabtu menentang Liverpool tetapi imbasan menunjukkan bahawa langkah terbaik sekarang ialah rehat dan pemulihan," Donachie memberitahu laman web rasmi Everton. "Tim kecewa tetapi ia adalah satu keputusan yang jelas dan mudah kerana dia tidak akan cukup cergas untuk bermain dalam permainan di Australia." Sementara itu, penjaga gol Fulham Mark Schwarzer juga telah dikeluarkan dari skuad kerana masalah belakang semasa  kemenangan hujung minggu ke atas QPR. 

Dipetik dan diterjemah daripada Goal.com
read more...

37 belia keluar Pas sertai UMNO di Perlis

37 belia keluar Pas sertai UMNO



ROSLAN Abdullah (duduk tiga dari kiri) bersama rakan-rakan pemuda mengisytiharkan keluar dari Pas dan menyertai UMNO sambil diperhatikan oleh Azhar Ibrahim, Reezal Merican Naina Merican dan Musa Sheikh Fadzir pada sidang akhbar di Penaga, Seberang Perai Utara, kelmarin.


KEPALA BATAS 2 Okt. - Kecewa dengan wakil rakyat yang gagal membela nasib penduduk setempat, seramai 37 anak muda dari Kampung Bakau Tua, Penaga di sini bertindak keluar dari Pas untuk menyertai UMNO.

Wakil kumpulan tersebut, Roslan Abdullah, 26, berkata, mereka juga sudah hilang kepercayaan kepada Pas kerana pemimpinnya sering menabur janji-janji manis tetapi apabila dituntut, tidak ditunaikan.

"Kami sudah tidak percaya kepada perjuangan Pas.
"Apabila kami meminta bina jalan, mereka (Pas) kata tiada duit. Bila minta baiki rumah, mereka beritahu tidak boleh buat. Apabila emak sakit dan perlukan bantuan, mereka juga tidak mampu tolong.
"Kami benar-benar kecewa kerana Pas tidak dapat membela nasib rakyat sebagaimana slogan yang mereka uar-uarkan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Ketua UMNO Cawangan Bakau Tua, Azhar Zainal Abidin di sini semalam.
Hadir sama, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir; Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Reezal Merican Naina Merican dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga, Datuk Azhar Ibrahim. Roslan berkata, masih ramai lagi belia di kawasan berkenaan yang berhasrat untuk keluar daripada parti pembangkang dan menyertai UMNO.
............................................

Mengapa 37? ada seramai 44,946 belia di Perlis. 1% pun takde. ok la. Belia Melayu di Perlis pun dah hampir 40,000 orang. Banyak kerja yang perlu dibereskan. Fikir-fikirkan.

read more...

Harapan Golongan Muda Pada Bajet 2012

Harapan Golongan Muda Pada Bajet 2012

Pembentangan bajet 2012 yang akan diumumkan oleh PM, Dato’ Seri Najib Razak pada 7Oktober ini di Parlimen diharapkan dapat memberi tumpuan kepada golongan muda secara khusus. Dalam satu kenyataan akhbar yang pernah dibuat, PM ada menyatakan intipati pembentangan Bajet 2012 akan berkisar berkenaan usaha kerajaan yang akan memberikan tumpuan kepada pengurusan kos kehidupan rakyat dan kerajaan akan merancang strategi terbaik untuk mengurangkan bebanan rakyat dan pada masa sama menguruskan perkembangan ekonomi negara.

Bagi mereka yang berkeluarga pasti merasa lega dengan pengunguman tersebut, tetapi bagi golongan muda apakah sebenarnya harapan mereka terhadap kerajaan dalam isu pembangunan belia dalam pelbagai bidang. Saya bahagikan golongan muda atau belia ini kepada dua kumpulan pertama ialah belia yang bekerja dan kedua belia yang masih menuntut di IPT. Dalam satu kajian rambang di laman sesawang facebook yang melibatkan 30 responden, di mana 15 responden adalah dalam kalangan mereka yang bekerja dan selebihnya belia yang masih menuntut pelajaran di IPT. respon daripada kesemua mereka yang terlibat rata2 berkisar mengenai isu yang sama. Bagi golongan belia yang bekerja 90% harapan mereka terhadap kerajaan dalam pembentangan Bajet 2012 inginkan pengurangan kos sara hidup dapat di tangani dengan segera sebagai contoh kenaikan harga minyak, kos utiliti, barangan keperluan dan sebagainya. Malah ada diantara responden yang menyatakan bahawa adanya keperluan kerajaan untuk memberikan insentif lebih kepada pihak swasta untuk menaikkan gaji pekerja sectok tersebut bagi menghadapi cabaran dunia global khususnya kos sara hidup yang semakin tinggi.

Pandangan saya berkenaan dengan isu ini sangat jelas pada saya isu kenaikan kos sara hidup perlu kita, sebagai rakyat terima seadanya, saya pasti kerajaan akan terus memberikan pelbagai insentif kepada rakyat seperti subsidi minyak, barang kawalan, caj perubatan dan sebagainya. Perlu kita ingat bahawa Malaysia sedang menuju aspirasi wawasan 2020 yang tinggal lebih kurang 8 tahun 3 bulan dari sekarang. Isu subsidi sangat kompleks untuk dibincangkan. Suatu ketika dahulu Negara seperti US dan Britain pernah menasihatkan rakyat Malaysia untuk menghapuskan susbsidi bagi memastikan Malaysia mencapai matlamat untuk menjadi Negara berpendapatan tinggi. Malaysia juga merupakan sebuah Negara yang paling banyak memberikan subsidi kepada rakyat berbanding Negara- Negara lain. Jika mentaliti rakyat khususnya golongan muda untuk terus berharap kepada subsidi kerajaan kita pasti akan terkebelakang. Contohnya dalam susbsidi perubatan bagi masyarakat Malaysia di hospital kerajaan hanya serendah RM1.00 berbanding negara ASEAN kemudian kita teliti perbandingan harga gula di Malaysia dengan negara jiran Indonesia, di Malaysia gula dijual pada harga RM 2.30 berbanding Indonesia RM 3.80.

Bagi responden yang masih menuntut di IPT pula megharapkan kerajaan dapat melaksanakan dasar dimana pembayaran balik pinjaman PTPTN di buat mengikiut level CGPA seperti kaedah pinjaman MARA. Sesetengah penuntut IPTS merungut berkenaan yuran pengajian yang sangat mahal disamping mereka perlu berhadapan denagn masalah kos sara hidup yang tinggi terutama bagi golongan keluarga yang berpendapatan sederhana. Selain itu ada juga rungutan daripada mereka yang ingin kerajaan memantau kelayakan sesetengah IPTS yang tidak mempunyai kelayakan untuk menawarkan pengajian tinggi kepada mereka. Kes tipu membabitkan IPTS semakin bertambah. Kerajaan juga harus meneliti kemasukan pelajar2 asing seperti dari negara Afrika kerana banyak peningkatan kes salah guna visa pelajar dan peningkatan kes sosial di kalangan mereka terutama melibatkan isu keldai dadah dan pengedaran dadah di negara kita.


read more...

Belia Terima Tempahan Baju Wanita, Sekyen 7, Bangi

Tempahan Baju Wanita, Sekyen 7, Bangi


Tempahan Baju Wanita, Sekyen 7, Bangi 

SENARAI HARGA


Ø    BAJU KURUNG                   =     RM 50
Ø    KURUNG FESYEN                =     RM 65
Ø    KURUNG LINING                =     RM 100
Ø    KURUNG PAHANG               =     RM 55
Ø    KURUNG RIAU                   =     RM 55
Ø    KURUNG KEDAH                 =     RM 60
Ø    KURUNG MODEN                =     RM 65
Ø    KURUNG MODEN FESYEN      =     RM 75
Ø    KEBAYA                          =     RM 75
Ø    KEBAYA FESYEN                =     RM 80
Ø    KEBARUNG                       =     RM 75
Ø    JUBAH LABUH                  =     RM 50
Ø    JUBAH SELUAR                 =     RM 65
Ø    JUBAH MAXI                   =     RM 40
Ø    KURUNG KANAK2               =     RM 35 – 45
Ø    KURUNG FESYEN KNK2        =     RM 50 – 65
Ø    BAJU BERTUNANG             =     RM 180 ++
Ø    BAJU PENGANTIN             =     RM 180 ++
Ø    BAJU MELAYU                  =     RM 150 ++

(Semua senarai harga tertakluk kepada jenis fabric)
read more...

Lagi Belia Diculik!!!!

Nur Amalina Diculik Di Perak Semalam - Mohon Bantuan !!!



Siapa yang melihat gadis ini yang diculik di tempat kerjanya semalam boleh hubungi polis berdekatan.
Bapanya Abdul Rahman Khalidin....Gadis ini bernama Nur Amalina.
Harap dapat disebarkan info ini terima kasih.
info : http://www.facebook.com/profile.php?id=100000632708493
read more...

Suara Generasi Baru : Muhyidin VS Mat Sabu

Debat TPM: Mat Sabu Komunis Fikir Dia Besar Mana?
Badan Mat Sabu memang gemuk, terima kasih dengan mulut longkangnya yang menyumbang kepada kegemukkan itu.  Tapi bukan saiz badan Mat Sabu yang nak penulis coretkan hari ini sebaliknya bila melihat di TV sebentar tadi keinginan Mat Sabu untuk berdebat dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin  berkenaan isu komunis.

Dengan manusia paling haprak dalam UMNO (KJ) pun Mat Sabu tak cukup besar telur untuk debat, lagi mau debat dengan TPM. Mat Sabu toksah fikir dia Timbalan Presiden PAS maka dia sudah layak untuk berdebat dengan TPM.  Dia nak duduk sama tinggi dengan Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR pun tak boleh, lagi mau besar gebang debat dengan TPM pulak ya.Baik dari sudut mana sekalipun, PAS tidak setanding dengan komponen lain dalam Pakatan, apatah lagi dengan UMNO.  Baik dari segi jumlah kerusi parlimen dan DUN mahupun negeri yang diperintah, PAS adalah dikedudukkan paling kodi.  Negeri yang diperintah pun masuk kategori miskin, papa kedana dan sering dilaknat tuhan dengan bala bencana yang pelbagai.

Dari segi kelayakan pun begitu jugak.  Mat Sabu asalnya adalah pelajar ITM yang tecicir kerana sibuk berdemonstrasi daripada menghabiskan pengajian sedangkan TPM lulusan Universiti Malaya dan sudah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen sejak berusia 29 tahun.

Dengan sedemikian keadaannya, bagaimana Mat Sabu rasa dia layak untuk berdebat dengan TPM pun penulis langsung tak dapat memahamkannya. Molek rasanya kalau Mat Sabu berdebat dengan pakar sejarah, seperti mana saranan TPM.  Berdebat dulu dari segi faktanya sebelum berdebat dengan TPM dari segi politiknya.  Ini bukan isu politik pun tapi isu sejarah.  Apa pun yang keluar dari mulut Mat Sabu adalah berdasarkan pertimbangan politik bukan pertimbangan fakta.

Negara ini akan jadi bahan ketawa orang kalau sejarahnya berubah ikut parti mana memerintah.  Dimana-mana dalam dunia pun tidak pernah berlaku yang sedemikian dan Mat Sabu sedang merintis jalan untuk menjadikan negara ini sebagai bahan lawak antarabangsa.  Oleh itu janganlah dipilih pakat-pakat ini memerintah negara.

Di zaman moden ini, komunis pun sudah langsung tidak seperti komunis dizaman yang menjadi sanjungan Mat Sabu dan kenapa Mat Sabu mahu melawan arus dengan menghidupkan semula fahaman komunis adalah satu tanda soal yang besar kepada kita semua.

Apa pun bila mana kita berharap kebodohan itu berhenti setakat mana dibuktikan bersalah, kenapa Mat Sabu mahu memanjangkan isu ini melalui ajakan debat dengan TPM pula?  Tidak cukupkah dengan beratus laporan polis yang dibuat ke atasnya dan insiden dihalau dari bertemu dengan keluarga salah seorang yang terselamat dalam peristiwa Bukit Kepung?

Dipetik daripada suaragenerasibaru.com
read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top