Nuffnang

37 belia keluar Pas sertai UMNO di Perlis

37 belia keluar Pas sertai UMNO



ROSLAN Abdullah (duduk tiga dari kiri) bersama rakan-rakan pemuda mengisytiharkan keluar dari Pas dan menyertai UMNO sambil diperhatikan oleh Azhar Ibrahim, Reezal Merican Naina Merican dan Musa Sheikh Fadzir pada sidang akhbar di Penaga, Seberang Perai Utara, kelmarin.


KEPALA BATAS 2 Okt. - Kecewa dengan wakil rakyat yang gagal membela nasib penduduk setempat, seramai 37 anak muda dari Kampung Bakau Tua, Penaga di sini bertindak keluar dari Pas untuk menyertai UMNO.

Wakil kumpulan tersebut, Roslan Abdullah, 26, berkata, mereka juga sudah hilang kepercayaan kepada Pas kerana pemimpinnya sering menabur janji-janji manis tetapi apabila dituntut, tidak ditunaikan.

"Kami sudah tidak percaya kepada perjuangan Pas.
"Apabila kami meminta bina jalan, mereka (Pas) kata tiada duit. Bila minta baiki rumah, mereka beritahu tidak boleh buat. Apabila emak sakit dan perlukan bantuan, mereka juga tidak mampu tolong.
"Kami benar-benar kecewa kerana Pas tidak dapat membela nasib rakyat sebagaimana slogan yang mereka uar-uarkan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Ketua UMNO Cawangan Bakau Tua, Azhar Zainal Abidin di sini semalam.
Hadir sama, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir; Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Reezal Merican Naina Merican dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga, Datuk Azhar Ibrahim. Roslan berkata, masih ramai lagi belia di kawasan berkenaan yang berhasrat untuk keluar daripada parti pembangkang dan menyertai UMNO.
............................................

Mengapa 37? ada seramai 44,946 belia di Perlis. 1% pun takde. ok la. Belia Melayu di Perlis pun dah hampir 40,000 orang. Banyak kerja yang perlu dibereskan. Fikir-fikirkan.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top