Nuffnang

1MDB BAIL OUT? Fakta-Fakta Menyanggah Menteri Kewangan, LGE


KENYATAAN bahawa 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terpaksa diselamatkan kerajaan disifatkan sekadar helah politik untuk menyembunyikan fakta.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata tindakan ‘bail out’ yang kononnya perlu dilakukan Kementerian Kewangan, Khazanah dan Bank Negara Malaysia membabitkan peruntukan RM7 bilion adalah mengelirukan.

“Selaras syor dikemukakan menerusi laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai 1MDB, semua aset hartanah bernilai dan strategik syarikat pelaburan kerajaan itu dipindahkan kepada Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc).

“Mengikut penilaian semasa, unjuran nilai aset hartanah ini boleh melebihi RM30 bilion. Walaupun MOF Inc mengambil alih aset, hutang dan liabiliti terus kekal dalam syarikat.

“Oleh itu, perundingan dibuat supaya MOF Inc menguruskan hutang 1MDB, manakala asetnya turut diambil alih,” katanya menerusi entri di laman Facebook rasminya, malam tadi.



Jika aset berkenaan kekal milik 1MDB, Najib berkata, ia berupaya dibangunkan dan dijual mengikut kendalian syarikat untuk melunaskan hutangnya.

Katanya, Kementerian Kewangan boleh menggunakan pelbagai pendekatan untuk memastikan 1MDB menepati semua kewajipannya, termasuk menjual aset hartanah kepada Bank Negara Malaysia atau menerusi kutipan pembayaran semula hutang daripada Khazanah.

“Transaksi sedemikian tiada salahnya kerana ia diperakui mengikut kerangka urus tadbir, malah selari prosedur dan perundangan berkaitan.

“Oleh itu, persoalan sama ada MOF, Bank Negara Malaysia atau Khazanah terpaksa menyelamatkan 1MDB sebenarnya langsung tidak timbul.

“Ia sebaliknya tuduhan mengelirukan kerana MOF Inc mengambil alih aset syarikat, justeru turut bertanggungjawab terhadap liabiliti selaras prinsip perundangan dan perakaunan,” katanya.

Sehubungan itu, Najib menyifatkan tindakan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hanya mengetengahkan isu berkaitan hutang 1MDB adalah salah, sebaliknya ia wajar disusuli penjelasan maklumat kepada rakyat mengenai pelbagai aset syarikat pelaburan strategik itu yang diambil alih.


“Guan Eng perlu cakap serupa bikin jika berpegang utuh kepada prinsip Cekap, Telus dan Amanah (CAT) yang menjadi gagasan DAP.

“Beliau perlu mengamalkan ketelusan dalam menyajikan maklumat, jangan cakap separuh-separuh demi untuk mengelirukan masyarakat,” katanya.

Berikut adalah posting Najib di FB beliau :
Wrong to call it a bail out of 1MDB.

1. The new Minister of Finance has made allegations that under the previous government, MOF, Khazanah and Bank Negara Malaysia had to "bail-out" 1MDB debts, to the tune of RM 7 billion. Not only is this misleading, it is a politically-motivated attempt to obscure the facts.

2. In accordance with the recommendations of the Public Accounts Committee (PAC) Report on 1MDB, all of 1MDB's valuable and strategic real estate assets have been transferred to other companies owned by MOF Inc. Over time, these prime real estate assets can be worth up more than RM 30 billion.

3. However, although MOF Inc took over the assets, the debt or liabilities of 1MDB remained in the company. Accordingly, the arrangement, as I can confirm, is for MOF Inc to service 1MDB debts, but in return for taking over the assets.

4. Put another way, had those assets remained in 1MDB, it could have developed and sold the assets on its own, and used the proceeds to pay its debt.

5. To fulfil its obligations, MOF can use various methods, including sale of land (eg to Bank Negara Malaysia) or by collecting debt repayments (eg from Khazanah).

There is nothing wrong with such transactions, as each was approved per the relevant governance frameworks, were conducted on an ‘arms length’ basis and followed the correct laws and procedures.

6. Therefore, the question of MOF or BNM or Khazanah bailing out 1MDB does not arise at all. It is in fact downright misleading to make such allegations. MOF Inc took over assets and it must be responsible for the liabilities- that is the only correct way, legally and accounting-wise.

7. It is therefore wrong of the Minister of Finance to only highlight the debts of 1MDB. By right, the Minister of Finance must also inform the public about the assets of 1MDB that have been taken over.

8. The Minister of Finance must ‘walk the talk’ on CAT. He has to be transparent to tell the full story and not just half a story in order to deceive.
 - SUMBER
Share this article

1 Komen:

  1. mmbohong mmg teras hidup dia demi sokongan

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top