Nuffnang

GAGAL!!! Tamparan Buat Mahathir, PPBM!!!!


Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) hari ini mengarahkan pembubaran sementara PPBM, menurut sumber parti yang mengesahkan menerima surat mengenai perkara itu hari ini.

Surat itu dipercayai berkait dengan kegagalan parti itu membekalkan dokumen di dalam tempoh masa yang diberikan sebelum ini.

Ia turut merujuk kepada kuasa Pendaftar di bawah Seksyen 14(5) Akta Pertubuhan 1966, untuk mengeluarkan perintah “pembubaran sementara” sesebuah pertubuhan sekiranya gagal membekalkan butiran yang diperlukan.


Keputusan itu seminggu selepas PPBM menyerahkan maklumat dan dokumen yang dikehendaki JPPM pada 29 Mac lalu, sehari sebelum tarikh akhir.

Dokumen itu ada kaitan dengan notis JPPM mengikut Seksyen 14(2) Akta Pertubuhan, yang merujuk minit mesyuarat cawangan, bahagian dan pusat serta perihal penyata kewangan parti.

Ia susulan aduan ahli parti itu mengenai perhimpunan agung tahunan (AGM) pertamanya pada akhir Disember lalu.

JPPM sebelum itu berkata, kegagalan PPBM mengadakan AGM sebagai salah satu sebab pendaftaran Pakatan Harapan (PH) yang dianggotai parti itu tidak diluluskan sejak Julai 2017.

Susulan itu, PPBM mengadakan AGM pertama di Shah Alam pada 30 Disember lalu, lebih setahun selepas ia didaftarkan pada September 2016.

Pada 9 Mac lalu, Ketua Pengarah JPPM, Surayati Ibrahim berkata, satu notis berkuat kuasa 28 Februari lalu diserahkan kepada Setiausaha Agung PPBM, Datuk Shahruddin Md Salleh.

Notis itu mengkehendaki PPBM menjawab serta menyerahkan semua maklumat dan dokumen, seperti minit mesyuarat cawangan, bahagian dan pusat serta perihal penyata kewangan parti, kepada JPPM dalam tempoh 30 hari.

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) membubarkan sementara pendaftaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hari ini.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, Surayati Ibrahim berkata pembubaran sementara itu adalah dibawah Seksyen 14 (5) Akta Pertubuhan 1966 akibat tidak memenuhi syarat.

Bagaimanapun, kata Surayati, PPBM masih boleh membuat rayuan kepada RoS.

"Pihak PPBM boleh kemuka rayuan. Kita akan ambil masa dalam tempoh 30 hari yang ditetapkan.

"Jika mereka gagal untuk serahkan dokumen dalam tempoh tersebut, pembubaran ini akan dikekalkan," katanya dalam sidang media di ibu pejabat RoS di sini.

Lima maklumat yang perlu diserahkan kepada RoS oleh PPBM dalam tempoh 30 hari adalah:

1. Alamat berdaftar atau tempat urusan kerana tiada didaftarkan di RoS;

2. Salinan pindaan kepada undang-undang daftar;

3. Salinan senarai jawatan, nombor kad pengenalan, tarikh lahir, tempat lahir, pekerjaan, nama dan alamat majikan serta alamat tempat tinggal semua pemegang jawatan dan penasihat pertubuhan peringkat cawangan, bahagian dan pusat bagi tahun 2016 dan 2017;

4. Minit mesyuarat agung peringkat cawangan, bahagian dan pusat bagi tahun 2016 dan 2017;

5. Salinan penyata penerimaan dan pembayaran serta kunci kira-kira bagi tahun tutup kira-kira.

PPBM yang dipengerusikan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad diasaskan pada 2016, dengan presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin, setahun selepas beliau dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri.

Parti itu merupakan antara 4 parti dalam gabungan Pakatan Harapan, di samping PKR, DAP dan Amanah.

Gabungan itu dipercayai akan menggunakan satu logo, yang akan diumumkan di Johor esok.
Share this article

1 Komen:

  1. PENGUNDI TAK KISAH,
    PPBM DIBATALKAN PUN TAKPA, KAMI TETAP TAKKAN UNDI UMNOBN/PAS.
    SAY NO TO UMNOBN/PAS

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

Networkedblog

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top