Nuffnang

PANASSS!!! Dato Lee Chong Wei Jawab Isu Video Se*ks Yang Tersebar


PEMAIN badminton negara Lee Chong Wei menafikan dirinya terlibat dalam rakaman video seks yang tersebar dalam kumpulan chat dan akan membuat laporan polis berkaitan dakwaan dia adalah lelaki dalam video itu.

“Itu bukan saya,” kata Lee kepada The Malaysian Insight apabila ditanya mengenai sebuah klip video yang tular dalam kumpulan chat berbahasa Cina awal pagi ini.

Atlet itu mengatakan dia tidak tahu mengapa klip sebegitu boleh disebarkan dan mengapa dia dituduh terlibat, menambah yang dia akan meminta bantuan polis untuk mengenal pasti dalang kejadian itu.

Lee juga tidak menolak kemungkinan sabotaj, mengatakan pihak tertentu mungkin cemburu dengan kejayaannya dan cuba melibatkan dia dalam skandal seks memandangkan filem autobiografinya akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Majlis tayangan perdana filem itu dijadualkan berlangsung pada 9 Mac di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Lee yang kelihatan tenang ketika bercakap dengan The Malaysia Insight mengatakan walaupun dia bengang dengan kejadian itu, ia tidak akan menganggu latihannya.

Akhbar Berita Harian Online pula melaporkan kenyataan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur Asisten Komisioner Mohd LutAhfi Ismail Abdullah bahawa masih tiada laporan polis diterima daripada mana-mana pihak termasuk Lee.


Beliau juga mengatakan yang video itu adalah video lama yang pernah tersebar dua tahun lepas dan merupakan video superimpose.

"Saya difahamkan ia adalah video lama yang disebarkan semula, video itu pernah tersebar kira-kira dua tahun lalu dan dikatakan menggunakan teknologi 'superimpose'.

"Bagaimanapun, sekiranya pihak yang berkenaan bimbang penyebaran video berkenaan menjatuhkan reputasi mereka, maka wajar individu terbabit tampil membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dijalankan," katanya seperti dipetik akhbar itu.

Lee sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak.

Pesaing lamanya dalam sukan badminton, Lin Dan dari China juga pernah terpalit dengan skandal seks pada 2016 dengan seorang model ketika isterinya sedang mengandung. – 13 Februari, 2018.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top