Nuffnang

TOL : Giliran Guan Eng Kantoi "Kong Kali Kong"


Akhbar Bahasa Cina Sin Chew Jit Poh hari ini melaporkan Lim Guan Eng berkata bahawa Tol Sungai Nyior di Lingkaran Luar Butterworth adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan bukannya di bawah kuasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Lim Guan Eng turut berkata dia sanggup beri sokongan kepada MCA jika MCA melakukan demonstrasi membantah tol berkenaan di hadapan pejabat Kementerian Kerja Raya.

Lim Guan Eng juga berkata dia pernah mengutus surat kepada pihak tertentu untuk memohon penghapusan tol di Sungai Nyior tetapi tidak dibenarkan.

Saya suka untuk respons kepada kenyataan Lim Guan Eng ini.

Pertama, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) adalah badan yang bertanggungjawab mengawal selia semua konsesi lebuhraya bertol, bukannya KKR. Tempat yang selayaknya kalau nak buat demonstrasi adalah pejabat LLM bukan KKR. Takkan perkara ini pun Lim Guan Eng boleh khilaf?

Kedua, pihak tertentu manakah yang dimaksudkan oleh Lim Guan Eng itu? LLM? KKR? EPU? Atau Lingkaran Luar Butterworth Sdn Bhd (LLB)? Jika fungsi dan peranan antara KKR dengan LLM pun Lim Guan Eng tak boleh bezakan, saya tidak boleh mengagak ke mana dia mengutuskan surat yang dia maksudkan itu. Mungkin juga surat itu diutuskan ke alamat penerima yang salah.


Saya pernah komen isu tol Sungai Nyior sebelum ini... http://www.umno-online.my/…/dap-usah-ghairah-tabur-janji-k…/

“Sekiranya mereka benar-benar serius mahu menghapuskan tol tersebut, bukankah kerajaan negeri boleh berbincang dengan syarikat konsesi yang menguruskan tol terbabit untuk mengambil alih dan menjadi milik kerajaan negeri sepenuhnya.

“Apabila menjadi hak milik kerajaan negeri, bukankah kuasa ada di tangan dan terpulang sama ada mahu menghapuskannya atau mengenakan separuh bayaran yang dikenakan pada hari ini.

Lim Guan Eng boleh menghapuskan tol Sungai Nyior jika Kerajaan Negeri Pulau Pinang serius, tidak hanya cakap kosong, terus berretorik sahaja dan mengambil alih konsesi lebuhraya berkenaan daripada Lingkaran Luar Butterworth Sdn Bhd dengan membayar harga yang pernah ditawarkan LLB kepada Lim Guan Eng pada 2008/9 dahulu.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top