Nuffnang

PULAK DAH : Zaid Bidas Khairy Isu Kekecohan Nothing To Hide 2.0


Pulak dah... Hahaha... Inilah pembangkang. Hadir atau tidak, UMNO atau Barisan Nasional tetap dipersalahkan. Datuk Zaid Ibrahim mengkritik tindakan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menepis dakwaan ke atas Umno susulan keganasan yang tercetus di forum Nothing to Hide 2.0 anjuran Pemuda PPBM di Shah Alam, semalam.

“Jangan jadi ‘nerd’ Khairy, saya ada di sana dan anda tidak. Ia jelas menunjukkan kumpulan pengacau itu sudah diberitahu apa yang perlu dikatakan dan dilakukan,” tulis bekas menteri itu di Twitternya, pagi ini.

Beliau menjawab tweet Khairy semalam yang berkata: “Apa yang berlaku pada #Nothing2Hide perlu dikecam dan tidak boleh dibiarkan. Harap polis tangkap mereka yang bertanggungjawab.

“Saya mengecam apa yang berlaku, tetapi tunggu polis menyelesaikan siasatan sebelum anda mula tuding jari,” tulis Khairy di Twitternya semalam.

Zaid yang menyertai DAP Februari lalu mempersoalkan kurangnya tanggungjawab Khairy selaku pemimpin Umno serta menteri belia dan sukan.

“Tidakkah anda merasakan sedikit bertanggungjawab terhadap tingkah laku anak muda Melayu ini? Bukankah anda pemimpin belia?

“Saya tahu anda perlu menjadi seperti mereka, jika ingin menjadi pemimpin tertinggi suatu hari nanti, tetapi jika anda tidak mengutuk tindakan sedemikian, ramai yang tidak akan hormat anda,” kata Zaid dalam 2 lagi catatan di Twitternya hari ini.

Kekecohan tercetus di forum Nothing to Hide 2.0 petang semalam ketika Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad menjawab soalan hadirin mengenai tragedi Memali di Baling, Kedah pada September 1985 semasa beliau menjadi perdana menteri.

Sebelum beliau selesai menjawab soalan itu, ada individu mula membaling kasut, diikuti kerusi dan botol air sebelum melontar suar yang dinyalakan ke arah pentas di mana Dr Mahathir berdiri.

Dewan Raja Muda Musa kemudiannya dipenuhi asap dan insiden tumbuk-menumbuk dikatakan berlaku ketika ahli PPBM meluru ke pentas untuk melindungi bekas perdana menteri berusia 92 tahun itu.

Dr Mahathir tidak cedera, tetapi difahamkan sekurang-kurangnya seorang sukarelawan PPBM cedera akibat balingan sebuah kerusi.

Polis mengesahkan 3 suspek berusia 17 hingga 19 tahun, termasuk 2 pelajar kolej swasta ditahan bagi membantu siasatan.

BUKAN PERKARA ASING BUAT MAHATHIR

Dipetik dari FB Ab Jalil Backer

Kekecohan yang berlaku petang tadi bukan perkara terasing membabitkan Tun Mahathir.

Pada 2008 selaku salah seorang penganjur dalam program MYKMU.NET: Pilihan Raya Umum Ke-12 : Satu Penilaian” saya terpaksa naik ke pentas mengugut untuk membatalkan acara tersebut.

Majlis di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya tersebut membariskan ucaptama Tun Mahathir Mohamad dan ahli panel Dr Mohamad Khir Toyo, Mukhriz Mahathir dan Poad Zarkashi dihadiri lebih 2000 orang.

Puncanya ada sebahagian penyokong Tun Mahathir dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak dapat menerima cadangan dari seorang Ketua Pemuda UMNO Cawangan dari Sekinchan, supaya Tun dan UMNO mempertimbangkan penyatuan dengan Anwar Ibrahim demi bangsa Melayu.

Beliau diserbu oleh beberapa orang yang mahu memukulnya. Mujurlah pasukan keselamatan penganjur cekap melindungi beliau dan membawa beliau keluar.

Segelintir mereka juga "memboo" pandangan Dr Khir Toyo yang tidak selari dengan pandangan Tun Mahathir.

Mereka sukar menerima sebarang pandangan yang bertentangan dengan ideologi Mahathir.

Ironinya, hari ini cadangan Ketua Pemuda UMNO Cawangan dari Sekinchan tersebut diikuti oleh Tun Mahathir.

Justeru kekecohan yang berlaku hari ini tiada kena mengena dengan UMNO, tetapi kerana sikap fanatik segelintir penyokong Tun Mahathir
Share this article

1 Komen:

  1. Zaid...memanglah begitu, bawah tempurung kata lain dan bila tempurung tiada dia kata lain pula...tak boleh pakai said ni..

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top