Nuffnang

WOW : Penaja Utama Chelsea Berminat Dengan JDT


Wow... suka atau tidak JDT telah menjadi perintis dalam "pemodenan" dan "profesinalisme" sukan bola sepak negara kita. Dengan status pasukan bergelar 'jutawan" pastinya JDT sentiasa dicemburui. 

Perkembangan terkini, sebuah syarikat yang merupakan antara penaja utama kelab bola sepak Chelsea kini sedang meninjau prospek menaja kelab Johor Darul Ta’zim (JDT).

Pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata pemilik Carabao Group, Pairoj Piempongsant akan melawat Johor bulan depan untuk melihat secara dekat rancangan masa depan JDT serta pelan stadium baharu kelab itu.

“Saya begitu teruja apabila kelab kecil yang telah kita bina selama ini mencipta sejarah setiap hari dan juga semakin dikenali dunia serta ada ‘world top brand’ yang berkeinginan untuk menaja kita,” kata TMJ.

Carabao pada tahun lalu memeterai perjanjian menaja Chelsea.

Selain kelab liga Inggeris itu, ia juga merupakan penaja rasmi Liga Bola Sepak Inggeris (EFL) selama 3 tahun, di mana perlawanan itu akan dinamakan semula sebagai Piala Carabao untuk musim 2017-2018 sehingga 2019-2020.

Syarikat itu juga merupakan penaja utama kelab bola sepak Brazil, Flamengo.

Bayangkan andai JDT mampu memeterai "penajaan" dengan Carabao Group....
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

Networkedblog

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top