Nuffnang

Bekalan Minyak Masak Dijangka Pulih Sepenuhnya Minggu Ini







SEPANG – Bekalan minyak masak di pasaran telah mula meningkat sejak minggu lepas dan dijangka pulih sepenuhnya minggu ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin.



Beliau berkata pihak pembekal minyak masak yang ditemuinya pada minggu lepas memberi jaminan akan mendapatkan bekalan daripada pengilang bagi menyelesaikan masalah kekurangan minyak masak terutama paket bersaiz satu kilogram di pasaran.

Menurutnya kementerian juga akan terus melaksanakan operasi di seluruh negara pada setiap hari bagi memastikan pembekal dan peruncit mengikut peraturan yang ditetapkan.

“Dari minggu lepas bekalan sudah meningkat jadi tidak timbul lagi soal bekalan kurang. Minggu ini sepatutnya kembali pulih,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Multaqa Gabungan Ahli Sunnah Malaysia (Gasma) 2016, di Kompleks Pendidikan Yakin, di sini hari ini.

Bemula 1 Nov lepas, harga minyak masak di dalam botol dijual mengikut harga ditetapkan oleh pengeluar manakala harga bahan itu satu kilogram kekal pada RM2.50.

— BERNAMA
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top