Nuffnang

HINA TG HARON DIN : Sudah-Sudahlah Melayuku



Membaca laporan media hari ini, penulis dapati ramai pihak yang tampil mendesak Ahli Parlimen DAP, Jeff Ooi memohon maaf atas keceluparannya yang dianggap menghina Almarhum Dato’ Dr Haron Din yang meninggal dunia baru-baru ini.


Mungkin bimbang hilang sokongan dan mengelak dikecam masyarakat seluruh negara seperti Jeff Ooi, rakan sekutu DAP seperti PAN dan PKR pun ‘tumpang semangkuk’ mengecam Ahli Parlimen itu.

Malah Lim Guan Eng yang dikatakan cuba meredakan keadaan pun gagal dan tidak dapat diterima, teruk juga Jeff Ooi dikecam. Namun menyelak lembaran Twitternya, tiada langsung respon memenuhi desakan-desakan itu, apatah lagi permohonan maaf.

Apakah Jeff Ooi akan memohon maaf atas keceluparannya itu? Jika dia minta maaf, apa yang dia dapat? Dan sekiranya dia tidak meminta maaf, apa kesannya?

Pada pandangan penulis, berkemungkinan Jeff Ooi sedang menunggu masa untuk meminta maaf. Bila masanya? Dia mungkin akan cuba meraih populariti dari kontroversi ini semaksimum mungkin sebelum meminta maafo

Kenapa penulis berpandangan demikian? Ia adalah disebabkan sifat semula jadi ahli politik. Sama ada negatif atau positif, publisiti amat penting bagi mereka. Ia bagaikan ‘gosip artis’. Walau dilanda publisiti negatif, mereka tetap melonjak populariti mereka, bukan?

Jadi, apabila tiba klimaks publisiti itu dan desakan yang ‘melambung’ namanya reda, maka mungkin itulah masa yang tepat untuknya memohon maaf. Jika permohonan maafnya diterima, mungkin dia akan dapat publisiti positif. Tapi jika negatif, dia peduli apa, kan?

Pada penulis, sama ada dia memohon maaf atau tidak, ia tetap sama saja. Tidak perlu desak Jeff Ooi minta maaf pada keluarga Almarhum Ustaz Haron Din dan seluruh umat Islam di Malaysia. Ia tidak memberi apa-apa kesan pada puak DAP yang sealiran dengan Jeff Ooi.o

Sudah banyak kali pemimpin DAP menghina dan mengeluarkan kenyataan kontroversi begitu. Seronoknya menghina dan mengusik sensitiviti umat Islam dan bangsa Melayu, selepas itu mereka akan minta maaf dan insiden itu akan dimaafkan dengan mudah, serta dilupakan kemudiannya.

DAP kemudian akan tetap dapat sokongan. Mereka bagaikan tahu kelemahan umat Islam dan bangsa Melayu di Malaysia yang mudah memaafkan dan melupakan selepas permohonan maaf dibuat. 

Bila tiba pilihan raya, DAP akan tetap diberi undi oleh umat Islam dan bangsa Melayu dari kalangan blok pembangkang. Pada PRU ke-14 nanti, umat Islam dan bangsa Melayu dalam PPBM, PAN dan PKR akan tetap beri undi pada calon DAP di atas nama ‘kerjasama’ pembangkang.

Jadi, apa bezanya sama ada Jeff Oii minta maaf? Berapa ramai ‘spesis’ seperti Jeff Oii dalam DAP yang pernah mencetus kemarahan umat Islam dan bangsa Melayu selama ini? Mereka tetap menang pilihan raya dan diundi umat Islam, bukan?

Justeru itu, tidak perlulah beretorik sangat dengan desakan-desakan yang tidak memberi apa-apa kesan pada DAP atau blok pembangkang. Ia cuma permainan politik DAP saja untuk mempermainkan kita. Sedarkah umat Islam yang menyokong dan beri undi pada pembangkang?

MYKMU
Share this article

2 Komen:

  1. Yer..cukup cukuplah Pas paksa cina Dap ni minta maaf...klau minta maaf pun tak ikhlas...esok2 buat lagi...so jln sebaik baiknya Pas berkerjasama dgn Umno agar Pru 14 nanti Dap Pkr dan Parti si sembab tergolek dog...baru masa tu orang Pas boleh bersorak...

    BalasPadam
  2. Sifat semulajadi komunis macam tu. Dah terang lagi bersuluh, buat apa lagi mengundi calon dari DAP

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top