Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

AWAS : Produk Berlogo Halal Palsu Di Pasaran Lembah Klang!!!


Sebuah kilang memproses kicap, cuka, tauchu dan sos di kawasan perindustrian Meranti Jaya di sini yang diserbu buat kali kedua, didapati tidak memiliki sijil halal dan menggunakan logo halal palsu pada produknya.


Operasi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mendapati syarikat yang sudah beroperasi lebih 10 tahun itu tidak pernah mendapat sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 

Penolong Pengarah Unit Penguatkuasaan, Bahagian Pengurusan Halal JAIS, Abd Haziq Abd Wahid, berkata semua produk keluaran syarikat itu menggunakan logo halal palsu sendiri dan syarikat terbabit pernah diserbu pada 2010 kerana melakukan kesalahan sama. 

"Kita (JAIS) pernah mengambil tindakan terhadap syarikat ini pada 2010 atas kesalahan berkaitan pembungkusan mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 selain Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 kerana menggunakan logo halal yang tidak diluluskan JAKIM. 

"Produk keluaran kilang ini kebanyakannya dipasarkan di pasar raya sekitar Lembah Klang. Syarikat ini pernah memohon sijil halal pada 2015, namun gagal pada peringkat semakan awal kerana beberapa faktor," katanya kepada pemberita selepas serbuan ke atas kilang berkenaan, di sini, hari ini. 

Serbuan dilakukan berikutan penyebaran video di laman sosial mengenai keraguan orang ramai terhadap penggunaan tanda halal pada produk keluaran syarikat terbabit, yang menjadi viral sejak minggu lalu. 

Operasi yang membabitkan tujuh kakitangan JAIS bersama tujuh penguatkuasa KPDNKK itu bermula jam 11 pagi dan berakhir jam 3.30 petang semalam.



Share this article

1 Komen:

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top