Nuffnang

SIASAT SEGERA! Lelaki Dakwa JKM "Songlap" Wang Kebajikan OKU!!!


SEORANG lelaki mendakwa ibunya yang merupakan orang kelaianan upaya (OKU) tidak pernah menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah (JKM), biarpun permohonan bantuan telah diluluskan jabatan itu.
Menerusi perkongsian di Facebook, anak wanita OKU berkenaan, Shon Rahim meluahkan kekecewaannya berikutan ibunya sewaktu masih hidup, sering berulang alik ke pejabat JKM di Alor Setar untuk mengetahui perkembangan permohonan bantuan.

Sehinggalah baru-baru ini apabila abangnya memberitahu bahawa permohonan ibu mereka telah lama diluluskan namun bantuan yang diberikan iaitu sebanyak RM300 sebulan tidak pernah diterima oleh arwah.

Jom kita ikuti luahan daripada saudara Shon yang mana menurutnya slogan yang sering digunakan pihak JKM Alor Setar iaitu ‘Berkat Berjasa’ perlu ditukar kepada ‘Berjasa Untuk Duit Poket’.

Sedih dengar berita dari kak aku.
Aku tak sangka Jabatan Kebajikkan Masyarakat Alor Setar (JKM) telah lama makan duit mak aku. Baru aku sedar manusia sekarang tak boleh dipercayai.

Aku ingat masa arwah pergi JKM untuk mendapatkan bantuan Orang Kurang Upaya (OKU). Mak aku OKU setelah kaki kirinya dipotong akibat kencing manis. Lalu arwah pergi ke JKM Alor Setar untuk mendapatkan bantuan OKU.

Semasa arwah hidup dia tidak pernah dapat apa-apa bantuan kebajikan. Sampai hari ini abang aku pergi ke JKM, apa yang buat aku terkejut. Permohonan arwah mak telah lama diluluskan dan dapat bantuan sebanyak RM300 sebulan dan bantuan tersebut tidak pernah dinikmati olehnya sebaliknya dinikmati oleh manusia bertopengkan syaitan yang gilakan duit dan harta di dunia.

Bila tanya, mereka cakap kami hanya ikut arahan orang atas. Kepala butoh, adakah ini JKM yang membantu OKU dan miskin atau memakan harta benda orang. Dan mereka terus menutup kes.

Moto ‘Berkat Berjasa’ tu perlu ditukar ke ‘Berjasa untuk duit poket’. Tabik Tapak Kaki JKM Alor Setar.

Tapi takpa lah arwah mak bukan nak sangat duit tu. Arwah pernah berpesan dengan anak-anaknya, biarlah orang buat dekat kita jangan kita buat dekat orang. Arwah sudah tenang di sana bersama ayah.

Tapi nak bagitahu jangan cuba menindas orang OKU dan miskin walaupun berada diatas. Mungkin anda nampak berjaya di dunia, di akhirat anda jawablah dengan-Nya sendiri.

Ingat anda memakan harta benda yang haram dan sedang mengalir ke darah daging anda. – MYNEWSHUB.CC
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top