Nuffnang

PANASSS!!! TUN MAHATHIR : NAJIB LEBIH TERUK DARI PAK LAH!!!



Tun Dr Mahathir Mohamad berkata hari ini beliau terpaksa menarik balik sokongan dan terpaksa mengkritik kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana prestasinya lebih buruk daripada penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu berkata, beliau terpaksa berbuat demikian kerana Najib tidak mengambil iktibar daripada prestasi buruknya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

"Saya tidak ada pilihan selain menarik balik sokongan saya. Ini pun tidak berkesan. Oleh itu terpaksalah saya menegur," kata Dr Mahathir melalui tulisan di blognya, www.chedet.cc.


"Harapan saya Najib akan mengambil ikhtibar daripada prestasinya yang buruk dalam PRU13. Malangnya sehingga kini tidak ternampak apa-apa perubahan daripada segi dasar atau pendekatan walaupun saya cuba menyampaikan pendapat saya, (yang juga pendapat ramai yang datang bertemu saya) secara langsung kepada Najib," katanya.


Dr Mahathir berkata, beliau tidak menyangka prestasi perdana menteri dalam PRU13 akan menjadi lebih buruk daripada Abdullah dalam PRU12 pada 2008.


"Pilihan saya bagi mengganti Abdullah ialah Najib. Setelah beberapa lama dilihat dasar dan tindakan Najib tidak lebih berkesan daripada Abdullah.


"Sesungguhnya banyaklah dasar, pendekatan dan perbuatan kerajaan pimpinan Najib yang merosakkan hubungan antara kaum, merosakkan ekonomi dan kewangan negara," katanya menerusi blog popularnya itu.


Dr Mahathir berkata, kelemahan pentadbiran Najib disebabkan penyokong kerajaan tidak pernah menegur pemimpin.


"Jikalau tiada siapa yang sanggup menegur, biarlah saya menegur. Saya pernah dipecat oleh Tunku Abdul Rahman, dipulau Datuk Seri Abdullah dan difitnah ramai. Jika kerana menegur saya akan didera, terpaksalah saya terima.


"Bukanlah saya tidak sayang pemimpin. Tetapi saya lebih sayang bangsa dan negara saya," katanya.

Beliau berkata, kesalahan pertama Najib adalah apabila beliau melayan tuntutan musuh.

"ISA dan undang-undang buang daerah dimansuh. Tindakan ini tidak sedikit pun mengurangkan tentangan parti lawan.

"Sebaliknya jenayah bertambah dengan banyaknya kerana pembebasan ketua-ketua geng," katanya.

Dr Mahathir juga tidak berpuas hati dengan sikap pentadbiran Najib yang dilihat terlalu tunduk kepada negara-negara jiran.

"Wang kerajaan diguna untuk mempengaruhi sokongan rakyat apabila pilihan raya umum diadakan.

"Ini menjadikan rakyat terlalu bergantung kepada kerajaan untuk segala-galanya," katanya.

Dalam PRU13 lalu, pencapaian Najib lebih buruk daripada Abdullah pada PRU12 apabila hanya berjaya mendapat 133 kerusi Parlimen berbanding 140 pada 2008.

- SUMBER
Share this article

10 Komen:

  1. Najib memang teruk dan lemah...Tak ada apa yang boleh dibangakan dari anak tun abdul razak ni ...hampah

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba bg nama yg sesuai meggantikan najib.. jgn bg nama Aljuburi ok..

      Padam
  2. memang teruk tapi dia perasan dia buat kerja bagus. Yang kata bagus tu orang yang mengampu dia.

    BalasPadam
  3. saya setuju dgn tun,ISA dimansuh,siapa yg untung?.brim diberi - duit keluar tapi mana duit yg di bawa masuk,hanya harap pada sumber yg sedia ada.nak popular ,tunaikan tuntutan musuh(spt yg tun cakap) apa yg kerajaan dapat,mereka lawan tetap lawan.kerajaan kena keras ,jalan undang -undang yg ada,jamgan jadi bahan ketawa lawan di sebabkan kelemahan kita.tak popular tak apa ,tapi mereka akan menilai dari hasil kerja kita. perdulikan kritikan lawan mereka akan terlolong selagi apa yg mereka hendak tak tercapai,tapi adakah mereka akan membantu kita?.haram.

    BalasPadam
  4. Tun!....jgn cakap cara terbuka macam itu....ini akan memberi imej tak baik kepada rakyat dan memberi keuntungan kepada pembangkang....Tun & DS najib dlm satu kem...bagaikan ayah & anak...takkan nak dedah keburukan dan kelemahan kpd org luar...ini akan melemahkan BN....Tun,.Nobody perfect....tapi adalah bagus utk berusaha kearah kesempurnaan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan Tun Mahathir dah puas menasihati Najib supaya berubah tetapi masuk telinga kanan dan keluar kut kiri.MCA langsung tiada memberi sokongan dalam PRU 13 tapi mati2 kasi istimewaan kpd mereka.Bukankah penting diri sendiri,nak tarik sokongan kononnya.Dia lupa yang orang2 luar bandar yang membuat beliau masih ditampok pemerintahan?

      Padam
  5. Kan aku dah cakap. Mamak ni sahaja yang perasaan sangat dia terhebat sahaj.a.

    Melayu tulen semua dibunuh satu per satu. Bacalah Sejarah Melayu yang baru.

    BalasPadam
  6. Btolla ape tun ckp. Knpe nk dinafikan. Mmg la no body perfect. Sbb tu la tun sbg org yg lbih berpengalaman mntadbir ngra mnegur. Klu tak bole trime teguran jgn jd pemimpin.

    BalasPadam
  7. Buat masa tiada yg layak selain Tun M.

    BalasPadam
  8. Tan sri Rafidah Aziz.Apabila beliau bercakap,banyak point yang bail untuk negara dan mempertahankan kedaulatan negara.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top