Nuffnang

Gambar : Ape Yang Tak Kena Dengan Awek Melayu Ni?




Ape ke hal awek ni? Saje cari pasal ke? Atau sengaja cari publisiti murahan? Untung-untung nanti popular dan boleh masuk tv, gitu ke?

Untuk rekod, dari 10 orang yang mengundi pakatan, 4 adalah melayu, termasuk la awek ni (itu pun kalau mengundi), tapi diaorang punya salakan, diaorang punya lagak, diaorang punya sombong, macam melayu majoriti dalam pakatan.

Sistem dan undang-undang pilihan raya di Malaysia berlandaskan kemenangan mengikut majoriti mudah dan kemenangan perwakilan mengikut kawasan, bukan berdasarkan undi popular.

Pengarah Pusat Dasar Teknologi dan Kajian Antarabangsa, Kampus Antarabangsa Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Azmi Hassan berkata, keputusan menentukan majoriti adalah berdasarkan kerusi Parlimen dan Dun yang dimenangi oleh parti yang bertanding.

“Alasan pembangkang patut membentuk kerajaan kerana undi popular lebih tinggi berbanding BN tidak boleh diguna pakai kerana sistem pilihan raya diamal di negara ini tidak ambil kira perkara itu,” katanya.

Ujar beliau, walaupun undi popular adalah baik bagi menterjemahkan majoriti rakyat menyokong sesuatu parti, hakikatnya sistem pilihan raya yang telah diamalkan di negara ini berdasarkan kemenangan kerusi paling banyak oleh sesuatu parti.

“Sudah tentu undi popular bagi kawasan bandar lebih tinggi daripada kawasan luar bandar kerana kepadatan dan polarisasi kependudukan berbeza antara satu sama lain.

“Namun undi popular tidak mencerminkan parti politik itu menang secara keseluruhannya kerana hanya berjaya menarik sokongan di kawasan bandar, namun gagal mendapat undian di kawasan luar bandar,” katanya.

Tegas Azmi, adalah bertentangan sekiranya konsep undi popular itu yang diambil kira bagi menentukan parti pemerintah.

Bahkan katanya, George W Bush tetap menang pilihan raya Presiden di Amerika Syarikat walaupun tidak mendapat undi popular yang tinggi.

Walaupun demikian, Azmi berkata, ketidakseimbangan keputusan undi popular berlaku bukan sahaja di Perak, bahkan turut berlaku di beberapa negeri lain.

Katanya, ini kerana undi popular berlaku akibat peningkatan jumlah pengundi berdaftar keluar mengundi, terutamanya kaum Cina, berbanding kaum lain. 

“Ini termasuk juga jumlah 2.4 juta pengundi pertama kali mengundi,” katanya.

Pembangkang mendakwa mereka boleh membentuk kerajaan kerana jumlah undi popular yang diperoleh lebih tinggi iaitu sebanyak 5,623,984 berbanding yang diperoleh BN, iaitu 5,237,699.

Walaupun parti-parti pembangkang memperoleh jumlah undi popular sebanyak 5,623,984 mereka hanya berjaya memenangi 89 kerusi Parlimen dalam PRU13.
Share this article

9 Komen:

  1. ini namanya betina x kenal untung jd melayu.

    BalasPadam
  2. berbudi bahasa tak semestinya menafikan umno yang telah banyak berjasa - jangan nak jadi lalang bodoh mengikut fikiran negatif tanpa melihat dan memahami sejarah bangsa.

    BalasPadam
  3. Hati-hati nak tuduh. Mungkin gambar tampal nak pedajal. Siasat dulu.

    BalasPadam
  4. Kenapa nak heboh....itu hak dia lah nak sokong siapa pun....Melayu tak semesti nya sokong UMNO , Cina tak semesti nya MCA dan India tak semesti nya MIC.....Yang kau orang masuk kan gambar nya kat blog kau orang kemudian nak melenting tak tentu pasal...kenapa.?????

    BalasPadam
    Balasan
    1. nakal la penulis ni, suka hati dia la nak benci najib sekalipun

      Padam
  5. dulu kini dan selamanya umno bodoh

    BalasPadam
  6. bodohtak bodoh, umno majoriti.. jd yang rasa cerdik tu diam2

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top