KUALA LUMPUR, 9 Jan – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata kesemua anggota Barisan Nasional (BN) di seluruh negara kini aktif menganjurkan program ‘Setiap Hari Ada Program’ atau nama singkatannya SHAP di semua Pusat Daerah Mengundi (PDM) sebagai persiapan Pilihan Raya Umum ke-13.
Jelas beliau SHAP menetapkan sekurang-kurang 200 program dianjurkan sehari di 7,530 PDM seperti pertandingan futsal dan bola sepak di seluruh negara, dan demi memastikan program berjaya, setiap pusat mengundi akan mempunyai jawatankuasanya sendiri.
“Saya meminta kesemua anggota BN yang bertugas di pusat daerah mengundi bergerak aktif menjayakan program Shap ini.
“Selain program sukan, Shap juga menjalankan kerja-kerja kebajikan menerusi pemberian bantuan makanan kepada warga emas, OKU dan golongan miskin,” katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan penduduk Flat Sri Melaka, Cheras, dan mendengar pelbagai masalah penduduk setempat ekoran krisis air tersebut dalam program tinjauan mesra penerangan BN di Cheras.
Mengenai kemelut air, Ahmad Maslan yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata beliau akan meminta Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) menyelesaikan segera krisis bekalan air sekitar Lembah Klang kerana ia (air) adalah keperluan harian penduduk setempat.
Justeru beliau krisis air itu dapat diselesaikan sebelum perayaan Tahun Baru Cina dan berjanji kepada penduduk di Flat Sri Melaka, Cheras di sini dan penduduk sekitar Lembah Klang yang terlibat bahawa kerajaan akan memastikan masalah itu tidak berlarutan.
“Saya akan menghubungi pihak Syabas dan memberitahu bahawa pengagihan air menggunakan lori dan tangki oleh Syabas kepada penduduk terbabit adalah tidak mencukupi kerana ia menyusahkan khususnya warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) yang perlu mengangkat baldi setiap hari sejak krisis bermula akhir bulan lepas (Disember, 2012),” katanya.
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....