Nuffnang

SUKAN DIUTAMAKAN, BELIA DIANAKTIRIKAN???

Acapkali kita mendengar keluhan dan tuduhan daripada segelintir "penggerak" belia yang menyatakan bahawa pihak Kementerian Belia dan Sukan terlalu mengutamakan program sukan dan kebajikan atlit sukan berbanding pekerja sukarela belia mahupun persatuan belia.
 
Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa sukan mampu menarik sumbangan penajaan bernilai jutaan ringgit, namun harus diingat bahawa itu adalah "PENAJAAN" dan bukannya "PERUNTUKAN" terus daripada KBS.
 
Walau pun begitu, setahu BB, nilai BANTUAN oleh KBS kepada pertubuhan belia semakin meningkat saban tahun. Jadi di mana silapnya??     Di kesempatan dan ruang yang ada ini, BB ingin berkongsi beberapa perbandingan yang diperoleh bagi sepanjang empat tahun yang lalu:
 
  1. Bilangan projek/program yang "berorientasikan belia" berbanding "sukan" di KBS adalah sebanyak 11,848 projek/program (belia) dan hanya 4,108 projek/program bagi "sukan"
  2. Penglibatan sumber tenaga pentadbiran/professional untuk pembangunan "belia" adalah seramai 253 orang dan 147 orang pegawai bagi pembangunan sukan.
  3. Seterusnya, peruntukan bajet untuk pembangunan "belia" dan "sukan" pula adalah sebanyak RM 225,393,396 bagi "belia" dan RM 73,551,767 bagi "sukan".    
Justeru, kepada pengkritik-pengkritik Kementerian Belia dan Sukan, anda perlu lihat semu a apakah kritikan anda sebelum ini berasas atau sekadar tohmahan semata-mata? Atau adakah niat lain yang tersembunyi di sebalik keluhan dan tuduhan tidak berasas?
 
Tepuk dada tanya selera....     Dari pandangan peribadi BB, Persatuan Belia yang ada ketika ini perlu melakukan transformasi kepimpinan khususnya dalam mengurus serta mentadbir persatuan masing-masing.
 
 
 
Bukan tidak ada persatuan belia yang berjaya hingga ke peringkat antarabangsa, nun sayang kejayaan mereka ini tidak dicontohi dan diikuti oleh kepimpinan persatuan belia yang lain.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top