DIA nampak begitu menyerlah dengan padanan blaus jingga bersama skirt putih. Tampil segar dengan solekan nipis melatari kulit yang cerah dihiasi sapuan pengilat bibir. Walaupun ringkas, ia cukup anggun dan elegan. Ketika bertemu media pada kunjungan pertamanya ke Malaysia sebagai duta baru SK-II, bibir comelnya tidak putus-putus menguntum senyum.
Sheila Sim, 27, supermodel terkenal kelahiran Singapura ini selain bijak bergaya, juga berkeyakinan menjawab soalan. Dia bukan setakat popular di negara kelahirannya namun sejak berusia 17 tahun, Sheila sudah berpindah ke Hong Kong untuk membina jenamanya sendiri. Lebih membuatkan wanita ini bersemangat apabila dia mempunyai dua wanita yang menjadi tulang belakang dalam kerjayanya selama ini.
“Bekas model Ivy Chng ialah ibu saudara yang banyak mengajar mengenai kehidupan serta asam garam dalam dunia peragaan. Dia memberi tunjuk ajar bagaimana menjadi model berjaya. Selain itu, nenek memainkan peranan besar menentukan arah hidup saya. Sejak kecil saya tinggal bersama nenek dan wanita ini menjadi inspirasi saya selama ini.
“Apa juga yang saya lakukan nenek menjadi penasihat dan pembimbing dalam membina kerjaya. Saya tidak tahu apa yang akan terjadi sekiranya nenek tiada.

Selain itu, saya mempunyai keluarga besar yang sangat menyokong serta tidak pernah jemu memberikan galakan untuk berjaya dalam bidang peragaan,” katanya.
Sheila mengakui untuk mengukuhkan nama di luar negara seperti Paris dan Itali bukan sesuatu yang mudah. Ini kerana penerimaan Barat terhadap wanita Asia amat berbeza.
“Di sana saya terpaksa menunggu selama dua jam semata-mata mahu menunjukkan portfolio dan sekiranya mereka tidak suka, mereka akan membuangnya begitu saja.
Namun dari situ saya belajar menghadapi tekanan,” katanya yang berpindah ke Hong Kong pada 2002 dan membina nama di sana selama empat tahun sebelum kembali ke Singapura.
Menyedari memiliki bakat semula jadi, model yang memiliki ketinggian 174 sentimeter ini kemudian bekerjasama dengan jenama besar seperti Giorgio Armani, Salvatore Ferragamo, Christian Dior, Piaget, Valentino, Louis Vuitton dan Chanel di Tokyo, Milan dan Paris serta muncul dalam 10 daripada 24 pertunjukkan di Festival Fesyen Singapura pada 2008.
Menjadi duta jenama antarabangsa SK-II, dia kini sebaris dengan duta terdahulu iaitu Cate Blanchett, Tang Wei, Haruka Ayase, Lee Sinje dan Qi Qi. Pemilihan ini satu penghormatan buat Sheila kerana dia dapat berkongsi pengalaman dengan semua wanita mengenai kecantikan. Dia mentakrifkan kecantikan bukan hanya menerusi penampilan luaran, apa yang penting memiliki hati yang bersih serta minda yang segar dan sihat kerana semuanya akan terpancar menerusi wajah.
“Kecantikan bukan sekadar menjaga kulit atau memastikan wajah disolek rapi tetapi lebih daripada itu. Menjaga hati dengan nilai murni, berprasangka baik, tidak cemburu dan sentiasa positif adalah rahsia tampil lebih yakin dan bergaya,” ujarnya.
Menjalani kehidupan aktif sebagai model peragaan pentas, jadual hariannya padat dengan aktiviti seharian. Bermula seawal pagi, wajah perlu disolek dan berlarutan sehingga ke malam. Kadangkala waktu tidur hanya apabila berada di dalam kapal terbang.
Justeru, dengan faktor persekitaran yang mencabar, Sheila mengakui dia memiliki kulit sensitif serta terdedah pada keradangan akibat pertukaran cuaca serta alat solek. Atas sebab itu, dia sering bertukar produk dan tidak pernah setia pada sesuatu jenama kerana percaya setiap orang dilahirkan dengan kulit yang cantik serta tidak perlu melakukan sebarang perubahan.
“Saya mempunyai kepercayaan kulit yang cantik tidak perlu menggunakan sebarang produk. Tetapi apabila SK-II melamar saya sebagai duta, saya tidak menolak kerana yakin keajaiban pada kulit selepas menggunakannya,” jelasnya.
Menceritakan pengalaman menggunakan SK-II, pada hari pertama, dia tidak mengharapkan sebarang perubahan ketara namun selepas sehari mencubanya, kulit menjadi lebih cerah dan jelas.
“Selepas tiga hari menggunakan FTE, liang roma menjadi lebih halus dan licin.

Kulit menjadi tegang dan bercahaya. Malah saya tidak pernah mengalaminya dengan mana-mana jenama penjagaan kulit sebelum ini. Dalam masa 14 hari, garis halus di sekitar mata dan mulut menjadi lebih licin dan tidak kelihatan.
“Mulanya, saya fikir ia hanya imaginasi tetapi apabila rakan bertanyakan rahsia memiliki kulit cerah berseri, saya mula percaya,” ujarnya yang memastikan akan membawa tiga produk apabila berkunjung ke luar negara.
FTE digunakan di dalam kapal terbang bagi mengelak kulit kering, topeng wajah SK-II Skin Signature 3D Redefining bagi menyegar dan memastikan kulit mendapat lembapan secukupnya manakala Cellumination Essence Ex menjadikan kulit tegang dan bercahaya.
Sebagai duta dan ikon kecantikan, Sheila menggesa wanita muda memulakan langkah menjaga kecantikan dengan melakukan regim penjagaan kulit supaya mereka mendapat manfaat pada kemudian hari.
Kulit harus dijaga dan dibelai menggunakan produk penjagaan wajah terbaik dan jangan berharap kulit akan kekal bersinar tanpa sebarang produk.
Baca lagi di MyMetro
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....