Nuffnang

Keterlaluan.... Nurul Syuhada Bikin TV3 Panassss....

Korang kenal tak dengan Nurul Syuhada, pengacara TV3 yang boleh tahan gak cun dia ni??? Ala-ala Preitty Zinta Malaysia gitu.
 
 
 
 
Stesen TV3 hari ini menjelaskan bahawa penyampaian pengacaranya semasa lintas langsung sambutan Hari Kemerdekaan di Kuala Lumpur Jumaat lalu mengenai Bintulu, salah satu bandar utama di Sarawak, telah disalah tafsir.

“Bagi pihak TV3, kami ingin menerangkan bahawa terdapat salah tafsiran terhadap penyampaian oleh pengacara kami Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain ketika merujuk kepada pemilihan Bintulu sebagai lokasi sambutan Hari Malaysia tahun ini, semasa siaran lintas langsung perarakan Hari Kemerdekaan ke-55 pada Jumaat lepas.
 
“Kami meminta maaf jika salah tafsir ini menyinggung mana-mana pihak,” kata TV3 dalam satu kenyataan dikeluarkan malam ini.
 
Kenyataan itu menambah, Nurul Syuhada dan TV3 tidak mempunyai sebarang niat untuk memburukkan bandar tersebut.
 
 
 
 
Beberapa pemimpin dari Sarawak mengecam dan menggesa stesen itu memohon maaf atas alasan personaliti TV3 telah menjejaskan reputasi Bintulu.
 
Semalam, Pengerusi Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, kenyataan pengacara TV3 itu semasa lintas langsung sambutan Hari Kemerdekaan telah menjejaskan reputasi Bintulu.
 
Beliau berkata, kenyataan Nurul Syuhada bahawa Bintulu adalah sebuah kawasan daif bukan sahaja menyinggung perasaan rakyat di kawasan itu tetapi juga Sarawak dan dengan itu beliau meminta stesen televisyen itu segera memohon maaf secara terbuka.
 
“Kenyataan ini dibuat semasa lintas langsung yang ditonton oleh jutaan rakyat yang telah menjejaskan (reputasi) Bintulu. Ia memberikan tanggapan salah mengenai Bintulu yang selama ini telah menyumbang berbilion ringgit kepada pendapatan negara,” katanya.
 
 
 
 
 
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bintulu berkata, tidak sepatutnya wujud kesangsian mengenai pemilihan Bintulu sebagai pusat sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan pada 16 September kerana ia mempunyai keupayaan untuk menjadi tuan rumah acara itu.
 
Bintulu ialah satu daripada kawasan di Sarawak yang mencatatkan pembangunan pesat dan menjadi pusat kepada aktiviti pemprosesan minyak dan gas, industri berteknologi tinggi dan sebahagian kawasan penting Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak, kata beliau semalam. – SH
Share this article

3 Komen:

  1. artikel ni perlu di delete oleh admin belia bangkit....nurul pun sudah berubah dari segi penutup auratnye...maka adalah sopan jika admin memasukkan gambar beliau yg terkini jika berminat dgn isu ini...terima kasih

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum,
    Setuju dengan pendapat Tanpa Nama di atas.
    Tak ada salahnya kita cuba hormati orang tu yang dah berubah...beri peluang kepadanya menjadi muslimah sejati.

    insha allah, admin pun boleh dapat pahala juga dengan sedikit usaha itu.

    BalasPadam
  3. Sebagai manusia biasa...nurul pon pernah melakukan kesilapan.dia pon dh berubah..maknanya Allah telah memberi dia hidayah...x perlu ungkit benda2 yg lepas.manusia x lepas dari kesilapan...

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top