Nuffnang

ANAK MUDA KELANTAN TERUS DIBELA

BACHOK: Pengagihan wang ihsan untuk pelajar Kelantan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) masih diteruskan, cuma berlaku kelewatan dalam pemberiannya disebabkan masalah teknikal.
 
Timbalan Menteri Kewangan yang juga Pengerusi Pengagihan Wang Ihsan Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata pelajar yang ditawarkan pengajian di IPTA boleh membuat permohonan mulai sekarang.
"Mereka boleh membuat permohonan termasuk mengisi borang secara 'online' JPP (Jabatan Pembangunan Persekutuan) Kelantan selain mengisi borang biasa melalui Penyelia Pembangunan Mukim di kawasan masing-masing," katanya ketika diminta mengulas rungutan sebilangan ibu bapa bahawa anak mereka yang ditawarkan ke IPTA tidak memperolehi bantuan itu.

Bercakap kepada pemberita di Tangok di sini, hari ini, Awang Adek memberi jaminan semua pelajar yang layak akan mendapat bantuan itu dalam tempoh terdekat.
 
 
 

Pemberian bantuan berdasarkan kategori iaitu RM800 bagi pengajian peringkat ijazah, RM500 untuk diploma manakala matrikulasi atau setaraf dengannya sebanyak RM300, katanya.
Pemberian bantuan itu untuk meringankan beban keluarga yang selama ini terpaksa mendapatkan pelbagai sumber kewangan untuk menampung perbelanjaan anak-anak ke IPTA di peringkat awal kemasukan.

"Pemberian bantuan wang ihsan itu dikecualikan daripada fahaman politik dan mereka yang layak akan diberi pertimbangan yang wajar," kata Awang Adek yang juga Ketua Umno Bahagian Bachok.

Katanya pemberian wang ihsan itu bagaimanapun tidak meliputi pelajar yang menerima tawaran daripada institusi pengajian tinggi swasta. - Bernama
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top