Nuffnang

GEMPAR!!! KERANA TAKUT HIV 44 AHLI PARLIMEN BERSUNAT

PANASSS - Seramai 44 orang ahli parlimen Zimbabwe mengambil bahagian dalam majlis bersunat secara beramai-ramai semalam sebagai sebahagian daripada kempen kesedaran HIV/AIDS.




Dalam satu perpaduan politik yang jarang berlaku, ahli parlimen daripada parti ZANU-PF pimpinan Presiden Robert Mugabe dan ahli parti pembangkang MDC berbual-bual ketika mereka beratur di luar sebuah klinik sementara yang didirikan di luar bangunan parlimen.

Pengerusi Ahli Parlimen menentang Aids, Blessing Chebundo memberitahu tindakan itu dibuat bagi menggalakkan rakyat untuk turut bersunat. Chebundo merupakan individu pertama menjalani prosedur yang mengambil masa selama sepuluh minit itu.


Pengarah Unit Aids dan TB, Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Kanak-Kanak Zimbawe, Dr. Owen Mugurungi memuji semua ahli parlimen yang terlibat.


Penyelidikan UNAids dan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menyatakan bersunat boleh mengurangkan risiko penyebaran HIV dan Aids sehingga 60 peratus.


Lebih sejuta penduduk Zimbabwe dikatakan HIV positif dengan sekitar 500,000 orang menerima rawatan anti-retroviral. - Agensi



GAMBAR HIASAN
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top